Wednesday, June 1, 2011

sleeping partner saya!

okeh, ari ni aku nak story pasal sleeping partner aku plak. 
nama diberi oleh Pakcik Ali ialah Nur Syairah bt Ali @ Irah
anak bongsu daripada dua adik-beradik
Pakcik Ali tuh abah dia lah. Pakcik Ali ialah seorang polis tau! 
 dia neh mai dari overseas sana, iaitu dari Langkawi Permata Kedah.
kami sama-sama menginap di Bilik 61 C.
dia tidur di katil bawah manakala aku di katil atas. 
kerana itulah kami digelar sliping patner.
dia sangat comel, manja,  happy go lucky n gila-gila.
hidup aku kat Aloq Staq neh mesti sunyi kalau dia xda.
dia suka sepah2kan barang saat dia dalam tekanan
apabila tekanan hilang
katil dan almarinya pasti akan kemas seperti sediakala
manakala aku sangat pembersih orangnya
disebabkan itu dia menggelar aku 'makcik cleaner'
tak kisah lah Syairah oi. asalkan kita sama-sama bahagia.
dia juga seorang gadis melayu sejati tau 
ini adalah kerana dia sangat pandai memasak
walaupun aku belum pernah merasa masakannya
tapi dari cerita-ceritanya
aku tahu
dia sangat berkebolehan dalam aktiviti main masak-masak neh
walaupun kami kelas berlainan di kolej
tapi di asrama kami sangat rapat
aku juga sering bertindak sebagai perunding imej kepadanya
memberi komen dan menegur apa yang patut
tapi siyesly, dia tetap comel walau apa pun dia pakai
dia sering menangis sewaktu mula-mula tinggal di asrama
pada saat-saat mengharukan itu aku akan menjadi pemujuk paling terbaik di dunia
walaupun aku sendiri tak tahu sebab yang munasabah mengapa dia menangis
setiap hari apabila pulang dari kolej 
kami akan berkongsi pelbagai cerita
gosip hangat, grapevine orang sekali-sekala
berkongsi berita
berkongsi cerita mengenai the special one masing-masing
aku bersama 'msy' dan dia bersama 'mhaa'
aku sering mengusiknya saat dia bergayut di telefon
bersama 'mhaa'
berkongsi sedih dan rajuk
berkongsi ceria dan tawa
sesungguhnya aku amat gembira dikurniakan sahabat sepertinya
imah sayang irah
terima kasih kerana menerima diri ini sebagai sleeping partner! =)


p/s : merah ni warna kegemaran Sleeping Partner saya!