Sunday, January 6, 2013

6 hari

Assalamualaikum

Selamat menyambut tahun baru 2013. semoga azam tahun lepas dah tercapai dan berusaha untuk azam baru.
dah lama x update blog kan. banyak cerita nak share neh. cerita tahun lepas sampailah tahun ni.

31 Disember 2012
Dikejutkan dengan jeritan niniey. sebab? dia nampak kulit ular. apa lagi, bergegas aku panggil jiran sebelah. pakcik tu datang cek apa yang patut, dia cakap xda lah ular. ular tu dah tinggalkan kulit je. tapi disebabkan x puas hati lagi, call tuan rumah sewa pulak. dia pun datang tengok apa yang patut. tapi! x puas hati lagi selagi x jumpa ular tu, akhirnya aku call jpam. diowang datang cek2, diowang cakap xda dah ular. okayy, semua macam dah berpuas hati sikit, mula kemas balik barang2, aku pi tabur belerang/sulfur sekeliling rumah, pastu kemas apa yang patut, masuk tidur jam 1 pagi. esok kelas pukul 8 pagi! plan nak celebrate new year kat menara alor setar, nak tengok bunga api, semua x jadi dah. lupakan saja hasrat.

2 Januari 2013
Selamat hari lahir emak! kakak sayang mak banyak-banyak. mak lah mak kakak di dunia dan akhirat. jasamu tidak mampu kakak balas. semoga dimurahkan rezeki, dan terus menabur bakti pada anak bangsa.
a new camera for mom's birthday. Malam, nak tawu kitowang pegi mana? Funfair with yah, tyrah, niniey, man, ammar, wandi, azri. Dataran stadium darul aman. Habis RM10 main sotong pusing2 dan discovery. Menjerit aku main benda alah semua tuh. sangat menakutkan terutamanya discovery tu.

Pink for mom

Discovery

Sotong pusing-pusing



3 Januari 2013
Rasa macam x sihat sikit, tapi okay lagi. mesti akibat pusing2 kat funfair semalam. Laptop rosak! skrin rosak. aduhai, macam2 lah. duit lagi. duit keluar macam air, cepat jer. bagitawu mak, mak cakap okay, pi beli laptop baru nanti. erk? kalau ikut hati memang lah nak beli, tapi macam sayang duit pulak. lepas survey2, technician cakap skrin RM480, dua hari boleh siap. melayang duit. so tukar skrin ajer lah. x payahlah membazir beli laptop baru. x lupa jugak, selamat hari lahir kawan,sahabat,kakak,adik,sleeping partner,roommate, housemate! Syairah, awak sudah 20 tahun. saya sayang awak sangat. semoga hidup awak terus ceria macam selalu okeh :)

Laptop kesayangan


4 Januari 2013
Pagi ada perjumpaan dengan geng event. meeting jam 9:30, 9:15 baru aku terjaga. nyenyak betul tidur. ish ish ish. bangun, kelam kabut mandi, jam 10 baru sampai kolej. so bayarlah denda lewat RM5. Petang,
Alor Setar ---> Sungai Petani. Sushi King, Amanjaya Mall. order mengalahkan tuan, padahal berapa orang jer makan. nak tawu kitowang order apa? ni kat bawah ni haa.. 2 orang makan jer pun.


Lemon juice

Green tea

Fruit juice

Matcha 3 layers

Tobiko

Tamago maki

Unagi slice

Nihotate

Salmon

Takohachi

Chuka lidako

Ika

Kani fumi nigiri


Terayaki rice burger

5 Januari 2013
Outing. amek laptop. siap dah. sukalah, skrin baru berkilat. lepas ni pasti akan lebih berhati-hati. dah serik. lepas amek laptop, menuju ke star parade. first, cari hadiah untuk birthday my bff'. even dah lepas banyak hari, nak jugak beli something. mahal ke, murah ke, yang penting ikhlas. masuk sukimatata. pengumpul teddy bear mesti tawu kedai yang comel neh. penuh dengan teddy bear. dapatlah seekor bear kecik comel sebagai hadiah. then mencari kasut baru for new marketing executive. orang lelaki neh jarang shopping, sekali shopping, lenguh kaki orang yang teman tu ha. 

Gambar hiasan. yang aku hadiah tu lagi comel dari neh. 
hehe

6 Januari 2013
Memulakan hari dengan semangat baru. yeah! semoga semuanya dipermudahkan. amin..