apehal lak tetiba skema ayat aku neh ? okey, mari baca cerita di bawah.
Setelah dua minggu aku bercuti semester di rumah, akhirnya mendapat sms menggembirakan daripada sahabat tercinta sewaktu di sekolah dulu, Fera. Cadangan untuk mengadakan reunion. yeah ! ini yang aku nantikan untuk mengisi waktu cuti. Seminggu Fera menguruskan segalanya dengan Aisyah, akhirnya kata sepakat diambil. Sepatutnya 25 orang patut hadir, tapi hanya 11 orang yang ada. Tidak mengapalah, lain kali kita buat lagi bila semua orang free.
Tentatif Program
Reunion_3Gen (Nisa')
Kelas : Ikram
Sekolah : Maktab Mahmud Baling, Kedah
Tarikh : 18 & 19 May 2012
Tempat : Air Terjun Titi Hayun, Yan, Kedah
Sahabat : Rahimah, Aisyah, Afera, Syafiza, Suhaila, Iffah, Azwani, Hidayah, Ain, Awatif, Syifaa
Jumaat 18 May 2012, 8 pagi
Aku dengan excitednya x boleh tidur semalam. Teruja betul aku bila tengok list sahabat2 yang hadir, ada hidayah yang bising, dan ain yang kitowang panggil si merah kerana kecomelan dia. pipi dia merah 24 jam. sangat comel ! even bff aku adilah x dapat hadir, aku cuba menceriakan keadaan. banyak benda imah nak citer ngan dila ni. xpelah, ada rezeki kita jumpa lagi lepas ni yer . lepas jemput suhaila, azwani n syafiza, kami meneruskan perjalanan ke yan. dua jam kemudian kami selamat tiba di d'yan chalet. sungguh aku rindukan tempat ni setelah kem jati diri bersama dr.shukri abdullah dua tahun lepas. kem terakhir aku pergi. aku aktif sejak darjah tiga menyertai kem dr.shukri abdullah. setelah aku menyelesaikan urusan pembayaran untuk chalet family berharga RM150 semalam, kami mendaki anak tangga ke bilik. sementara menunggu ketibaan mereka yang lain, kami membuka cerita. kisah selepas sekolah masing-masing.
3 petang
setelah semua sahabat tiba, tanpa sempat menghilangkan penat, masing-masing sibuk membuka cerita dan melepas rindu setelah setahun tidak bertemu. kecoh ! penuh gelak tawa dan keceriaan.
5 petang
setelah masing-masing siap menukar baju, aktiviti pertama diteruskan. membasuh ayam ! aku lebih senang bersama kamera dan biar mereka menguruskannya. lagipun aku sudah punya aktiviti untuk di handle, iaitu jogging esok pagi memandangkan aku agak arif dengan kawasan hutan di situ.
7 malam
bbq ! itulah aktiviti yang dirancang oleh fera dengan penuh teliti. aku, hidayah, syafiza, dan awatif mengambil tempat untuk sesi membakar ayam. setelah puas menghidupkan api, akhirnya kami tinggalkan bara api bersama azwani, suhaila dan iffah untuk membakar ayam. setelah semua sahabat berada di situ untuk membakar ayam, kami mengambil alih bilik untuk mandi. memang wangi, bau asap.
9 malam
makan time ! aku membawa hadiah2 ke tempat makan untuk aktiviti pertukaran hadiah selepas makan nanti. wow ! ayam bakar, laksam, biskut coklat, kek, sirap koktel. simple tapi menyelerakan kerana masing-masing penat naik turun tangga. tu lah, lain kali booking lagi chalet atas bukit.
11 malam
sesi pertukaran hadiah. hadiah ditukar secara spontan. nampaknya masing-masing mendapat apa yang diinginkan. aku yang dah lama idamkan nak beli bantal berbentuk bintang akhirnya dapat dari hidayah. suhaila yang mahukan tabung mendapat tabung dari aisyah. awatif yang mahukan tuala baru mendapat tuala baru berwarna oren dari aku. seperti pertemuan kami kali ini sangat diberkati.
masing-masing menuju ke katil. walaupun penat, tapi ceria berkumpul bersama. akhirnya malam itu aku tidur entah jam berapa, kerana menonton lawak ke derr bersama mereka.
Sabtu 19 May 2012, 7:30 pagi
Dengan suasana masih lembap, sejuk, dan gelap, kami meneruskan aktiviti jogging. bukan jogging, tetapi mendaki bukit. hasrat awal mahu ke air terjun puteri mandi yang terletak 3km di puncak bukit, tetapi baru setengah jalan masing-masing mengadu sudah penat. aku terpaksa melupakan hasrat untuk mendaki lebih tinggi dan berpatah balik. malas mahu bertikam lidah, aku menurut sahaja kemahuan mereka. akhirnya selamat tiba di titi hayun dan hanya mandi manda dengan tenang. setelah breakfast, mereka mengajak aku untuk mendaki 1000 anak tangga kenari ke puncak gunung. memandangkan kami perlu check out pada jam 12 tengah hari, aku terpaksa menolak. aku janjikan pada mereka kita akan mendaki sekiranya berkesempatan lagi ke sini selepas ni.
10:30 pagi
puas mandi dan bermain air, kami menyambung mandi di bilik air dan berkemas untuk pulang. dalam perjalanan untuk check out, kami menyambung breakfast di kedai yang disediakan.
12 tengahhari
menghabiskan waktu terakhir bersama mereka dan menunggu ketibaan emak untuk menjemput aku.
setelah aku menyerahkan kunci di kaunter receptionist, aku terserempak dengan abang yang menjemput aku sewaktu tiba kelmarin. mungkin pekerja di situ. aku ucapkan terima kasih padanya sebab memberi kerjasama yang baik sepanjang aku dengan sahabat-sahabat di situ. banyak kali aku mencarinya kelmarin untuk aktiviti kami, bertanyakan peta ke air terjun, peralatan bbq, aktiviti flying fox, masalah elektrik di bilik, macam2 soalan yang aku tanyakan pada dia. terima kasih ! agak kecewa kerana tidak dapat menyertai aktiviti flying fox kerana aku diberitahu ia akan diadakan pada petang tersebut.aktiviti yang paling aku suka setiap kali kem bersama dr.shukri.
4 petang
aku selamat tiba di rumah setelah menghantar suhaila, azwani dan syafiza di rumah masing-masing. terasa kesunyian melanda. baru beberapa jam, aku sudah rindukan mereka. janji untuk mengadakan reunion di umur 25 tahun masih kemas terpatri di hati masing-masing. janji itu kami lakarkan sewaktu di tingkatan lima dan tiada sesiapa yang melupakannya. janji pasti akan dikotakan.





