Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Friday, December 14, 2012
Sunday, November 18, 2012
Kuasa Berilmu
Aktiviti cuti semester :
menghabiskan bacaan 4 buah buku
fokus & klik
graduan berjaya
jadilah wanita yang paling bahagia
the presentation secrets of steve jobs
ILMU ADALAH KUASA
- Francis Bacon.
Dengan ilmu orang tidak boleh mempergunakan awak sesuka hati.
Gunakan ilmu untuk kebaikan.
-2012-
Wednesday, September 26, 2012
Monday, May 21, 2012
Pintu Hidayah Dibuka
Aku ada satu artikel nak share ngan pembaca semua. Sangat tertarik dan buat aku berfikir. Alhamdulillah, orang orang yang mahu berubah ke arah kebaikan akan dipermudahkan urusannya.
Bukan kena pakai kain guni. Bukan juga kena menyarung dua atau tiga lapis pakaian, baru dikira menutup aurat. Berjubah pun satu pilihan saja. Kita boleh pakai baju kurung, kebarung, blause dan berseluar longgar, skirt longgar, jeans longgar, pakailah apa saja, bercorak atau polos, hitam atau putih, ceria atau kusam. Takrif bergaya begitu luas sekali. Begitu juga berfesyen mengikut peredaran zaman.
Selalu sangat kita dengar ungkapan ini, 'kalau pakai baju longgar, tak bergayalah!' Sebenarnya apabila kita menggunakan perkataan bergaya kita rasa terikat pada terma itu. Bergaya untuk siapa? Bergaya kerana apa? Janganlah kata saya bergaya untuk diri sendiri, sebab kalau hendak bergaya untuk diri sendiri, Kenapa di rumah tidak pakai bedak atau gincu merah menyala. Sebaliknya di rumah, kalau boleh mahu seserabai mungkin, baju kelawarlah menjadi uniform setiap hari.
Adakah berseluar jeans nampak pusat kita dikira bergaya dan mengikut peredaran masa? Adakah mengenakan baby T yang menampakkan perut, baru diri diiktiraf hebat dan moden? Siapa yang begitu singkat fikiran? Siapa pula yang terlalu bodoh menjadi hamba fesyen sehingga berpakaian seperti di zaman batu? Tidak cukup kain dan koyak sana-sini.
Apa kata kita biasakan diri dengan terma berbaju 'kemas'. Pergi berjalan-jalan mahu berpakaian kemas, kita membeli-belah mahu berpakaian kemas, begitu juga untuk ke pejabat. Buang jauh-jauh terma 'bergaya' kerana ia sudah banyak mendatangkan kerosakan. Sebabnya dengan berpakaian kemas, kita lebih terbuka tentang cara menyuai padan baju dan paling penting, memenuhi kriteria menutup aurat. Berpakaian kemas akan membuatkan penampilan kita sedap mata memandang dan boleh membawa diri ke mana-mana.
Tentulah kita tidak boleh berbaju kurung untuk memanjat gunung tetapi kita boleh menggunakan track bottom longgar, T-Shirt lengan panjang longgar dan tudung yang kemas. Adakah kerana kita berbaju longgar begitu, kita tidak dapat mendaki gunung. Ada seorang wanita bertudung pernah memberitahu penulis yang dia kena memakai seluar ketat 'tight' ketika mendaki bukit, suatu hobi yang cukup serasi dengan jiwanya. Mesti pakai tightkah? Jawapnya, 'Mesti, kalau tidak pergerakan saya akan lambat saya rasa susah bergerak'. Apa komen anda...
Masih ingat tahun 2004, heboh kita dikejutkan dengan fesyen baju pendek kupu-kupu atau kelawar. Sana sini orang memakainya. Semua mata wanita tertumpu apabila akhbar menyiarkan artis Umie Aida mengenakan pakaian ala kupu-kupu yang cukup anggun. Semua teringin hendak bergaya seperti Umie.
Kita pun teringinlah membeli fesyen pakaian sama yang berlambak dijual di kebanyakan kedai pakaian. Kerana terlalu ghairah kita lupa meneliti kain dan potongannya. Kebanyakan baju kelawar yang berada di pasaran berlengan pendek. Jika pun lengannya labuh tetapi menggunakan kain jarang sekali. Ketika penulis menilik-nilik sehelai baju begitu, penulis lantas bertanya juru jualnya, tidak adakah yang tidak jarang lengannya. Dia menjawab penuh yakin, "Alah kak, lengan jarang tak apa..." Entah hukum mana yang diikutnya, pandai pula dia mengajar kita.
Sebenarnya kita masih boleh bergaya dengan fesyen baju kelawar. Jika sudah puas mencari tetapi masih semuanya daripada kain jarang, elok beli kain sendiri dan tempah saja. Lebih puas hati dan kain itu sendiri kegemaran kita. Kita boleh melabuhkan lengan dan melabuhkan tepi bawah kain. Jangan kerana mahu sangat berfesyen, kita pakai juga baju walau lengannya jarang. Kita bertudung, jagalah etika bertudung.
Jika anda meminati chifon atau sutera, kita sedia maklum yang kedua-duanya nipis, jarang dan mudah mengikut bentuk badan. Namun anda masih boleh menggunakannya tetapi gunalah dua lapis sekali gus. Ganding dua warna, pasti lebih menawan.
Banyak cara yang kita boleh lakukan. Jika berusaha dan takutkan Allah, tiada alasan lagi berbaju jarang dan berseluar ketat. Bukan lawa mana pun....
kata-kata pujangga arab
" matlamat tak menghalalkan cara"
Copy & Paste from : http://www.hanan.com.my/article.php?sid=1671
BUKAN kena pakai kain guni.
Artikel Dari: Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my
http://www.hanan.com.my/

Saturday, May 12, 2012
Erti Hidup Dengan Memberi
Terkadang ada kalanya kehadiran kita di samping orang sekeliling tidak dihargai.
Hinggalah salah seorang daripadanya terlebih dahulu melangah pergi.
Walau hanya dengan beberapa pemberian kecil yang pernah diperolehi, namun itulah yang terus dihargai dan diingati. Inilah lumrah sifat manusia yang hanya tahu menghargai apabila sudah tidak memiliki.
Erti hidup dengan memberi. Sangat besar maknanya. Tapi berapa ramaikah di antara kita yang tahu menghargai ?
Walau mungkin pada mulanya tidak menghargai, lambat laun ia pasti akan meninggalkan kesan di hati dan sanubari .
Cubalah bertanya : Apa yang telah aku sumbangkan untuk keluarga, masyarakat dan alam sekeliling ?
Jangan asyik menuding jari untuk membilang sumbangan orang pada kita ? tapi hitunglah berapa banyak yang telah kita sumbang untuk sekeliling kita ?
Erti hidup dengan memberi harus diteladani.
Walau pada mulanya ia tidak dihargai.
"Tangan yang menghulur lebih baik dari tangan yang menerima"
Sedarlah bahawa tiada apa yang kekal abadi.
Sebelum kita melangkah pergi
Persiapkanlah segala bekalan untuk diri
Kelak kita jangan menyesal di kemudian hari.

Angry !!
Kita pasti pernah mempunyai rasa marah bukan ?
Marah sebenarnya apabila kena pada tempat ia akan menjadi terpuji tetapi marah kalau tidak kena pada tempat itu adalah keji.
Apakah perbezaan panas baran dengan tegas ?
Perlukah kita ada rasa marah dalam jiwa ?
Perlulah kita semua mengisi hati kita dengan dua benda iaitu Iman dan Kasih sayang. Jika tiada kasih sayang dalam hati kita, tidak mustahil akan timbul kebencian.
Contoh kebencian yang wujud ialah marah. Marah ini boleh kita ibaratkan sebagai bola bagai syaitan, boleh disepak terajang oleh mereka.
Sesungguhnya marah itu datang dari syaitan, dan syaitan itu dari api.
Apa yang boleh memadamkan api ? Air bukan ?
Jadi salah satu cara nak memadamkan api kemarahan ini ialah dengan wuduk dan zikir.
Jadilah kita di antara orang orang yang bijak, kerana orang yang bijak ini adalah orang yang pandai menawal kemarahannya.
Orang mengutuk kita, mencaci dan mengejek kita, masih mampukah kita tersenyum dan berdiam diri ?
Tepuk dada tanya iman. Kadang-kadang kalau bukan tangan yang menghayun ke pipi, kaki yang terajang dahulu bukan?
Sama-samalah kita cuba tanamkan sifat sabar dalam diri kita, Insyaallah dengan kesungguhan kita untuk berubah, Allah mempermudahkannya.

Wednesday, May 2, 2012
Saturday, February 11, 2012
Belajar Ubati Kekecewaan
rasa kecewa atau kesal pasti ada apabila putus cinta, ada masalah keluarga atau gagal dalam peperiksaan. kebiasaannya apabila sudah terkena penyakit kecewa, ramai yang sukar untuk mengikisnya. berikut beberapa panduan untuk membuang rasa kecewa :
- Terima kenyataan
kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. sebagai manusia, kita tidak boleh menentukan kehidupan kerana semuanya telah ditakdirkan. apa yng boleh kita lakukan ialah berusaha untuk mengubah nasib. ada ketika kita bernasib baik, ada ketika keadaan sebaliknya. hadapi rasa kecewa dengan tenang dan reda kerana selain memiliki hikmah tertentu ia pasti mengajar kita supaya lebih berhati-hati.
- Berfikir
senaraikan pro dan kontra apabila anda membuat sesuatu keputusan supaya anda tidak berasa terlalu kecewa dengan perkara tidak dijangkakan berlaku. biarkan ia berlalu dan lama-kelamaan anda akan dapat mengatasinya sendiri.
- Berfikir positif
cuba kenang kembali peristiwa kerana kebahagiaan yang anda miliki hari ini mungkin disebabkan peristiwa silam. memang sukar untuk berfikiran positif apabila sudah terlalu kecewa. jangan terlalu mengikut perasaan. tumpukan kepada perkara yang lebih positif yang anda pernah lakukan dalam hidup. ia pasti banyak membantu apabila anda berdepan perasaan kecewa.
- Luahkannya
bahaya jika memendamkan rasa kecewa ini kerana ia boleh memakan diri. kesannya anda boleh mendapat kemurungan dan stress. apa yang penting, anda perlu menceritakannya kepada orang yang anda percayai dan rapat dengan anda. jika anda mengadu, anda akan rasa lebih tenang dan kembali semangat dengan nasihat dan pujukan mereka.
- Beri tumpuan pada hidup
teruslah berusaha untuk mencapai matlamat hidup anda. apabila anda mempunyai fokus, segala cabaran dan rintangan akan dihadapi dengan lebih semangat. apa yang penting, jangan biarkan perkara remeh mengganggu hidup anda.
Friday, February 10, 2012
100 senarai kesyukuran
- saya dilahirkan sihat
- ramai kawan-kawan
- ada emak, ayah, adik
- dapat bersenam
- menjadi rakyat Malaysia
- mempunyai wang yang mencukupi
- buku Chicken Soup for The Soul
- muzik
- makanan yang sedap
- laptop Toshiba, acer, dan dua buah komputer
- baju yang cantik
- ketawa
- bergembira dengan kawan-kawan
- sleeping partner
- kebebasan
- cuaca yang nyaman
- telefon bimbit
- kebaikan hati
- dapat menikmati cahaya matahari
- katil yang selesa
- pendidikan yang sempurna
- selamat daripada bahaya
- keselesaan
- keindahan alam sekeliling
- saat-saat yang berharga
- dapat hidup sehingga kini
- dapat update blog
- masa hadapan
- senyuman
- kemaafan
- pujian
- tidur malam yang nyenyak
- ada elektrik
- buku-buku kegemaran saya
- pujaan hati
- lecturer yang baik
- kemudahan untuk ke kolej
- ada broadband
- pernah bekerja
- sikap sabar
- selalu pergi kem bina semangat
- pernah pergi seminar motivasi oleh orang-orang yang hebat
- bertemu dengan orang-orang yang hebat ( angkasawan negara, imam muda, dr.shukri abdullah, pm dan mantan pm negara Malaysia, anwar ibrahim, nik aziz)
- melancong bersama keluarga
- mempunyai 10 pasang kasut
- mempunyai kawan-kawan di kalangan doktor, businessman, tentera, pilot, polis.
- keperluan pengajian yang mencukupi
- dapat mohon pinjaman mara
- ada blog, twitter, netlog, emel, facebook
- novel enid blyton
- novel penyiasatan siri hadi dan siri salma
- pernah sekolah agama
- ada kawan-kawan dan saudara-mara di luar negara
- ada pen-pal ( mazlina )
- jam tangan yang dah dipakai selama 4 tahun
- ada saudara-mara
- minat teknologi
- ada kawan baik yang sama minat ( amir syafiq )
- pernah pergi tempat-tempat hebat
- pengalaman manis dan pahit
- pernah ditipu selama bertahun-tahun oleh orang yang dipercayai
- dapat memaafkan orang
- ada buku ensiklopedia
- pernah menjadi babysitter
- excident
- pernah dihina
- tidak pernah kebuluran
- masalah
- cabaran hidup
- ada follower
- friend facebook 4000 orang
- tiada masalah berat badan
- saya bersyukur saya berumur 19 tahun
- dapat tinggal di kampung yang aman damai
- ada tempat mengadu
- mempunyai emak yang sangat tabah dan penyabar
- dilahirkan sebagai orang Islam
- sukakan aktiviti yang lasak
- dilahirkan dalam keluarga yang sederhana
- keluarga yang penyayang
- saya bersyukur saya pemurah
- sentiasa murah rezeki
- tidak membenci orang
- suka senyum
- tak buta huruf
- pandai bahasa inggeris dan bahasa arab
- masih bernafas ketika ini
- saya bersyukur saya sentiasa ingin berubah menjadi lebih baik
- mempunyai hobi membaca
- dilahirkan di negara aman damai
- bersyukur dengan nikmat
- saya bersyukur saya masih tahu adab sopan
- saya bersyukur dengan perjalanan hidup saya
- bersyukur kerana ada pembimbing pemberi nasihat
- bersyukur masih boleh pakai barang kemas
- masih ingat nasihat emak
- boleh memasak
- masih ada pendengar setia
- bersyukur blog saya ada pembaca
- bersyukur dapat menyenaraikan 100 kesyukuran !
Thursday, December 8, 2011
kepentingan masa
- gunakan masa untuk berfikir, sesungguhnya berfikir sumber kekuatan
- gunakan masa untuk bermain, sesungguhnya bermain menyegarkan
- gunakan masa untuk membaca, sesungguhnya membaca asas hikmah
- gunakan masa untuk berdoa, sesungguhnya berdoa merupakan kuasa terkuat
- gunakan masa untuk sayang menyayangi, sesungguhnya iman itu adalah kecintaan
- gunakan masa untuk bersahabat, sesungguhnya itulah jalan menuju kebahagiaan yang baik
- gunakan masa untuk bersedekah, sesungguhnya masa hidup terlalu singkat untuk mementingkan diri
- gunakan masa untuk bekerja, sesungguhnya bekerja syarat untuk kejayaan
kegagalan mengurus masa
kesan kepada individu - mahasiswa yang tidak memanfaatkan masa dengan baik menjadikan mereka tidak efisien dan kurang efektif. mereka akan membentuk tabiat suka bertangguh dan menjalankan sesuatu tugas dalam tempoh masa yang lama. pada peringkat kemuncaknya mereka akan berasa tertekan dan tidak dapat menjalani kehidupan dengan tenteram dan bahagia. besar kemungkinan mereka juga tidak mendapat keputusan peperiksaan membanggakan. bagi seorang Muslim, kelemahan mengurus masa memberi kesan kepada tahap keislaman dan amalannya.
kesan kepada keluarga - ahli keluarga yang tidak pandai mengurus dan memanfaatkan masa akan mengalami kemurungan dan kegawatan. mereka tidak dapat menjalani kehidupan berkeluarga sebagaimana yang diimpikan dan diidamkan oleh setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. bagi seorang mahasiswa, kegagalannya dalam peperiksaan tentunya akan mengecewakan lebih ramai orang khususnya ibu bapa dan kaum keluarganya. pengabaian masa juga menyebabkan mereka terlepas peluang untuk memajukan keluarga daripada segi jasmani, ekonomi, emosi dan kerohanian.
kesan kepada organisasi - sesebuah unversiti memerlukan budaya belajar dan kerja cemerlang, mantap dan proaktif. sikap dan tabiat membazir dan mengabaikan kepentingan masa merupakan masalah dan barah organisasi yang serius. mahasiswa yang aktif dalam aktiviti berpersatuan, tetapi tidak pandai mengurus masa akan juga menjejaskan imej, citra dan prestasi organisasi.
kesan kepada negara - produktiviti sesebuah negara, antara lain dinilai dari segi modal insan dan penggunaan sumber untuk menjana sesuatu perkhidmatan atau produk. kebiasaannya produk itu diukur dari segi nilai wang. dalam perbandingan produktiviti di Eropah, negara termaju ialah Jerman dan Perancis kerana tempoh bekerja paling singkat iaitu 35-37 jam seminggu. mereka menggunakan tenaga kerja dan sumber lebih efisien dan efektif berbanding dengan negara lain. manakala rakyat Malaysia dan negara-negara membangun lain bekerja lebih 43 jam seminggu. jelasnya, rakyat di negara maju menghasilkan produktiviti tinggi kerana pandai mengurus dan memanfaatkan masa.

mahasiswa cemerlang
sembilan perkara utama mesti dijadikan amalan hidup mahasiswa :
- pengurusan masa yang optimum
- integriti
- kemahiran insaniah
- pembelajaran berkesan
- aktiviti kolej kediaman
- kemahiran membaca
- keprihatinan sosial
- menjana minda kreatif dan inovatif
- tabiat membaca
Friday, November 25, 2011
Terokai Alam Baru
Dalam ranjau kehidupan kita sering berhadapan dengan jalan buntu, seolah-olah dunia ini akan kiamat. kita akan diasak ke hujung jalan hingga tidak ada ruang untuk menapak walau selangkah.
bernafas. tapi sebenarnya hidup kita belum berakhir.
nyawa kita belum sampai ke tenggorokan. cuba lihat ke setiap arah ke utara, selatan, timur dan barat.
lihat setiap inci ruang di keliling. mesti ada ruang dan peluang untuk meneruskan kehidupan. mungkin untuk meneroka ke alam yang lebih luas, lebih laju dan lebih maju. ingatlah, penamat hidup hanya satu,
iaitu ketika Malaikatmaut memisahkan nyawa dari jasad.
itupun kita masih berharap menunggu untuk diiring ke satu alam lain iaitu alam akhirat yang lebih luas dan kekal abadi.
seringkali penghujung jalan yang dianggap penamat, membawa ke jalan baru yang lebih luas.
Sunday, October 9, 2011
Kisah Biskut
Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu, dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak di sebelahnya.
Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu.
“Alangkah tak malunya lelaki ni….. dah la tak mintak dari aku…. makan sama banyak dengan aku pulak tu…Pencuri!! †rungut wanita itu dalam hati.
Dalam pada itu, lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut terakhir yang terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu.
Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka, wanita itu berkata dalam hatinya.
Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar.†kata hatinya dengan marah.
Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya.
Apabila dia sampai di tempat duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya dan ia masih elok belum terbuka.
“Jika biskut ini ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi…†getusnya.
Ya.. .biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biarpun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.
Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar..

Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)