Assalamualaikum..
Alhamdulillah syukur pada Allah, masih diberi kesempatan hidup. Sedar x sedar dah 19 tahun imah bernafas di muka bumi ni. 4 Ogos 2012 memberi pengalaman baru menyambut hari lahir di perantauan. Ditinggalkan bersendirian pada malam hari lahir, hanya makan maggi pada malam tersebut. Sadisnya.. mungkin orang lain akan cakap eleh! Hari lahir ajer pun. Tapi bagi imah hari lahir tu hari yang sangat bermakna. Hari yang imah nak sambut dengan orang-orang yang imah sayang, dengan penuh kebaikan. Tapi hajat tu x kesampaian. Tidak mengapa, wajah masih mampu melakar senyuman walau hati agak terluka. Doa kawan-kawan sangat imah hargai. Terima kasih ! Keesokan harinya, , I have got an awesome day with Mr.QQ ! dibawa jauh hingga ke pulau pinang untuk menyambut hari lahir. hari yang dilalui penuh kegembiraan bersama si pencuri hati. Thank you so much for everytime you spent with me. Always make me happy, smile, laugh, and have an awesome second with you ! <3
Dah 21 hari kita berpuasa, seminggu lagi untuk menyambut lebaran. Persiapan raya agak tergendala dengan jadual kuliah yang padat dengan kuiz, test dan presentation. Alhamdulillah kuiz CSC134 dan group presentation OMT182 dah selesai. Tinggal lagi kuiz BMD101 dan test CTU263. Lagi 5 minggu untuk menghadapi final exam membuatkan imah sibuk menyelesaikan segala assignment yang diamanahkan. Warna maroon menjadi tema raya tahun 2012. Apapun, selamat berpuasa pada setiap muslim ! rebut peluang di seminggu malam terakhir, lailatulqadar itu peluang setahun sekali.
Minggu terakhir sebelum menyambut lebaran akan dipenuhi dengan persiapan membeli keperluan raya, menyelesaikan tugas-tugas kolej, dan aktiviti berbuka puasa bersama kawan-kawan. Ahad : berbuka puasa bersama fatin nasyrah, sahabat yang selalu buat imah ketawa. Walaupun satu kolej, tapi berlainan kelas dan berlainan rumah. Mengambil peluang untuk berbuka puasa bersama-sama dan mahu berkongsi cerita ! Isnin : aktiviti memasak bubur lambuk di kolej anjuran majlis perwakilan pelajar dan aktiviti berbuka puasa bersama mentor, madam nurull. Aktiviti yang akan mempertemukan sahabat2 lama untuk berkongsi cerita, perkembangan terkini dan isu-isu semasa. Akan diadakan di Pizza Hut, Tesco Mergong.
I miss my family so much ! ayah, emak, adik. Imah hanya pulang dua kali dalam semester 3 neh. Takpe, anak perantau kena belajar hidup berdikari ): lagi seminggu nak raya, maknanya lagi seminggu nak pulang ke rumah. Dah request nak makan mi kari. Kepulangan sekali sekala ke rumah haruslah dicelebrate bersama favourite food. Mahu pasang pelita di sekeliling rumah, pastinya sangat cantik. Cemburunya tengok jiran-jiran di sini dah sibuk buat persiapan raya. lagu raya juga sudah berkumandang di shopping complex, di youtube, di radio. Bunyi mercun menambahkan kemeriahan setiap malam.takpe, seminggu ajer lagi… akhir kata, selamat membuat persiapan raya. elakkan pembaziran dan hati-hati di jalan raya.
A simple birthday celebration at
TGI Friday's Queensbay Mall Pulau Pinang