Saturday, February 11, 2012

Belajar Ubati Kekecewaan

rasa kecewa atau kesal pasti ada apabila putus cinta, ada masalah keluarga atau gagal dalam peperiksaan. kebiasaannya apabila sudah terkena penyakit kecewa, ramai yang sukar untuk mengikisnya. berikut beberapa panduan untuk membuang rasa kecewa :

  • Terima kenyataan
kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. sebagai manusia, kita tidak boleh menentukan kehidupan kerana semuanya telah ditakdirkan. apa yng boleh kita lakukan ialah berusaha untuk mengubah nasib. ada ketika kita bernasib baik, ada ketika keadaan sebaliknya. hadapi rasa kecewa dengan tenang dan reda kerana selain memiliki hikmah tertentu ia pasti mengajar kita supaya lebih berhati-hati.

  • Berfikir 
senaraikan pro dan kontra apabila anda membuat sesuatu keputusan supaya anda tidak berasa terlalu kecewa dengan perkara tidak dijangkakan berlaku. biarkan ia berlalu dan lama-kelamaan anda akan dapat mengatasinya sendiri. 

  • Berfikir positif
cuba kenang kembali peristiwa kerana kebahagiaan yang anda miliki hari ini mungkin disebabkan peristiwa silam. memang sukar untuk berfikiran positif apabila sudah terlalu kecewa. jangan terlalu mengikut perasaan. tumpukan kepada perkara yang lebih positif yang anda pernah lakukan dalam hidup. ia pasti banyak membantu apabila anda berdepan perasaan kecewa. 

  • Luahkannya
bahaya jika memendamkan rasa kecewa ini kerana ia boleh memakan diri. kesannya anda boleh mendapat kemurungan dan stress. apa yang penting, anda perlu menceritakannya kepada orang yang anda percayai dan rapat dengan anda. jika anda mengadu, anda akan rasa lebih tenang dan kembali semangat dengan nasihat dan pujukan mereka. 

  • Beri tumpuan pada hidup 
teruslah berusaha untuk mencapai matlamat hidup anda. apabila anda mempunyai fokus, segala cabaran dan rintangan akan dihadapi dengan lebih semangat. apa yang penting, jangan biarkan perkara remeh mengganggu hidup anda. 

No comments: