Wednesday, February 29, 2012

tinggi tinggi gunung KINABALU



dah lama imah cari lagu neh ! first time dengar masa sekolah rendah.
love this song sebab mak imah penah tinggal di sabah bertahun
lamanya dan imah teringin sangat nak bercuti ke sabah !
mummy, mari kita bercuti ke sabah =)

Wednesday, February 15, 2012

Kisah Seminggu

selamat bertemu kembali dalam hari yang penuh ceria !





err ceria ke ? imah jer kejap okey kejap tak. korang ceria-ceriakan hidup ya ! bak kata ustaz zool hilmi, kawan imah kat kuin tuh hidup penuh dugaan. kita hanya perlu tenang menghadapi dan kuatkan diri. lari kemana pun, pasti ada dugaan. so, cool babe !

korang dah baca ayat di atas ? itulah imah, cakap pandai, tapi dia tak buat pun. air mata mengalir lagi untuk ke sekian kalinya.. imah rindukan saiful.. bunga-bunga sayang yang dipupuk sekian lama, gugur juga akhirnya. fullstop !

masuk bab mara pula : imah dah settlekan segala permohonan mara tuh. harap-harap segalanya akan baik-baik saja. dah sakit telinga kena pot pet dengan cik aimmy kat kampus mergong.  macam-macam dia cakap. kesah pulak aku ? imah cuma kena sabar. kalau ada rezeki, pasti takkan kemana. dia cakap kadang-kadang student kena tunggu lama. ada yang sampai semester 4 @ 5 baru dapat. imah takkan berputus asa lah ! kalau dia rasa imah lemah, dia silap ! hari isnin, parents imah datang. syukurlah, imah memang sangat merindui mereka. dah settle hal mara tu, mak ayah bawa imah ke tesco. apa yang imah beli ? sushi ! minggu ni memang teringin sangat nak makan sushi. tercapai hajat. yummy nyam nyam !










rumah sewa : ha ! ini satu hal ! setelah puas imah dengan kawan-kawan survey ke sana ke mari, akhirnya kitowang jumpa sebuah rumah yang lengkap dan cantik di tepian bendang. bendang tuh sawah padi lah ! cantik view kat situ. mungkin tak secantik di tempat lain, tapi cukup untuk menenangkan hati imah yang selalu serabut neh. bila dah hampir setuju, tuan rumah tu pulak buat hal. dia berdolak-dalih pulak dengan kitowang. tapi kitowang tak putus asa. imah dengan sleeping partner imah call dia selang dua hari. haha ! akhirnya dia bagi, dengan bayaran RM110 setiap bulan dan deposit RM153 dua bulan. maka secara rasminya bulan 6 kitowang akan masuk rumah tu. harap menjadi la yer. kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan.





kawan-kawan : business proposal punya hal, imah gaduh 2 hari dengan amir. dia yang marah imah. adoi.. imah dah la serabut dengan hal lain, dia pulak buat hal. kadang-kadang nak jer marah dia. tapi dia sahabat yang baik. lepas 2 hari, imah berjaya pujuk dia. buat drama sedih kat library dan drama air mata di tangga. i'm the best actor ! imah nangis lepas pujuk dia, terasa hati sangat-sangat. air mata memang tak mampu ditahan lagi. akhirnya teresak-esak juga. hal amir dengan alya tak selesai lagi. argh lantak korang lah. kesah plak aku ? macam-macam cara dah imah buat agar diowang berbaik-baik, tapi hampeh. sorang manja, sorang ego. huh !

tibanya hari rabu ! imah rasa dah semakin relax. smile :) tetiba sleeping partner imah bagitawu yang dah dua hari imah asyik ngigau time tidur. pe hal lak ni ? saiful lah punya pasal. sebab banyak sangat nak fikir, sampai terbawa ke dalam tidur. huh mencik betul ! nak tidur jer ingatkan dia, macam mana tak mengigau. nasib baik tak menjerit nama saiful, kalau tak mau sleeping partner imah n the geng lempaq masuk bendang. haha control ~ ta mao mengigau ! tapi boleh ke tahan mengigau neh ?

finally : imah dah baik dengan amir. saiful ? biarkan dia dulu. imah faham situasi dia. tak peduli korang nak cakap apa, sebab imah jer tawu hal dia. by the way, nasihat aimie n sleeping partner sangat-sangat imah hargai. pendek kata, semua settle buat masa sekarang. happy right now ! yeah !

Saturday, February 11, 2012

Belajar Ubati Kekecewaan

rasa kecewa atau kesal pasti ada apabila putus cinta, ada masalah keluarga atau gagal dalam peperiksaan. kebiasaannya apabila sudah terkena penyakit kecewa, ramai yang sukar untuk mengikisnya. berikut beberapa panduan untuk membuang rasa kecewa :

  • Terima kenyataan
kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. sebagai manusia, kita tidak boleh menentukan kehidupan kerana semuanya telah ditakdirkan. apa yng boleh kita lakukan ialah berusaha untuk mengubah nasib. ada ketika kita bernasib baik, ada ketika keadaan sebaliknya. hadapi rasa kecewa dengan tenang dan reda kerana selain memiliki hikmah tertentu ia pasti mengajar kita supaya lebih berhati-hati.

  • Berfikir 
senaraikan pro dan kontra apabila anda membuat sesuatu keputusan supaya anda tidak berasa terlalu kecewa dengan perkara tidak dijangkakan berlaku. biarkan ia berlalu dan lama-kelamaan anda akan dapat mengatasinya sendiri. 

  • Berfikir positif
cuba kenang kembali peristiwa kerana kebahagiaan yang anda miliki hari ini mungkin disebabkan peristiwa silam. memang sukar untuk berfikiran positif apabila sudah terlalu kecewa. jangan terlalu mengikut perasaan. tumpukan kepada perkara yang lebih positif yang anda pernah lakukan dalam hidup. ia pasti banyak membantu apabila anda berdepan perasaan kecewa. 

  • Luahkannya
bahaya jika memendamkan rasa kecewa ini kerana ia boleh memakan diri. kesannya anda boleh mendapat kemurungan dan stress. apa yang penting, anda perlu menceritakannya kepada orang yang anda percayai dan rapat dengan anda. jika anda mengadu, anda akan rasa lebih tenang dan kembali semangat dengan nasihat dan pujukan mereka. 

  • Beri tumpuan pada hidup 
teruslah berusaha untuk mencapai matlamat hidup anda. apabila anda mempunyai fokus, segala cabaran dan rintangan akan dihadapi dengan lebih semangat. apa yang penting, jangan biarkan perkara remeh mengganggu hidup anda. 

Friday, February 10, 2012

100 senarai kesyukuran


  1. saya dilahirkan sihat
  2. ramai kawan-kawan
  3. ada emak, ayah, adik
  4. dapat bersenam
  5. menjadi rakyat Malaysia
  6. mempunyai wang yang mencukupi 
  7. buku Chicken Soup for The Soul
  8. muzik
  9. makanan yang sedap
  10. laptop Toshiba, acer, dan dua buah komputer 
  11. baju yang cantik
  12. ketawa
  13. bergembira dengan kawan-kawan
  14. sleeping partner
  15. kebebasan
  16. cuaca yang nyaman
  17. telefon bimbit
  18. kebaikan hati
  19. dapat menikmati cahaya matahari
  20. katil yang selesa
  21. pendidikan yang sempurna
  22. selamat daripada bahaya
  23. keselesaan
  24. keindahan alam sekeliling
  25. saat-saat yang berharga
  26. dapat hidup sehingga kini 
  27. dapat update blog
  28. masa hadapan
  29. senyuman
  30. kemaafan
  31. pujian
  32. tidur malam yang nyenyak
  33. ada elektrik 
  34. buku-buku kegemaran saya
  35. pujaan hati 
  36. lecturer yang baik
  37. kemudahan untuk ke kolej
  38. ada broadband
  39. pernah bekerja
  40. sikap sabar
  41. selalu pergi kem bina semangat
  42. pernah pergi seminar motivasi oleh orang-orang yang hebat
  43. bertemu dengan orang-orang yang hebat ( angkasawan negara, imam muda, dr.shukri abdullah, pm dan mantan pm negara Malaysia, anwar ibrahim, nik aziz)
  44. melancong bersama keluarga
  45. mempunyai 10 pasang kasut
  46. mempunyai kawan-kawan di kalangan doktor, businessman, tentera, pilot, polis. 
  47. keperluan pengajian yang mencukupi
  48. dapat mohon pinjaman mara
  49. ada blog, twitter, netlog, emel, facebook
  50. novel enid blyton
  51. novel penyiasatan siri hadi dan siri salma
  52. pernah sekolah agama
  53. ada kawan-kawan dan saudara-mara di luar negara
  54. ada pen-pal ( mazlina )
  55. jam tangan yang dah dipakai selama 4 tahun
  56. ada saudara-mara
  57. minat teknologi
  58. ada kawan baik yang sama minat ( amir syafiq )
  59. pernah pergi tempat-tempat hebat 
  60. pengalaman manis dan pahit 
  61. pernah ditipu selama bertahun-tahun oleh orang yang dipercayai 
  62. dapat memaafkan orang
  63. ada buku ensiklopedia 
  64. pernah menjadi babysitter
  65. excident
  66. pernah dihina
  67. tidak pernah kebuluran
  68. masalah 
  69. cabaran hidup 
  70. ada follower
  71. friend facebook 4000 orang
  72. tiada masalah berat badan
  73. saya bersyukur saya berumur 19 tahun
  74. dapat tinggal di kampung yang aman damai
  75. ada tempat mengadu
  76. mempunyai emak yang sangat tabah dan penyabar
  77. dilahirkan sebagai orang Islam
  78. sukakan aktiviti yang lasak
  79. dilahirkan dalam keluarga yang sederhana
  80. keluarga yang penyayang
  81. saya bersyukur saya pemurah
  82. sentiasa murah rezeki
  83. tidak membenci orang
  84. suka senyum
  85. tak buta huruf
  86. pandai bahasa inggeris dan bahasa arab
  87. masih bernafas ketika ini
  88. saya bersyukur saya sentiasa ingin berubah menjadi lebih baik
  89. mempunyai hobi membaca
  90. dilahirkan di negara aman damai
  91. bersyukur dengan nikmat 
  92. saya bersyukur saya masih tahu adab sopan
  93. saya bersyukur dengan perjalanan hidup saya
  94. bersyukur kerana ada pembimbing pemberi nasihat
  95. bersyukur masih boleh pakai barang kemas
  96. masih ingat nasihat emak
  97. boleh memasak
  98. masih ada pendengar setia
  99. bersyukur blog saya ada pembaca
  100. bersyukur dapat menyenaraikan 100 kesyukuran !

Monday, February 6, 2012

Saya Suka Dia ! Tapi Saya Malu ....

macam mana nak tahu lelaki/perempuan suka pada kita ?


  • si dia gelisah bila bersama anda
lelaki yang sukakan seseorang wanita akan berasa gelisah atau sering kali berasa tidak kena dan gelabah apabila berdepan dengan orang yang disukainya.

  • perhatikan gerak-gerinya
adakah dia selalu cuba merenung anda ? senyum pada anda ? gemar memandang anda biarpun ketika jauh ?

  • sentuhan
si dia suka menyentuh anda (bukan gangguan seksual) namun perilaku yang sejujurnya. dia mungkin menepuk lembut bahu anda atau geselan tidak sengaja yang boleh menyemarakkan perasaan anda dan sebagainya. 

  • si dia suka telefon anda
ini memang terang-terangan menunjukkan dia menyukai anda apabila dia selalu menelefon walaupun untuk bertanya hal yang remeh. adakala dia menipu mengatakan dia tersalah dail padahal dia sebenarnya ingin berbicara dengan anda. 

  • sanggup berkorban
si dia berbuat apa sahaja demi anda. pinjamkan duit, belikan sesuatu untuk anda atau apa sahaja tanpa anda perlu bersusah-payah meminta bantuan daripada rakan-rakan lain.

  • cemburu
ini memang sah si dia sukakan anda apabila dia terasa cemburu ketika anda bercerita mengenai rakan lelaki lain. ini bermakna dia tidak mahu ada orang lain selain dia dalam hati anda. 

  • senang memperkenalkan anda kepada rakan atau keluarganya
si dia tidak akan malu memperkenalkan anda kepada rakan-rakan atau ahli keluarganya. biarpun ketika memperkenalkan itu dia akan menyebut anda sebagai rakan tetapi cara dia memperkenalkan anda pasti berlainan. 

  • suka ambil tahu
dia sentiasa mengambil tahu mengenai diri anda, keluarga anda, kegemaran anda dan mungkin tarikh lahir anda. itu bermakna dia berminat hendak mengetahui segalanya tentang anda.