Tidak perlu berpura-pura menyayangi jika hati memang sudah benar cinta. Punya tarikan tersendiri bisa membuatkan ramai wanita terjatuh hati. Sentiasa berkorban untuk kebahagiaan mereka yang penting di hatinya, sudah cukup buat mereka memahami erti menghargai. Cinta bukan main-main bila kedua keluarga sudah merestui. Kata-katanya bukan untuk menyakitkan hati, hanya mahu menasihati. Tawanya penuh ikhlas, tidak mahu mereka susah hati. Hartanya hanya satu, orang yang dia cintai. Semangatnya bukan gurauan, bila disertai usaha. Hebatnya dia penentu masa depan. Kacaknya dia hanya mencari yang benar. Hatinya hanya satu, diserahkan pada yang berhak. Perasaan bosan tidak pernah terluah bila tawa mengiringi segalanya. Tidak mengharap yang lebih, cuma mahu menjadi yang halal buatnya. Perancangan penuh di minda, tapi Yang Maha Esa penentu segalanya. Cita-cita menjadi keutamaan, rezeki akan datang belum pasti. Bila kehadiran dia dalam hidup merubah segalanya, menyesal tidak ada jika sudah bahagia. Ribut melanda ada ketikanya, tapi jika masih jodoh, jika masih mahu, jika masih sayang, jika masih cinta, masalah pasti ada penyelesaian. Adakala waktu dan jarak menjadi penghalang, rindu menjadi tambatan hati saling mengingati. Kesabaran sudah cukup membuktikan seagung mana kisah, setinggi mana sayang . Selagi sabar, selagi itu cinta. Salah ada ketika menjadi punca perbalahan. Sudah dikata, semuanya ada tujuan. Gelak tawa menjadi penyudah. Fikiran tidak meneka, hati tidak mengagak. Perjalanan diharungi, susah senang dihadapi. Berdikari sudah biasa, diri sudah bersedia. Hati dan minda sudah memahami. Wang bukan keutamaan, tapi segalanya perlu. Masa berkualiti lebih utama, daripada mencari pasal hanya bersedih. Hujan dan panas bukan penghalang, bila hati sudah tekad. Sakit dan sihat, pasti dijaga dengan cermat. Nasihat dan kata-kata buat kesejahteraan diri sentiasa di hati. Cita-cita perlu diraih demi kesejahteraan masa depan. Mahu senang, harus ada pengorbanan. Jika sudah takdir jarak menjadi pemisah, itu hanya sementara. Janji dimeterai demi kepastian akan datang. Waktu yang ada diisi ceria. Tidak perlu bersedih kerana takdir, jika janji masih diingati, semuanya akan kembali. Kata-kata mungkin tidak perlu bila hati lebih memahami. Jauh perjalanan, mengerat kasih sayang. Bertemu berpisah adat perhubungan. Doa mengiringi, semoga abadi. Pesanan diingati, perasaan dihormati, hati dikunci, tiada pengganti.
Saturday, September 29, 2012
Hati Dikunci

Labels:
Love
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.jpg)
No comments:
Post a Comment