Sejujurnya aku
sangat resah dengan pertanyaan itu. Kenapa harus muncul saat seperti ini. Mulut
mengatakan ya, boleh, tabah, kuat, tapi hati hanya Tuhan yang tahu. Jika ikutkan hati, bila-bila saja boleh
bersatu. Tapi minda mula mengingatkan
supaya lebih waras. Ada jodohkah kami ?
Apa akan berlaku lagi 4 tahun ? Bagaimana dengan perancangan setahun yang lalu
? semuanya bermain di fikiran. Si dia
resah, aku lagi resah memikirkannya, tapi sudah tidak mampu mahu meluahkan.
Akhirnya hanya kata semangat yang aku
titipkan buatnya, padahal hati sendiri menangis. Hati lebih banyak menduga saat seperti ini.
Argh, bukankah ini yang aku mahu sejak dua tahun yang lalu ? pergi jauh dari
semua orang yang pernah mengenali aku.
Membuka diari baru. Aku akan
terus berlari sejauh yang boleh, walau dalam hati menyedari satu hari nanti
sirih akan pulang ke gagang walau hujan batu di negeri sendiri. Tidak kira
bagaimana, aku tetap akan berlari pergi sejauh yang aku mampu demi
menggembirakan hati sendiri. Luka yang dipendam sejak 7 tahun yang lalu
membuatkan aku tak betah lama-lama di rumah sendiri. Banyak kisah yang tak
mampu aku pendam tapi dek kerana demi menjaga hubungan keluarga, aku pendamkan
saja luka hati sendiri. Biarlah aku yang
menderita sendiri. 5 tahun menganyam
impian, dua tahun aku membina hidup baru di kolej. Aku lupakan semua yang berlaku, bertemu
dengan sang pencuri hati yang tak pernah gagal membuatkan aku gembira walau
kadang terselit derita lalu. hati
sentiasa gembira dengan dia di sisi. Pedulikan apa orang kata, mereka tidak
pernah tahu apa jadi padaku bertahun yang lalu.
Biarkan mereka menilai, aku tidak peduli, aku sudah bahagia di
sini. Dua tahun juga aku menyimpan angan
untuk berlari lebih jauh. Bila saat itu
hampir tiba, hati resah lagi. Mulut
mengatakan mahu ku gapai impian sejak kecil, mahu ku sahut cabaran orang- orang
yang tidak pernah jemu menilai aku, mahu ku katakan pada mereka, lihat lah,
gadis kecil yang dipanggil anak kucing kurap ini satu waktu dahulu sudah hampir
berjaya. Gadis kecil yang hanya
dipandang sebelah mata ini satu ketika waktu dulu sudah mampu menabur
bakti. Bukankah emak pernah kata pada
mereka, jangan hina lagi anak kecil ini, tika dia besar nanti mungkin dia orang
yang kamu akan panggil saat susah nanti.
Itu kata-kata di mulut, di hati hasratnya hanya satu, mahu pergi lebih
jauh. Membawa bersama orang-orang yang
penting di hatinya. Tapi mampukah aku ?
penat memikirkan rintangan yang bakal dihadapi, aku hanya menyerahkannya pada
takdir. Aku hanya mahu melalui jalan
yang telah ditakdirkan untuk aku. Memang
lumrah hidup begitu.
Sunday, May 12, 2013
Friday, May 10, 2013
Syoknya terbang!
Assalamualaikum.
Semalam aku tidur
awal, jam 11:00 malam dah siap tutup lampu. Tapi pukul 2 pagi terjaga. Aku mimpi macam-macam. Yang aku ingat aku
mimpi 3 benda. Tapi aku ingat mimpi ketiga tu ja. Aku jadi burung. Burung besar
sangat. Warna hijau, tapi kepak dia warna merah + ungu + kuning. Cantik gila!
Lebih kurang burung merak warna dia. Tapi bentuk dia macam burung angsa yang
tengah berendam dalam air tu. Cantik! Tengah elok-elok aku berendam kat dalam
air tu, (burung kan), aku dengar orang
jerit Help! Help! Help!! . Aku pun terbang tinggi, rupanya classmates aku
tengah jerit minta tolong kat atas gunung. Sapa classmate aku tu x yah la
cakap. Aku pun x tau la macam mana si mamat poyo ni boleh muncul dalam mimpi
aku. Rupanya gunung tu tengah runtuh. So apalagi, aku dengan gaya terbang penuh
berkeyakinan menyelamatkan classmates aku ni. Tah apa lah dia buat kat atas
gunung tuh. Aku terbang tinggi. Masa ni lah yang aku paling ingat sekali, aku
rasa macam terbang betul-betul. seronok sangat sangat sangat sangat, tak
terkata. Menikmati alam dari atas langit. Seronok sangat! Lepas aku selamatkan
si classmates aku ni, aku pun terjaga. Haha !
terjaga jer, terus senyum. Sebab seronok sangat terbang tinggi di
langit. Tu ja la aku nk cita, k bye.
macam ni lah burung tu, tapi warna hijau.
Subscribe to:
Posts (Atom)
