Friday, October 25, 2013

Kek Coklat Enak dan Mudah





Kek Coklat Moist 

Bahan - bahan :

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
2 cawan gula halus
4 biji telur
250 gram mentega
2 sudu kecil esen vanila
1/4 cawan susu cair
1 cawan sebuk koko *
1/2 cawan gula halus *
1 cawan air *

Cara membuat :

1. masukkan bahan-bahan bertanda (*) dan masakkan ia di atas dapur dengan api perlahan hingga berkilat.

2. biarkan ia sejuk. bila dah suam2, masukkan pula susu cair. biarkan seketika.

3. di bekas yang berlainan, pukul mentega dan gula halus hingga kembang.

4. masukkan telur satu demi satu dan kacau perlahan-lahan. masukkan juga serbuk penaik.

5. masukkan esen vanila.

6.masukkan tepung yang telah diayak. masukkan juga coklat yang telah dimasak tadi. gaul kesemuanya.

7. masukkan ke dalam bekas khas yang telah disapu mentega. bakar selama 20 minit pada suhu 170 darjah celcius.

Cucukkan lidi di tengah kek, jika lidi masih bersih, tandanya kek sudah masak. aku cucukkan dengan garfu, akibatnya berlubang kek aku.

Lepas dah masak, bolehlah letak topping coklat atau sesuka hati anda.

Topping Coklat 

Bahan-bahan :

250 gram coklat masakan
1 sudu besar mentega
130 ml double cream atau whipping cream
gula halus secukup rasa

Cara-cara :

1.cairkan coklat secara double-boiler.

2.bila dah cair, tutup api. kemudian masukkan mentega, gula halus dan cream. kacau hingga sebati.

3.curahkan atas kek.

4. nak lagi menarik, taburkan coklat rice di atas topping coklat.

kalau dah malas sangat nak buat topping coklat ni, ayakkan sahaja gula halus di atas kek. 



Sunday, October 20, 2013

Cloud nine

Bello !

aduh aduh aduh. sudah 3 minggu aku a.k.a anak sulung mak melepet di rumah. nak buat apa ni hoi ?

dah habis semester 5, harapnya semua akan baik2 saja. tunggu result yang akan keluaq 1 november neh, lepas tu baru boleh buat planning. insyaallah kalau ada rezeki kerja lah aku kat pahang. pahang nunnn, jauhhhh. aku warga kedah nie nk p keja kat pahang. kerja apa ? secret!
haha :) x boleh bagitau lagi kja apa, perlu dirahsiakan buat sementara waktu. tawaran kerja setakat neh ada tiga, semua gaji lumayan, tapi aku x fikir lagi. apa pun, tunggu result dulu naaa. lepas result keluaq aku update len ok.

la ni aku dok umah saja ja, makan tidoq tengok tv fesbuk twitter. tu diaaa! tak membesaq jugak aku walaupun keja dok makan ja. tak tau nk buat apa dah nie, dah la kt umah neh aku sorang. mak ayah kerja saja siang malam melepet lah aku. oke dah2 merepek tuu.

haihh aku hilang dalam dunia aku sendiri. rindu kawan2, rindu buah hati. buah hati ? lalalala. nasib lah berjauhan walau still dalam malaysia jugak. hg tau dak aku rindu hg gila2 neh ? takdak sapa nak buli aku kt umah neh. ;)

oke mak panggil dahh. bye bye. semoga jumpa lagi!