Thursday, November 29, 2012
Mengurus Kewangan
Tidak dapat dinafikan, wang merupakan satu 'alat' yang amat penting untuk meneruskan kehidupan. Seawal pagi lagi, kita sudah menggunakan wang. Semasa perjalanan menuju ke tempat kerja, kita membelanjakan wang untuk membeli sarapan, mengisi minyak kenderaan, membayar tol dan pelbagai lagi aktiviti transaksi. Pada hujung minggu pula, kita akan membelanjakan wang untuk membeli-belah dan menjamu selera bersama keluarga di restoran. Lihatlah, saban hari kita pasti menggunakan nota-nota kertas atau siling-siling ini. Oleh itu, kita perlu mengambil tahu cara-cara untuk menguruskan kewangan.
Apakah 5 punca utama masalah kewangan ini?
(1) Tiada simpanan kecemasan
Simpanan kecemasan adalah perkara penting dalam kehidupan anda. Ini kerana, anda tidak dapat menjangkakan apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Mungkin anda ataupun ahli keluarga anda akan ditimpa penyakit atau kemalangan. Saya mendoakan anda dan keluarga sihat sejahtera.
Namun, sekiranya anda mempunyai simpanan khas untuk perkara kecemasan, sekurang-kurangnya bebanan yang ditanggung tidaklah terlalu berat. Ia juga dapat memberi ruang dan pilihan untuk anda memikirkan tindakan terbaik yang anda perlu lakukan.
Satu cara yang terbaik ialah dengan membeli insuran kesihatan. Ramai orang yang kurang peka terhadap peri pentingnya insuran kesihatan ini. Tidak rugi anda membuat persediaan awal dengan membeli insuran kesihatan. Insuran kesihatan bukan sahaja dapat membayar bil-bil perubatan dan pembedahan, malah anda juga boleh menggunakannya untuk menolak cukai tahunan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
(2) Tidak dapat membezakan antara keinginan dan keperluan
Ini juga satu punca utama yang menyebabkan anda mengalami masalah kewangan. Boleh dikatakan lebih 60% pembeli menyatakan bahawa mereka membeli mengikut keinginan dan bukannya keperluan. Anda perlu bijak dalam merancang perbelanjaan supaya ia tidak akan memudaratkan diri sendiri pada masa hadapan.
Satu tips yang baik ialah dengan membuat senarai barang-barang yang anda mahu beli. Kemudian, anda tanyakan pada diri, adakah ini keperluan atau keinginan?
Keperluan ialah sebarang benda yang anda betul-betul perlukan untuk memastikan kelangsungan kerja atau matlamat tugasan anda tercapai. Contohnya seperti komputer riba bagi seorang pelajar. Komputer riba amat penting untuk memastikan semua tugasan yang diberikan oleh pensyarah dapat dilaksanakan dengan baik dan dihantar mengikut masa yang telah ditetapkan.
Keinginan ialah benda-benda yang tanpanya anda masih boleh membuat kerja dan meneruskan hidup seperti biasa. Contohnya, membeli sesuatu kerana mementingkan jenama. Sedangkan, masih ada produk yang mampu milik, berkualiti dan mampu membantu anda untuk mencapai sesuatu objektif. Istilah 'biar papa asal bergaya' tidak seharusnya digunapakai.
(3) Tidak mengetahui aliran wang keluar
Sebaiknya, anda perlu mengetahui setiap aliran wang yang telah anda belanjakan. Ini adalah untuk memudahkan anda melakukan perancangan terhadap perbelanjaan yang ingin dilakukan.
Kebanyakan daripada kita menggunakan telefon pintar pada masa kini, tidak kiralah sama ada menggunakan platform Android atau Apple. Anda boleh mencari aplikasi-aplikasi pengurusan kewangan seperti 'HomeBudget', 'Piggie' dan lain-lain. Aplikasi sebegini dapat membantu anda mengenalpasti aliran wang masuk dan keluar pada setiap hari. Pada setiap minggu dan bulan, anda boleh mengetahui pola perbelanjaan dan seterusnya mengurus perbelanjaan dengan lebih baik.
Jika anda tidak menggunakan telefon pintar, anda boleh mengambil masa selama 5-10 minit setiap hari sebelum tidur untuk mencatat perbelanjaan anda. Percayalah, anda akan lebih tenang untuk membelanjakan wang kelak.
(4) Citarasa melebihi kemampuan
Setiap perbelanjaan yang dilakukan mestilah berpadanan dengan kemampuan anda. Jangan terlalu mementingkan citarasa kerana ia pasti akan memudaratkan.
Dunia konsumerisme yang penuh dengan iklan-iklan di televisyen, surat khabar dan pelbagai lagi medium pemasaran, menyebabkan para pengguna berlumba-lumba untuk membeli barangan berjenama. Jika ada yang menegur-"Wah, kamu memandu kereta BMW. Kayanya."-pasti timbul perasaan bangga kerana orang memuji kita kaya.
Namun, kita perlu bertanya kembali, adakah dengan memakai benda-benda berstatus tinggi ini boleh menyebabkan hati aku tenang? Mampukah aku tidur dengan lena? Jika anda tenang, tidak terbelenggu dek masalah melangsaikan hutang, itu petanda kemampuan anda mengikut citarasa. Jika sebaliknya, anda harus mula mengukur baju di badan sendiri. Bukankah hidup lebih tenang, jika hidup anda tidak dibelenggu oleh hutang yang menimbun?
Sebagai renungan, jika kita benar-benar kaya, kita tidak perlu menunjuk-nunjuk atau mencanang kepada orang ramai bahawa kita kaya. Orang ramai akan tahu dengan sendirinya bahawa kita kaya atau sebaliknya.
(5) Sukar menolak tawaran
Mungkin anda bukan seorang yang boros, tetapi anda merupakan seorang yang sukar untuk menolak tawaran jualan terutamanya daripada penjual dikalangan rakan-rakan atau ahli keluarga.
Anda perlu faham, matlamat akhir seorang penjual ialah untuk memastikan barangannya terjual. Ada penjual yang tidak mempedulikan apa-apa jua alasan yang diberikan oleh pelanggan. Justeru, anda perlu bijak untuk mengawal situasi ini supaya ia tidak membebankan anda kelak. Berkatalah tidak pada tempatnya.
-Artikel iluvislam
Titisan Terakhir
Merah darah Gaza
Mengalir tanpa ihsan insani
Meragut bebas menyubur duka
Dan kini...
Islam berduka lagi
Kita bahagia di sini
Mereka terseksa di sana
Beza adalah dua jiwa
Kita terlena mereka 'berdiri'
Semangat juang mereka kental
Redha dan syahid matlamat awal
Kita lesu dengan material
Berhala baru jadikan khayal
Mereka berjuang penuh mara
Hingga jasad berpisah nyawa
Darah merah pekat membasahi bumi lahir mereka
Demi menjaga istimewa agama yang dinaung
Memelihara tanah tempat kiblat yang agung
Simbol kekuatan islam yang dijunjung
Kita kaku
Sorak sorai mendoakan
Menghantar bantuan
Tiba-tiba jadi prihatin
Membantu dan terus membantu
Namun jiwa kosong dengan perjuangan
Kita rakus membadai akhbar dengan tulisan makian
Kita ralit berkongsi kebencian dalam dinding ratapan
Kita sibuk cerita perihal mereka di sana yang ketakutan
Namun kita masih bukan seperti mana yang diharapkan
Mungkin sudah sampai seru
Kita perlu menjadi satu
Berhimpun atas nama Tuhan yang satu
Berpadu menjadi umat yang bersatu
Tinggalkan rasa sangsi
Jauhkan hasad dan dengki
Hindarkan sifat benci membenci
Buangkan dendam yang tersemat di hati
Moga Tuhan tunjukkan jalan hakiki
Usah lena dalam buaian angan
Jangan tidur dalam kelenaan
Sedangkan ratapan saudara kita masih kedengaran
Berpadulah kita atas satu kalimah yang sama
Nyahkan jiwa kotor yang mempalit dada
Kelak kemenangan milik kita akhirnya
Yakinah, janji Tuhan itu untuk kita !!
- Artikel iluvislam.com
Mengalir tanpa ihsan insani
Meragut bebas menyubur duka
Dan kini...
Islam berduka lagi
Kita bahagia di sini
Mereka terseksa di sana
Beza adalah dua jiwa
Kita terlena mereka 'berdiri'
Semangat juang mereka kental
Redha dan syahid matlamat awal
Kita lesu dengan material
Berhala baru jadikan khayal
Mereka berjuang penuh mara
Hingga jasad berpisah nyawa
Darah merah pekat membasahi bumi lahir mereka
Demi menjaga istimewa agama yang dinaung
Memelihara tanah tempat kiblat yang agung
Simbol kekuatan islam yang dijunjung
Kita kaku
Sorak sorai mendoakan
Menghantar bantuan
Tiba-tiba jadi prihatin
Membantu dan terus membantu
Namun jiwa kosong dengan perjuangan
Kita rakus membadai akhbar dengan tulisan makian
Kita ralit berkongsi kebencian dalam dinding ratapan
Kita sibuk cerita perihal mereka di sana yang ketakutan
Namun kita masih bukan seperti mana yang diharapkan
Mungkin sudah sampai seru
Kita perlu menjadi satu
Berhimpun atas nama Tuhan yang satu
Berpadu menjadi umat yang bersatu
Tinggalkan rasa sangsi
Jauhkan hasad dan dengki
Hindarkan sifat benci membenci
Buangkan dendam yang tersemat di hati
Moga Tuhan tunjukkan jalan hakiki
Usah lena dalam buaian angan
Jangan tidur dalam kelenaan
Sedangkan ratapan saudara kita masih kedengaran
Berpadulah kita atas satu kalimah yang sama
Nyahkan jiwa kotor yang mempalit dada
Kelak kemenangan milik kita akhirnya
Yakinah, janji Tuhan itu untuk kita !!
- Artikel iluvislam.com
NoMotif
Assalamualaikum.
Selamat kembali ke kolej buat student UITM-KPTM AS.
Selamat bercuti pada kawan-kawan yang tengah bercuti, adik-adik yang bercuti sekolah.
Alhamdulillah, selesai urusan pendaftaran untuk semester 4.
Kuliah yang bakal bermula pada 2 Disember 2012 pastinya akan penuh dengan pelbagai ragam dan gelagat manusia dalam menghadapi semester baru. Entah kenapa, aku seperti tiada perasaan. Tapi tidak mengapa kelas pastinya akan diisi dengan mereka yang riuh gila-gila. Kami buddyz :) Cuti semester berlalu dengan begitu sahaja. Penuh seribu erti buat aku. Merubah hidup aku. Berita dari doktor, tekaan emak aku rasa sudah benar. Ramai sudah menegur aku semakin kurus walaupun aku rasa aku semakin kuat makan. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. Sakit itu kan kifarah dosa. Itu tandanya Allah sayangkan kita.
Tak mengapa, aku dah bersedia.
Selamat kembali ke kolej buat student UITM-KPTM AS.
Selamat bercuti pada kawan-kawan yang tengah bercuti, adik-adik yang bercuti sekolah.
Alhamdulillah, selesai urusan pendaftaran untuk semester 4.
Kuliah yang bakal bermula pada 2 Disember 2012 pastinya akan penuh dengan pelbagai ragam dan gelagat manusia dalam menghadapi semester baru. Entah kenapa, aku seperti tiada perasaan. Tapi tidak mengapa kelas pastinya akan diisi dengan mereka yang riuh gila-gila. Kami buddyz :) Cuti semester berlalu dengan begitu sahaja. Penuh seribu erti buat aku. Merubah hidup aku. Berita dari doktor, tekaan emak aku rasa sudah benar. Ramai sudah menegur aku semakin kurus walaupun aku rasa aku semakin kuat makan. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. Sakit itu kan kifarah dosa. Itu tandanya Allah sayangkan kita.
Tak mengapa, aku dah bersedia.
Wednesday, November 28, 2012
Happy New Semester
Senang, riang, hari yang ku nantikan
Ku sambut, 'Hai' pagi yang cerah
Matahari pun bersinar terang
Menemaniku pergi sekolah
Senang, riang, hari yang ku impikan
Jumpa lagi kawanku semua
Selamat pagi, guruku tersayang
Ku siap mengejar cita - cita.
Monday, November 19, 2012
Perak Darul Ridzuan
WELCOME TO THE NORTHERN REGION
Perak is situated along the west coast of Peninsular Malaysia and covers an area of 21,000 sq km. Meaning silver in Malay, it was so named as the state is home to the Kinta Valley, which once contained the world's richest tin deposits, drawing visitors from around the globe.
PLACES OF INTEREST
Pulau Pangkor,
Manjung
Tucked within this idyllic tropical island are attractions such as the historic Dutch Fort, Batu Bersurat, fishing villages, traditional boatyards, places of worship and popular beaches like Pantai Puteri Dewi, Pantai Pasir Bogak and Teluk Nipah. This island can be explored on foot or by vehicle and its surrounding turquoise warm waters are ideal for swimming, snorkelling, kayaking and fishing. A short boat ride takes you to the privately-owned Pulau Pangkor Laut. Here, you will find the exclusive Pangkor Laut Resort, one of the world's top small luxury resorts.
Must do :
- savour fresh and delicious seafood
- watch boats being built at the boatyards
- sample seafood snacks
- go for a round island trip
Royal Belum,
Gerik
The pristine Royal Belum is nestled within the protected Belum Valley in Gerik. New species of trees and insects have been discovered in this 117,500 hectare virgin rainforest, which is also one of the few places in Malaysia where you can see the rare Rafflesia. Comprising a complex ecosystem, this state park is situated in the northern part of Lake Temengor and is a haven for mammals like the seladang, Asian Elephant, Malaysian Tiger, and the endangered Sumatran Rhinoceros as well as birds such as the hornbills.
Must do :
- go for jungle trekking, bird watching and wildlife sightings
Zoo Taiping & Night Safari
Larut Matang & Selama
Over 180 local and exotic wildlife species can be observed at the 34 acre Taiping Zoo. The country's first zoo, it features orang utans, Malaysian Tigers, siamangs and many more in open air enclosures with natural settings. The Night Safari includes a mini train ride that takes you through various parts of the zoo where you can watch nocturnal animals in action - feeding, hunting or just being playful. The lively chirping of night creatures add to the exciting atmosphere.
Must do :
- hop on the train and go on a Night Safari
- watch the animal feeding sessions
Felda Residence Hot Springs,
Sungkai
Indulge in warm and relaxing sensations as you soak in the free flowing hot springs pools at Felda Residence Hot Springs. Located at the foothill of the Titiwangsa Range in Sungkai, the hot springs are believed to have positive effects on various ailments. While you are there, you can go for the open cold and hot pools or private pools. You can also sign up for the water reflexology courses or just take a walk around the beautiful garden and reflexology path.
Must do :
Kuala Kangsar
The Sultan Azlan Shah Gallery was formerly known as Istana Hulu or Hulu Palace. An interesting combination of Asian and European architectural styles, the gallery mainly features the history and achievements of the Sultan of Perak, Sultan Azlan Shah. It also provides information on the history and genealogy of the Perak Sultanate and showcase replicas, photographs, automobiles as well as gifts that were given to the Sultan and his wife by Head of States from around the world. The Gallery is located on Bukit Chandan about 1.5km from Kuala Kangsar town and just 500m from the famous icon, Istana Kenangan.
Gua Tempurung,
Gopeng
One of the largest limestone caves in Peninsular Malaysia, Gua Tempurung stretches over a kilometre from Sungai Siput to Kuala Dipang and is made up of five domes wit coconut shell like ceilngs. Discover the beauty of nature as you explore its interior, admiring impressive stalactites as well as stalagmites and experiencing other unusual cave phenomena. You can select form various guided tours according to your preferences and level of fitness. This cave is is Gopeng, just 24km south of Ipoh. A 15 minute's drive away is the Kampar River, a popular destination for white water rafting.
Must do :
Kuala Sepetang Recreational Forest,
Matang
Make a point to visit the Kuala Sepetang Recreational Forest - at the best managed mangrove forest in the country. An area of rich biodiversity, it shelters teeming species of trees, birds, fish, and other aquatic life unique to the mangrove forest. Mangrove tree species such as the bakau minyak and bakau kurap thrive here and are commonly used to make charcoal.
Must do :
- visit the eco education centre
- go camping, bird watching and wildlife sighting
- tour local charcoal factories
Taman Herba Negeri Perak,
Gopeng
An interesting variety of herbs are grown in this 22.4ha herbs garden in Gopeng. Planted in individual courtyards, they include herbs for medicinal, aromatherapy and cosmetic use as well as local salads
(ulam) and spices. This scenic farm offers facilities such as a campsite and library and is ideal for bird watching, fishing, aerobica, jogging, outdoor games as well as trishaw rides.
Must do :
- sample unique herbal products such as herbal drinks, traditional cakes and herb rices
Orang Utan Island,
Bukit Merah Laketown Resort, Semanggol
Come meet one of Malaysia's most endearing mascots at the 35 acre Orang Utan Island, a breeding sanctuary cum conservation, research and education centre. Observe these primates as you walk through the 100m steel 'cage tunnel'. Don't miss the opportunity to interact with the star attractions, two orang utan babies, at the end of your visit. The island is part of the Bukit Merah Laketown Resort, which also has a water and eco park. The resort is just an hour's drive from Ipoh.
Sunday, November 18, 2012
Kuasa Berilmu
Aktiviti cuti semester :
menghabiskan bacaan 4 buah buku
fokus & klik
graduan berjaya
jadilah wanita yang paling bahagia
the presentation secrets of steve jobs
ILMU ADALAH KUASA
- Francis Bacon.
Dengan ilmu orang tidak boleh mempergunakan awak sesuka hati.
Gunakan ilmu untuk kebaikan.
-2012-
Wednesday, November 14, 2012
Makan Racun
Mee segera / megi merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak. Dimakan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Menu ini amat popular di kalangan orang bujang mahupun golongan kekeringan poket di hujung bulan.
Walaupun begitu, jangan disangka megi yang sedap tiada bahaya, kerana ia boleh memberikan pelbagai kesan kepada kesihatan jika dimakan secara kerap dan berterusan. Ia mengandungi kandungan MSG (monosodium glutomat) yang tinggi. Bahan ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Kajian menyatakan individu yang alah pada MSG akan mengalami panas dada dan sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.
Megi juga diselaputi lilin (wax) yang banyak untuk mengekalkan rupa bentuk megi semasa pembungkusan. Kandungan wax yang menyeliputi megi mengambil masa 4-5 hari untuk dicerna oleh tubuh badan manusia.
Antara kesan MSG kepada kesihatan ialah :
- Kecederaan kepada hypothalamus, sejenis kelenjar dalam otak berperanan mengawal selera makan, fungsi tiroid dan sistem endokrin.
- Boleh menyebabkan tumor (ketumbuhan) pada paru-paru, usus kecil, usus besar, bawah kulit, perut dan otak.
- Boleh menyebabkan asma kronik
- Membantutkan kebolehan otak bayi dan kanak-kanak untuk menerima pelajaran. Ia menyerang secara halus.
Makan untuk sihat, bukan makan untuk mendapat penyakit.
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)

.jpg)
.jpg)


.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
