2 April 2012, Isnin
Misi : Menjelajah Alor Setar dengan penuh keceriaan
Pengembara tegar : Aimie, Imah, Irah, Fatin, Nini
Barang-barang keperluan : Canon DSLR EOS 1100D, Wang secukupnya, Kad pelajar
Tempat Pengembaraan : Alor Setar Mall, City Plaza, Pekan Rabu, Dataran, Menara Alor Setar
11 pagi :
Pengembaraan bermula. naik van Pakcik Burn dan ke Alor Setar Mall. Shopping !
rambang mata memilih t-shirt dan jeans yang cantik dengan harga yang berpatutan.
puas shopping, singgah sebentar di Cool Blog dan Nelson's sementara menunggu Pakcik Burn untuk ke City Plaza pula.
3 petang :
Hujan lebat menyambut kami di City Plaza.kaki masing-masing menuju ke food court kerana kelaparan yang amat sangat. nasi goreng ayam dan milo ais menjadi santapan tengahhari.
4 petang :
Shopping dan bowling ! menurut sahaja kemahuan Irah untuk melepaskan gian bermain bowling. kad pelajar menjadi sangat penting ketika ini kerana penjimatan berganda yang dijanjikan untuk student. kali ini pengembaraan ditemani oleh seorang jejaka : Qhairul Qhusairy atau lebih mesra disapa QQ.
5 petang :
Pekan Rabu menjadi sasaran terakhir untuk shopping. sempat menyaksikan pembuatan kuih karas. bukan setakat boleh menimba ilmu pengetahuan mengenai kuih tradisional karas, siap boleh merasa lagi tau kat kedai makcik ni. sedap !
6 petang :
Dataran / I-City menjadi laluan untuk ke Menara Alor Setar. sempat bergambar dan menikmati suasana petang yang nyaman. hujan yang masih rintik-rintik tidak mematahkan semangat pengembara tegar.
Menara Alor Setar ! here we come ! destinasi terakhir.
masih ditemani si jejaka QQ. kad pelajar lagi ! tiket yang berharga RM6 untuk dewasa kali ini menjadi RM4 untuk pelajar. sangat menjimatkan. menikmati saat matahari terbenam bersama yang tersayang satu kenangan indah.
8:30 malam :
Pulang ke hostel dengan seribu satu perasaan gembira. menikmati malam terakhir di semester 2 bersama 5 sekawan !
No comments:
Post a Comment