Assalamualaikum.
Sudah seminggu kelas bermula. macam-macam ragam ada, macam-macam cerita ada. Entah kenapa, aku macam rasa yang waktu sangat panjang berlalu. sangat panjang sem akhir nie. kenapa ya ? aku macam dah tak semangat. pi kelas semata-mata sebab nak habiskan sem jer. dalam kelas senyum jer, tapi dalam hati macam erghhhh, bosaannn. argh. aku tak mahu masalah nie mengganggu. aku mahu habiskan diploma dengan cemerlang. minggu depan pasti akan lebih baik. korang doakan aku ya !
seminggu nie saja, dah 3 kali jadual waktu bertukar ganti. penat penat. minggu depan mesti akan bertukar lagi. aku mahu lebih semangat, lebih ceria. pasti boleh!
bak kata lecturer aku, stop complaining. itu semua pemikiran saja. minda yang mengatur gerak hati. boleh! yeah! tak boleh main-main lagi, kali nie kena more serious! dah part 5, pecut pecut dan terus pecut, garisan penamat sikit lagi di hadapan. bye.
No comments:
Post a Comment