Friday, June 28, 2013
Sakit rumah.
Hello bloggers and readers!
Homesick! Rindu mak ayah adik. Plan awal nak balik, tapi disebabkan assignment yang bertimbun dan test yang berderet minggu depan, hasrat dan perancangan ditangguhkan. Minggu depan aku nak balik jugak! Tak kira! Minggu depan ada test law dan accounts. Doakan aku ya! Jeling-jeling buku law, selak-selak buku accounts. Minum milo, makan coklat. Pandang kiri, pandang kanan. Selamat malam cantik, selamat malam kacak.
Friday, June 21, 2013
Baik ke aku ?
Classmate aku kata orang baik selalu diuji tuhan. Aku baik ke ? haha!
Sakit tu pun ujian dari Tuhan jugak. Pedih menanggung kesakitan. Sakit tak boleh digambarkan. Ya Allah, kau sembuhkanlah aku.
Rasanya gastrik semakin teruk. Dok saja ja tiba2 rasa mual, macam nak muntah. sakit di bahagian perut, rasa berangin, hilang selera makan, najis menjadi hitam, berat badan menurun, Bukankah itu tanda gastrik semakin teruk ? Penyakit yang lama itu pun belum dapat dikenal pasti lagi, sudah tiba penyakit baru. Ya Allah, ujian buatku.
Sebulan hidup bergantung ubat, cukup tarikh awal bulan depan, jumpa doktor lagi. Buat ujian darah lagi. Sakit pedih jarum menusuk urat bulan lepas masih terasa. Jenis penyakit belum dapat dikenal pasti lagi. Doktor sendiri aneh dengan bentuk darah aku. Ujian lagi.
Sabar, usaha, tawakal, dan teruskan hidup.
Wednesday, June 12, 2013
5 Sem Dah ?
Assalamualaikum.
Sudah seminggu kelas bermula. macam-macam ragam ada, macam-macam cerita ada. Entah kenapa, aku macam rasa yang waktu sangat panjang berlalu. sangat panjang sem akhir nie. kenapa ya ? aku macam dah tak semangat. pi kelas semata-mata sebab nak habiskan sem jer. dalam kelas senyum jer, tapi dalam hati macam erghhhh, bosaannn. argh. aku tak mahu masalah nie mengganggu. aku mahu habiskan diploma dengan cemerlang. minggu depan pasti akan lebih baik. korang doakan aku ya !
seminggu nie saja, dah 3 kali jadual waktu bertukar ganti. penat penat. minggu depan mesti akan bertukar lagi. aku mahu lebih semangat, lebih ceria. pasti boleh!
bak kata lecturer aku, stop complaining. itu semua pemikiran saja. minda yang mengatur gerak hati. boleh! yeah! tak boleh main-main lagi, kali nie kena more serious! dah part 5, pecut pecut dan terus pecut, garisan penamat sikit lagi di hadapan. bye.

Sunday, June 2, 2013
I want you to stay.
Assalamualaikum dan selamat tengahhari !
aku bukan suka sangat pun update blog tengah hari buta nie, tapi perasaan nie dah x boleh dibendung lagi. haha makanya aku dengan rela hati sign in blog hari nie. hari nie hari ahad daaa. hari selasa dah kena balik kolej. hari rabu daftar semester baru. semester 5, last semester woii. korang doakan aku ya! hari ahad minggu depan dah start kelas.
aku sebenarnya dulu punya la semangat nak balik kolej nie, bukan apa sebab ada orang tunggu. hehe. dua bulan aku menghitung hari nak habis cuti. tup tup dah nak dekat habis cuti, orang yang tunggu aku tu pulak pi dok kat tempat lain. negeri lain woii, bukan lain daerah yer, lain negeri. aku dah la tak biasa berjauhan. mau meroyan seketika aku. fikir punya fikir, fikir panjang dah nie, aku pasrah ajer lah. lagipun aku bukan boleh buat apa pun. takkan aku nak halang dia pulak kan ? aku tak kisah la korang nak cakap apa pn, aku mengaku la memang aku manja sikit. err banyak la jugak. tapi bukan la manja tak bertempat 24 jam. tengok la jugak, dengan sapa. korang nie, nak fikir bukan-bukan la tuu.
aku okay dah skang neh. feeling more better. haha :) oke bye. korang doakan cita-cita aku nak jadi businesswoman tercapai ya!

Subscribe to:
Posts (Atom)