Showing posts with label Hidup. Show all posts
Showing posts with label Hidup. Show all posts

Sunday, October 20, 2013

Cloud nine

Bello !

aduh aduh aduh. sudah 3 minggu aku a.k.a anak sulung mak melepet di rumah. nak buat apa ni hoi ?

dah habis semester 5, harapnya semua akan baik2 saja. tunggu result yang akan keluaq 1 november neh, lepas tu baru boleh buat planning. insyaallah kalau ada rezeki kerja lah aku kat pahang. pahang nunnn, jauhhhh. aku warga kedah nie nk p keja kat pahang. kerja apa ? secret!
haha :) x boleh bagitau lagi kja apa, perlu dirahsiakan buat sementara waktu. tawaran kerja setakat neh ada tiga, semua gaji lumayan, tapi aku x fikir lagi. apa pun, tunggu result dulu naaa. lepas result keluaq aku update len ok.

la ni aku dok umah saja ja, makan tidoq tengok tv fesbuk twitter. tu diaaa! tak membesaq jugak aku walaupun keja dok makan ja. tak tau nk buat apa dah nie, dah la kt umah neh aku sorang. mak ayah kerja saja siang malam melepet lah aku. oke dah2 merepek tuu.

haihh aku hilang dalam dunia aku sendiri. rindu kawan2, rindu buah hati. buah hati ? lalalala. nasib lah berjauhan walau still dalam malaysia jugak. hg tau dak aku rindu hg gila2 neh ? takdak sapa nak buli aku kt umah neh. ;)

oke mak panggil dahh. bye bye. semoga jumpa lagi!




Saturday, July 27, 2013

I'm sorry.

                                                                           "It's okay, I'm fine".

Menipu diri sendiri, tipu perasaan, tipu hati, fake smile. Benda paling handal seorang perempuan dapat buat. Rasa hati tak mampu dibendung, mahu diluahkan pada siapa ?

nobody care.

hanya mampu cakap kat diri sendiri, i'm fine. * menangis. Ergh, lemah sekali hati perempuan. Tak perlu muncul untuk ungkapkan kata maaf bila saya dah pergi menjauh. Itu bermakna saya dah buang awak jauh-jauh.

Jangan menyesal kemudian.
Hargai selagi masih ada.

Friday, June 28, 2013

Sakit rumah.

Hello bloggers and readers! Homesick! Rindu mak ayah adik. Plan awal nak balik, tapi disebabkan assignment yang bertimbun dan test yang berderet minggu depan, hasrat dan perancangan ditangguhkan. Minggu depan aku nak balik jugak! Tak kira! Minggu depan ada test law dan accounts. Doakan aku ya! Jeling-jeling buku law, selak-selak buku accounts. Minum milo, makan coklat. Pandang kiri, pandang kanan. Selamat malam cantik, selamat malam kacak.

Friday, June 21, 2013

Baik ke aku ?

Classmate aku kata orang baik selalu diuji tuhan. Aku baik ke ? haha! 

Sakit tu pun ujian dari Tuhan jugak. Pedih menanggung kesakitan. Sakit tak boleh digambarkan. Ya Allah, kau sembuhkanlah aku.

Rasanya gastrik semakin teruk. Dok saja ja tiba2 rasa mual, macam nak muntah. sakit di bahagian perut, rasa berangin, hilang selera makan, najis menjadi hitam, berat badan menurun, Bukankah itu tanda gastrik semakin teruk ? Penyakit yang lama itu pun belum dapat dikenal pasti lagi, sudah tiba penyakit baru. Ya Allah, ujian buatku. 

Sebulan hidup bergantung ubat, cukup tarikh awal bulan depan, jumpa doktor lagi. Buat ujian darah lagi. Sakit pedih jarum menusuk urat bulan lepas masih terasa. Jenis penyakit belum dapat dikenal pasti lagi. Doktor sendiri aneh dengan bentuk darah aku. Ujian lagi. 

Sabar, usaha, tawakal, dan teruskan hidup. 

Wednesday, June 12, 2013

5 Sem Dah ?

Assalamualaikum.

Sudah seminggu kelas bermula. macam-macam ragam ada, macam-macam cerita ada. Entah kenapa, aku macam rasa yang waktu sangat panjang berlalu. sangat panjang sem akhir nie. kenapa ya ? aku macam dah tak semangat. pi kelas semata-mata sebab nak habiskan sem jer. dalam kelas senyum jer, tapi dalam hati macam erghhhh, bosaannn. argh. aku tak mahu masalah nie mengganggu. aku mahu habiskan diploma dengan cemerlang. minggu depan pasti akan lebih baik. korang doakan aku ya !

seminggu nie saja, dah 3 kali jadual waktu bertukar ganti. penat penat. minggu depan mesti akan bertukar lagi. aku mahu lebih semangat, lebih ceria. pasti boleh!

bak kata lecturer aku, stop complaining. itu semua pemikiran saja. minda yang mengatur gerak hati. boleh! yeah! tak boleh main-main lagi, kali nie kena more serious! dah part 5, pecut pecut dan terus pecut, garisan penamat sikit lagi di hadapan. bye.

Sunday, May 12, 2013

Terus berlari, sayang.


Sejujurnya aku sangat resah dengan pertanyaan itu. Kenapa harus muncul saat seperti ini. Mulut mengatakan ya, boleh, tabah, kuat, tapi hati hanya Tuhan yang tahu.  Jika ikutkan hati, bila-bila saja boleh bersatu.  Tapi minda mula mengingatkan supaya lebih waras.  Ada jodohkah kami ? Apa akan berlaku lagi 4 tahun ? Bagaimana dengan perancangan setahun yang lalu ? semuanya bermain di fikiran.  Si dia resah, aku lagi resah memikirkannya, tapi sudah tidak mampu mahu meluahkan. Akhirnya  hanya kata semangat yang aku titipkan buatnya, padahal hati sendiri menangis.  Hati lebih banyak menduga saat seperti ini. Argh, bukankah ini yang aku mahu sejak dua tahun yang lalu ? pergi jauh dari semua orang yang pernah mengenali aku.  Membuka diari baru.  Aku akan terus berlari sejauh yang boleh, walau dalam hati menyedari satu hari nanti sirih akan pulang ke gagang walau hujan batu di negeri sendiri. Tidak kira bagaimana, aku tetap akan berlari pergi sejauh yang aku mampu demi menggembirakan hati sendiri. Luka yang dipendam sejak 7 tahun yang lalu membuatkan aku tak betah lama-lama di rumah sendiri. Banyak kisah yang tak mampu aku pendam tapi dek kerana demi menjaga hubungan keluarga, aku pendamkan saja luka hati sendiri.  Biarlah aku yang menderita sendiri.  5 tahun menganyam impian, dua tahun aku membina hidup baru di kolej.  Aku lupakan semua yang berlaku, bertemu dengan sang pencuri hati yang tak pernah gagal membuatkan aku gembira walau kadang terselit derita lalu.  hati sentiasa gembira dengan dia di sisi. Pedulikan apa orang kata, mereka tidak pernah tahu apa jadi padaku bertahun yang lalu.  Biarkan mereka menilai, aku tidak peduli, aku sudah bahagia di sini.  Dua tahun juga aku menyimpan angan untuk berlari lebih jauh.  Bila saat itu hampir tiba, hati resah lagi.  Mulut mengatakan mahu ku gapai impian sejak kecil, mahu ku sahut cabaran orang- orang yang tidak pernah jemu menilai aku, mahu ku katakan pada mereka, lihat lah, gadis kecil yang dipanggil anak kucing kurap ini satu waktu dahulu sudah hampir berjaya.  Gadis kecil yang hanya dipandang sebelah mata ini satu ketika waktu dulu sudah mampu menabur bakti.  Bukankah emak pernah kata pada mereka, jangan hina lagi anak kecil ini, tika dia besar nanti mungkin dia orang yang kamu akan panggil saat susah nanti.  Itu kata-kata di mulut, di hati hasratnya hanya satu, mahu pergi lebih jauh.  Membawa bersama orang-orang yang penting di hatinya.  Tapi mampukah aku ? penat memikirkan rintangan yang bakal dihadapi, aku hanya menyerahkannya pada takdir.  Aku hanya mahu melalui jalan yang telah ditakdirkan untuk aku.  Memang lumrah hidup begitu. 

Friday, February 1, 2013

Kenapa sibuk sangat?

Assalamualaikum.

Sekian lama hilang, hari ni aku muncul kembali. ini pun disebabkan modul pagi tadi habis awal dari jam yang sepatutnya. maka sempatlah aku mencuri waktu seketika nak update blog neh. x kisah lah ada orang baca ke tidak, aku nak share jugak cerita aku.

aku rasa semua tak jangka sem 4 ni sangat sibuk, dah macam ahli politik pun ada. bermain dengan duit, waktu, kata-kata dan kerenah manusia. sehari entah berapa puluh kali aku pegi kelas. kelas jam 8 pagi-6 petang dah biasa, malam kelas extra. kalau xda extra kelas, meeting pulak, kalau xda meeting, outing pulak. balik petang pukul 6, malam pi lagi. curi waktu untuk have fun with friends and release tension. duit tak payah cakap lah, mengalir macam air. dah tahan diri daripada shopping, tapi habis jugak dengan event. kalau kelas pukul 10 pagi pun, pukul 8 aku dah terpacak depan kiosk, jual makanan. kutip dana untuk event.


 # Tanjung Dawai


 # Extra class malam


# Kiosk Excelliant Unity


# Me with classmate


sponsor pulak, puas ke merata tempat. rempit dengan nini, alor setar, sungai petani, tanjung dawai, yan, pendang, baling, semua kami redah. kalau kena pi jauh, mr.qq pulak jadi sasaran aku. nasib baik dia sangat memahami, x banyak kerenah, ikut jer ke mana aku ajak pegi. kalau xda dia, entah apa jadi dengan aku. dia sangat banyak menolong, tempat aku luah perasaan, tempat aku menangis, tempat aku bercerita, body guard aku, semua dia. kadang-kadang rasa bersalah menggangu dia, rasa tak patut, tapi keadaan memaksa. mak aku x usah cakap, sehari berpuluh kali aku call. terutama time tension, tapi kalau call mak, lepas tu mesti nangis sebab dah penat menanggung perasaan. mak aku dah faham.

hari minggu macam ni, bila ada kesempatan tidur, semua akan tidur dengan penuh perasaan, macam tak tidur seminggu pun ada aku tengok. aku sangat faham, aku dah lali, aku dah biasa, kehidupan pelajar macam ni, masa berlalu, keadaan berubah, kerenah berubah, memori jer kekal, tu pun kalau tak hilang ingatan. hari minggu macam ni, basuh baju sebaldi, facebook puas2, tengok movie puas2, buat nota lengkap2, makan best2, buat homework siap2, semua ambil masa untuk diri sendiri. hari kelas? jangan harap.

tiba-tiba dah tak tahu nak taip apa, sekian.







Sunday, January 6, 2013

6 hari

Assalamualaikum

Selamat menyambut tahun baru 2013. semoga azam tahun lepas dah tercapai dan berusaha untuk azam baru.
dah lama x update blog kan. banyak cerita nak share neh. cerita tahun lepas sampailah tahun ni.

31 Disember 2012
Dikejutkan dengan jeritan niniey. sebab? dia nampak kulit ular. apa lagi, bergegas aku panggil jiran sebelah. pakcik tu datang cek apa yang patut, dia cakap xda lah ular. ular tu dah tinggalkan kulit je. tapi disebabkan x puas hati lagi, call tuan rumah sewa pulak. dia pun datang tengok apa yang patut. tapi! x puas hati lagi selagi x jumpa ular tu, akhirnya aku call jpam. diowang datang cek2, diowang cakap xda dah ular. okayy, semua macam dah berpuas hati sikit, mula kemas balik barang2, aku pi tabur belerang/sulfur sekeliling rumah, pastu kemas apa yang patut, masuk tidur jam 1 pagi. esok kelas pukul 8 pagi! plan nak celebrate new year kat menara alor setar, nak tengok bunga api, semua x jadi dah. lupakan saja hasrat.

2 Januari 2013
Selamat hari lahir emak! kakak sayang mak banyak-banyak. mak lah mak kakak di dunia dan akhirat. jasamu tidak mampu kakak balas. semoga dimurahkan rezeki, dan terus menabur bakti pada anak bangsa.
a new camera for mom's birthday. Malam, nak tawu kitowang pegi mana? Funfair with yah, tyrah, niniey, man, ammar, wandi, azri. Dataran stadium darul aman. Habis RM10 main sotong pusing2 dan discovery. Menjerit aku main benda alah semua tuh. sangat menakutkan terutamanya discovery tu.

Pink for mom

Discovery

Sotong pusing-pusing



3 Januari 2013
Rasa macam x sihat sikit, tapi okay lagi. mesti akibat pusing2 kat funfair semalam. Laptop rosak! skrin rosak. aduhai, macam2 lah. duit lagi. duit keluar macam air, cepat jer. bagitawu mak, mak cakap okay, pi beli laptop baru nanti. erk? kalau ikut hati memang lah nak beli, tapi macam sayang duit pulak. lepas survey2, technician cakap skrin RM480, dua hari boleh siap. melayang duit. so tukar skrin ajer lah. x payahlah membazir beli laptop baru. x lupa jugak, selamat hari lahir kawan,sahabat,kakak,adik,sleeping partner,roommate, housemate! Syairah, awak sudah 20 tahun. saya sayang awak sangat. semoga hidup awak terus ceria macam selalu okeh :)

Laptop kesayangan


4 Januari 2013
Pagi ada perjumpaan dengan geng event. meeting jam 9:30, 9:15 baru aku terjaga. nyenyak betul tidur. ish ish ish. bangun, kelam kabut mandi, jam 10 baru sampai kolej. so bayarlah denda lewat RM5. Petang,
Alor Setar ---> Sungai Petani. Sushi King, Amanjaya Mall. order mengalahkan tuan, padahal berapa orang jer makan. nak tawu kitowang order apa? ni kat bawah ni haa.. 2 orang makan jer pun.


Lemon juice

Green tea

Fruit juice

Matcha 3 layers

Tobiko

Tamago maki

Unagi slice

Nihotate

Salmon

Takohachi

Chuka lidako

Ika

Kani fumi nigiri


Terayaki rice burger

5 Januari 2013
Outing. amek laptop. siap dah. sukalah, skrin baru berkilat. lepas ni pasti akan lebih berhati-hati. dah serik. lepas amek laptop, menuju ke star parade. first, cari hadiah untuk birthday my bff'. even dah lepas banyak hari, nak jugak beli something. mahal ke, murah ke, yang penting ikhlas. masuk sukimatata. pengumpul teddy bear mesti tawu kedai yang comel neh. penuh dengan teddy bear. dapatlah seekor bear kecik comel sebagai hadiah. then mencari kasut baru for new marketing executive. orang lelaki neh jarang shopping, sekali shopping, lenguh kaki orang yang teman tu ha. 

Gambar hiasan. yang aku hadiah tu lagi comel dari neh. 
hehe

6 Januari 2013
Memulakan hari dengan semangat baru. yeah! semoga semuanya dipermudahkan. amin.. 




Sunday, December 23, 2012

words from fever girl

Assalamualaikum



Baru sehari di rumah, suhu badan sudah bertukar. Selsema dan demam sudah melanda. di alor setar sangat panas dan kampung ni sangat sejuk. mesti badan ni terkejut. okeh, bukan tu aku nak cerita. 

cuti mid-sem yang tiada beza bagi aku. waktu cuti seminggu, aku hanya mahu di rumah. kurang keyakinan untuk bertemu orang ramai adalah masalah baru aku. haha :) tanpa sedar, aku akan keluar juga nanti. khamis hari terakhir di kolej sebelum mid-sem break adalah waktu yang sangat panjang aku rasa dengan pelbagai perkara terjadi. sesi pergaduhan, sesi kesibukan, sesi kelaparan, macam-macam kerenah ada. dengan motif kaler merah/pink/purple kami menghabiskan sesi mesyuarat tergempar excelliant unity dengan sesi bergambar. sepatutnya aku dah boleh balik kelas jam 1 pm, jam 3 pm baru boleh balik sebab mengikut arahan tuan director. meeting~ akibatnya, kerja bertimbun untuk dilaksanakan. event punya pasal. event charity yang akan dilaksanakan dua bulan lagi menuntut semua ahli berhempas pulas bertungkus lumus menyediakan apa yang perlu. proposal yang sudah mendapat kelulusan timbalan pengarah kolej menjadi permulaan aktiviti.  mencari sponsor, menempah banner, menyediakan minit mesyuarat, menempah baju korporat, dan macam-macam lagi ! takper, semuanya akan selesai nanti. masing-masing faham tugas masing-masing. argh apa yang aku membebel ? ta mau cakap banyak, layan photo2 ni okeh. 










Thursday, December 13, 2012

Menyemai senyuman






"Berani berkorban, tinggi ganjaran."
-Director Excelliant Unity, 2012-

Alhamdulillah, dua minggu sudah berlalu dalam semester 4. Lagi 12 minggu untuk meneruskan perjalanan bagi sem yang sangat mencabar. 21hb bermulalah cuti mid sem bagi warga uitm. sedar tak sedar, tahun 2012 pun hampir habis. tahun berganti tahun, azam berganti azam, aku tetap sama seperti dulu. setia menjadi seorang remaja, di waktu usia yang semakin bertambah. tiada lagi belasan tahun, puluhan usia bakal meningkatkan kedewasaan diri. 

Demi project besar yang bakal dijalankan oleh setiap pelajar semester 4, semua bertungkus lumus demi memastikan aktiviti yang bakal berlangsung di hujung semester berjalan dengan lancar. setiap orang mempunyai tanggungjawab, setiap orang penat, setiap orang cuba bersabar, setiap orang cuba menambahkan tenaga dalam diri. semua orang tahu ia bukan main-main. pergi kolej jam 8 pagi, balik jam 12 tengah malam sudah menjadi kebiasaan. semangat masih menyala untuk menyelesaikan setiap perkara. 

"Lifeless living, no time to enjoy the great day."
-Classmates, 2012-

Hari dan musim berganti, adakala manusia juga berubah. usah ditanya jika hati semakin letih menanggung beban. bila segala masalah terluah, ada hati yang akan terluka. tidak mahu kehilangan ceria seperti selalu, hati memendam rasa. biarkan ia berlalu seiring waktu yang pergi. sudah dikata, yang paling jauh itu adalah masa lalu. akhirnya air mata menjadi pengurang beban yang semakin mengusutkan jiwa. tidak mengapa, hati akan terus bersabar, bibir akan terus menguntum senyum. 


Sunday, December 2, 2012

Relax la derr

Assalamualaikum.

Hari pertama kelas! Zass!! buzz.. sentap sudah pada hari pertama, pada kelas pertama, pada jam pertama, semuanya first day lah. okeh, bukan tu aku nak citer. itu sebahagian lumrah hidup. x payah la pedulikan dia, bukan dia nak tentukan kejayaan aku. terima kasih kawan2! hati ni agak terubat dengan pujukan korang tu.

Kelas pertama jam 8-10 pagi bermula dengan subjek mandarin. tamat jam 10 pagi, balik umah sewa. on9, tweet, tukaq baju, p lunch. OMG! masak asam pedas ikan pari. setelah sekian lama aku x lalu nak makan ikan pari, hari ni aku telan selamber rock jer. mungkin azam baru di sem baru kot. ataupun mungkin berkat air tangan bakal ibuku. oh ibu..haha. dah lunch dan mengkecohkan keadaan kat umah orang, dengan muka x tau malunya kan, jam 3 petang balik. jam 4 dah berada di kelas untuk kelas kedua subjek english. hanya ice breaking dan bertanya apa yang patut, kelas hari pertama berakhir jam 4.30 petang. 30 minit je! macam x berbaloi ,nak buat macam mana, ramai absent. dengan cuaca yang hujan lebat, sangat enak jika berada di atas katil. balik meredah hujan bersama classmates aka housemates kesayangan.

lepas dinner, mandi, dan blog updated! makan ubat, bersedia untuk tidur. ubat yang membuatkan aku sangat mengantuk. okey, selamat malam!

*sudah bersedia untuk ke kelas esok dan bertemu lecturer baru.

Tuesday, August 21, 2012

Raya + Birthday

Selamat Hari Raya Aidilfitri !
Alhamdulillah selamat tiba di rumah *home sweet home*. 3 hari bercuti di kampung. Happy gila3 sebab semua cousin2 balik. Cousin dari penang, sabah, selangor, kuala lumpur, sungai petani, kulim, jitra, pendek kata semua balik lah meraikan hari raya di kampung! Raya pertama malam mengadakan perjumpaan keluarga di rumah makteh. Teruja plak aku tengok kereta bersusun di halaman rumah makteh. Setelah dikira2, ada 13 buah kereta! Kami keluarga besar. Sepupu yang sudah lama tidak bertemu, makin besar, makin hensem, makin kacak, makin cantik, makin cerdik, makin matang. aku ? Sepupuku yang berumur 16 tahun berkata : kak imah x macam umur 19 tahun pun! ceria, macam kanak2. Erk.. i'm just being myself.

Raya kedua malam giliran maklang mengadakan kenduri kesyukuran. Apa lagi, mari berkumpul di rumah maklang pula ramai2! Meriah sungguh.. Pagi raya ketiga, aku sempat menziarahi pusara arwah tok dan tokwan sebelah mak di kampung. Kemudian, meneruskan perjalanan ke rumah emak pengasuh aku. Jam 10 pagi : bertolak pulang ke rumah. Setiba di rumah, ramai pulak yang menunggu kepulangan aku. Ewah ewah.

Keluar ke pekan. Destinasi : Kedai kek. Plan : Menyambut hari lahir maksu yang jatuh pada raya kedua. Let's enjoy the party yeah ! Happy Belated Birthday Maksu! Imah sayang maksu banyak2!


















Saturday, August 11, 2012

Sweet 19

Assalamualaikum..

Alhamdulillah syukur pada Allah, masih diberi kesempatan hidup. Sedar x sedar dah 19 tahun imah bernafas di muka bumi ni. 4 Ogos 2012 memberi pengalaman baru menyambut hari lahir di perantauan. Ditinggalkan bersendirian pada malam hari lahir, hanya makan maggi pada malam tersebut. Sadisnya.. mungkin orang lain akan cakap eleh! Hari lahir ajer pun. Tapi bagi imah hari lahir tu hari yang sangat bermakna. Hari yang imah nak sambut dengan orang-orang yang imah sayang, dengan penuh kebaikan. Tapi hajat tu x kesampaian. Tidak mengapa, wajah masih mampu melakar senyuman walau hati agak terluka. Doa kawan-kawan sangat imah hargai. Terima kasih ! Keesokan harinya, , I have got an awesome day with Mr.QQ ! dibawa jauh hingga ke pulau pinang untuk menyambut hari lahir. hari yang dilalui penuh kegembiraan bersama si pencuri hati. Thank you so much for everytime you spent with me. Always make me happy, smile, laugh, and have an awesome second with you ! <3

 Dah 21 hari kita berpuasa, seminggu lagi untuk menyambut lebaran. Persiapan raya agak tergendala dengan jadual kuliah yang padat dengan kuiz, test dan presentation. Alhamdulillah kuiz CSC134 dan group presentation OMT182 dah selesai. Tinggal lagi kuiz BMD101 dan test CTU263. Lagi 5 minggu untuk menghadapi final exam membuatkan imah sibuk menyelesaikan segala assignment yang diamanahkan. Warna maroon menjadi tema raya tahun 2012.  Apapun, selamat berpuasa pada setiap muslim ! rebut peluang di seminggu malam terakhir, lailatulqadar itu peluang setahun sekali.  

Minggu terakhir sebelum menyambut lebaran akan dipenuhi dengan persiapan membeli keperluan raya, menyelesaikan tugas-tugas kolej, dan aktiviti berbuka puasa bersama kawan-kawan. Ahad : berbuka puasa bersama fatin nasyrah, sahabat yang selalu buat imah ketawa. Walaupun satu kolej, tapi berlainan kelas dan berlainan rumah. Mengambil peluang untuk berbuka puasa bersama-sama dan mahu berkongsi cerita ! Isnin : aktiviti memasak bubur lambuk di kolej anjuran majlis perwakilan pelajar dan aktiviti berbuka puasa bersama mentor, madam nurull. Aktiviti yang akan mempertemukan sahabat2 lama untuk berkongsi cerita, perkembangan terkini dan isu-isu semasa. Akan diadakan di Pizza Hut, Tesco Mergong.

I miss my family so much ! ayah, emak, adik. Imah hanya pulang dua kali dalam semester 3 neh. Takpe, anak perantau kena belajar hidup berdikari ): lagi seminggu nak raya, maknanya lagi seminggu nak pulang ke rumah.  Dah request nak makan mi kari. Kepulangan sekali sekala ke rumah haruslah dicelebrate bersama favourite food.  Mahu pasang pelita di sekeliling rumah, pastinya sangat cantik. Cemburunya tengok jiran-jiran di sini dah sibuk buat persiapan raya. lagu raya juga sudah berkumandang di shopping complex, di youtube, di radio. Bunyi mercun menambahkan kemeriahan setiap malam.takpe, seminggu ajer lagi… akhir kata, selamat membuat persiapan raya.  elakkan pembaziran dan hati-hati di jalan raya.




A simple birthday celebration at 
TGI Friday's Queensbay Mall Pulau Pinang







Friday, May 25, 2012

Dua Hari Di Hutan

Setelah hampir tiga minggu merancang dan menguruskan segalanya, Reunion 3Gen Nisa' berjaya dijalankan. Bertempat di Air Terjun Titi Hayun, Yan dengan kehadiran seramai 11 orang agak mengkecohkan keadaan.
apehal lak tetiba skema ayat aku neh ? okey, mari baca cerita di bawah.

Setelah dua minggu aku bercuti semester di rumah, akhirnya mendapat sms menggembirakan daripada sahabat tercinta sewaktu di sekolah dulu, Fera. Cadangan untuk mengadakan reunion. yeah ! ini yang aku nantikan untuk mengisi waktu cuti. Seminggu Fera menguruskan segalanya dengan Aisyah, akhirnya kata sepakat diambil. Sepatutnya 25 orang patut hadir, tapi hanya 11 orang yang ada. Tidak mengapalah, lain kali kita buat lagi bila semua orang free.

Tentatif Program

Reunion_3Gen (Nisa')
Kelas : Ikram
Sekolah : Maktab Mahmud Baling, Kedah
Tarikh : 18 & 19 May 2012
Tempat : Air Terjun Titi Hayun, Yan, Kedah
Sahabat : Rahimah, Aisyah, Afera, Syafiza, Suhaila, Iffah, Azwani, Hidayah, Ain, Awatif, Syifaa


Jumaat 18 May 2012, 8 pagi
Aku dengan excitednya x boleh tidur semalam. Teruja betul aku bila tengok list sahabat2 yang hadir, ada hidayah yang bising, dan ain yang kitowang panggil si merah kerana kecomelan dia. pipi dia merah 24 jam. sangat comel ! even bff aku adilah x dapat hadir, aku cuba menceriakan keadaan. banyak benda imah nak citer ngan dila ni. xpelah, ada rezeki kita jumpa lagi lepas ni yer . lepas jemput suhaila, azwani n syafiza, kami meneruskan perjalanan ke yan. dua jam kemudian kami selamat tiba di d'yan chalet. sungguh aku rindukan tempat ni setelah kem jati diri bersama dr.shukri abdullah dua tahun lepas. kem terakhir aku pergi. aku aktif sejak darjah tiga menyertai kem dr.shukri abdullah. setelah aku menyelesaikan urusan pembayaran untuk chalet family berharga RM150 semalam, kami mendaki anak tangga ke bilik. sementara menunggu ketibaan mereka yang lain, kami membuka cerita. kisah selepas sekolah masing-masing.








3 petang
setelah semua sahabat tiba, tanpa sempat menghilangkan penat, masing-masing sibuk membuka cerita dan melepas rindu setelah setahun tidak bertemu. kecoh ! penuh gelak tawa dan keceriaan.

5 petang
setelah masing-masing siap menukar baju, aktiviti pertama diteruskan. membasuh ayam ! aku lebih senang bersama kamera dan biar mereka menguruskannya. lagipun aku sudah punya aktiviti untuk di handle, iaitu jogging esok pagi memandangkan aku agak arif dengan kawasan hutan di situ.







7 malam
bbq ! itulah aktiviti yang dirancang oleh fera dengan penuh teliti. aku, hidayah, syafiza, dan awatif mengambil tempat untuk sesi membakar ayam. setelah puas menghidupkan api, akhirnya kami tinggalkan bara api bersama azwani, suhaila dan iffah untuk membakar ayam. setelah semua sahabat berada di situ untuk membakar ayam, kami mengambil alih bilik untuk mandi. memang wangi, bau asap.








9 malam
makan time ! aku membawa hadiah2 ke tempat makan untuk aktiviti pertukaran hadiah selepas makan nanti. wow ! ayam bakar, laksam, biskut coklat, kek, sirap koktel. simple tapi menyelerakan kerana masing-masing penat naik turun tangga. tu lah, lain kali booking lagi chalet atas bukit.










11 malam
sesi pertukaran hadiah. hadiah ditukar secara spontan. nampaknya masing-masing mendapat apa yang diinginkan. aku yang dah lama idamkan nak beli bantal berbentuk bintang akhirnya dapat dari hidayah. suhaila yang mahukan tabung mendapat tabung dari aisyah. awatif yang mahukan tuala baru mendapat tuala baru berwarna oren dari aku. seperti pertemuan kami kali ini sangat diberkati.










11:30 malam
masing-masing menuju ke katil. walaupun penat, tapi ceria berkumpul bersama. akhirnya malam itu aku tidur entah jam berapa, kerana menonton lawak ke derr bersama mereka.

Sabtu 19 May 2012, 7:30 pagi
Dengan suasana masih lembap, sejuk, dan gelap, kami meneruskan aktiviti jogging. bukan jogging, tetapi mendaki bukit. hasrat awal mahu ke air terjun puteri mandi yang terletak 3km di puncak bukit, tetapi baru setengah jalan masing-masing mengadu sudah penat. aku terpaksa melupakan hasrat untuk mendaki lebih tinggi dan berpatah balik. malas mahu bertikam lidah, aku menurut sahaja kemahuan mereka. akhirnya selamat tiba di titi hayun dan hanya mandi manda dengan tenang. setelah breakfast, mereka mengajak aku untuk mendaki 1000 anak tangga  kenari ke puncak gunung. memandangkan kami perlu check out pada jam 12 tengah hari, aku terpaksa menolak. aku janjikan pada mereka kita akan mendaki sekiranya berkesempatan lagi ke sini selepas ni.






10:30 pagi
puas mandi dan bermain air, kami menyambung mandi di bilik air dan berkemas untuk pulang. dalam perjalanan untuk check out, kami menyambung breakfast di kedai yang disediakan.





12 tengahhari 
menghabiskan waktu terakhir bersama mereka dan menunggu ketibaan emak untuk menjemput aku.
setelah aku menyerahkan kunci di kaunter receptionist, aku terserempak dengan abang yang menjemput aku sewaktu tiba kelmarin. mungkin pekerja di situ. aku ucapkan terima kasih padanya sebab memberi kerjasama yang baik sepanjang aku dengan sahabat-sahabat di situ. banyak kali aku mencarinya kelmarin untuk aktiviti kami, bertanyakan peta ke air terjun, peralatan bbq, aktiviti flying fox, masalah elektrik di bilik, macam2 soalan yang aku tanyakan pada dia. terima kasih ! agak kecewa kerana tidak dapat menyertai aktiviti flying fox kerana aku diberitahu ia akan diadakan pada petang tersebut.aktiviti yang paling aku suka setiap kali kem bersama dr.shukri.

4 petang
aku selamat tiba di rumah setelah menghantar suhaila, azwani dan syafiza di rumah masing-masing. terasa kesunyian melanda. baru beberapa jam, aku sudah rindukan mereka. janji untuk mengadakan reunion di umur 25 tahun masih kemas terpatri di hati masing-masing. janji itu kami lakarkan sewaktu di tingkatan lima dan tiada sesiapa yang melupakannya. janji pasti akan dikotakan.