Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Friday, March 1, 2013

AKIBAT KURANG TIDUR



1. Sistem imun lemah : Jika sistem imun lemah, anda mudah dijangkiti selsema dan jangkitan. Kurang tidur juga boleh menyebabkan sel darah putih berkurangan dan seterusnya menjejaskan sistem imun.

2. Kencing manis : Anda sihat dan tidak menghadapi masalah berat badan, tetapi jika mengalami masalah kurangan tidur yang kronik, anda akan menghadapi masalah fungsi insulin.

3. Kegemukan : Jika anda kurang tidur, ia akan melemahkan hormon pertumbuhan yang mengawal nisbah lemak dan otot tubuh selain mengawal hormon leptin. Keadaan ini akan menyebabkan anda terasa lapar dan sukar mengelakkan makanan berlemak dan berkabohidrat.

4. Susut berat badan : Mereka yang kurang tidur selalunya cenderung mengambil makanan dalam kuantiti yang lebih. Walaupun pada awalnya, mereka mengalami peningkatan berat badan, tetapi akan merasai penurunan apabila terlalu kerap kurang tidur.

5. Kanser Payudara : Wanita yang selalu terdedah kepada banyak cahaya pada sebelah malam atau sering bekerja pada waktu malam menghadapi kemungkinan diserang kanser payudara.

6. Stres : Kurang tidur boleh menyebabkan anda stres dan akibatnya anda sukar melakukan kerja dengan cekap, sering tidak terurus dan kelam kabut.

7. Cepat Tua : Tidur yang cukup akan melambatkan proses penuaan dan kedutan di muka.. 

8. Murung dan enggan bergaul : Sekiranya kurang tidur, anda akan mudah tertekan dan murung. Jika masalah ini berpanjangan, anda berkemungkinan besar akan hilang minat untuk bergaul.

9. Letih : Kehilangan waktu tidur bagi tempoh yang lama juga akan menyebabkan anda mudah terasa letih.
Tidak selesa: Kurang tidur juga boleh menyebabkan sakit kepala, keletihan pada waktu siang dan mudah meradang serta gerak geri menjadi perlahan. Kurang tidur juga akan menjejaskan atau mengurangkan nafsu seks.

10. Usia menjadi singkat : Mereka yang kurang tidur setiap malam berisiko mati awal.

11. 70% risiko mati muda : Golongan yang tidak cukup tidur lebih berisiko mati muda berbanding mereka yang tidur sempurna. 

Sunday, December 2, 2012

8 tanda sakit buah pinggang


1. Bengkak Badan

Mengalami bengkak air yang teruk dan rasa sakit pada pinggang, kaki dan bahagian dalam tumit kaki.


2. Demam

Mengalami demam yang berulang. Contohnya - anda demam beberapa kali dalam seminggu.


3. Gatal-gatal Badan

Sekiranya seluruh badan anda mengalami gatal-gatal, ia menandakan badan anda banyak toksin.


4. Hilang Selera Makan

Selera anda hilang secara tiba-tiba. Bila makan, terasa macam nak muntah. Kesannya, anda akan mengalami penurunan berat badan secara tiba-tiba.


5. Kerap Buang Air Kecil

Kerap buang air kecil(kencing) di waktu malam. Tapi setiap kali kencing, hanya sedikit saja yang keluar.


6. Mudah Letih

Anda akan berasa mudah letih berbanding sebelum ini. Kalau selalu anda boleh melakukan aktiviti lasak tanpa masalah, tapi kini prestasi anda dah tak seperti biasa.


7. Sakit Kepala

Anda sering sakit kepala yang berpunca daripada tekanan darah tinggi.


8. Sakit Pinggang

Anda terasa macam menyucuk-nyucuk dan sakit di bahagian pinggang. Rasa sakit pada bahagian dalam dan bukan pada tulang.

Ada sesetengah anda ia datang sekali-sekala dan sesetengah yang lain pula merasainya secara berterusan.

-Setiap ubat ada penyakitnya kecuali mati.

Sunday, October 28, 2012

Selamat Berkorban!


Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha pada setiap muslim. Hari Raya Haji dikenali juga sebagai Hari Raya Korban dan ianya merupakan salah satu daripada hari kebesaran Islam yang diraikan pada setiap 10 Zulhijah mengikut takwim Hijrah.

Hari Raya ini juga dinamakan Hari Raya Haji kerana pada saat tersebut jutaan umat Islam datang dari seluruh pelusuk dunia dan berkumpul di Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah haji bagi menyempurnakan Rukun Islam kelima dan sebagai menyahut seruan Allah Subhanahu Wataala.






Ibadat korban menyemarakkan lagi sambutan aidiladha pada setiap tahun. Ia merupakan satu amalan lazim dan perkara sunat yang dilakukan oleh umat islam seluruh dunia sebagai tanda ingatan terhadap peristiwa Nabi Ibrahim Alaihissalam telah mengorbankan anak baginda, Ismail Alaihissalam demi kepatuhan dan ketaatan baginda terhadap perintah Allah Subhanahu Wataala. Di samping itu melalui peristiwa ini jelas membayangkan betapa setiap yang hendak dikorbankan itu mestilah sesuatu yang bersifat paling disayangi dan berharga. Ibadah ini juga boleh melatih perasaan individu Muslim agar jangan bersikap bakhil dan kedekut di dalam mengeluarkan harta demi membela dan membantu golongan yang lebih memerlukan seperti orang-orang fakir dan miskin.

Banyak kelebihan ibadat korban, antaranya :


  • Mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah Subhanahu Wataala.
  • Mewujudkan suasana harmoni, kerjasama dan kasih sayang sesama Muslim.
  • Melahirkan sikap penyayang.
  • Memupuk sifat suka berkorban dan bersedekah.
Namun demikian, seperkara yang patut diberikan perhatian di dalam melakukan ibadah korban ialah agar ianya dibuat di atas dasar keikhlasan dan mengharapkan keredaan Allah Subhanahu Wataala semata-mata dan bukan sebagai jalan untuk bermegah-megah dengan kekayaan yang ada. Sesungguhnya Allah Subhanahu Wataala hanya akan menerima amalan seseorang itu mengikut tahap keikhlasan dan juga ketakwaannya dan bukan kepada besar atau kecilnya binatang yang dikorbankan itu.

Tuesday, August 21, 2012

Thursday, July 26, 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan




Marhaban ya Ramadhan… Bulan suci penuh berkah telah tiba. Saatnya untuk lebih mendekatkan diri pada-Nya. Menjauhi keburukan dan memperbanyak ibadah pada-Nya. 
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa 

Sunday, May 20, 2012

Mandi Bunga

Ni idea mak aku suruh mandi bunga sebab katanya aku nampak kurang semangat dan kurang keyakinan diri.
Masa aku relax-relax lepas mandi bunga tu, aku dapat la idea nak buat entry ni. Let's Read About Mandi Bunga.

"Mandi bunga membawa banyak faedah, bunga dikatakan pencerap tenaga matahari yang paling baik, mandi dengan air bercampur bunga memungkinkan kita mendapat kebaikan tenaga matahari yang telah dicerap serta diproses oleh bunga"


Kelebihan mandi bunga
  • Kesan yang harum pada tubuh 
Mandi bunga menggunakan pelbagai jenis bunga-bungaan akan mengharumkan tubuh badan. Mandi bunga bercampur buah limau nipis akan memberikan kesegaran dan keharuman serta membersihkan tubuh badan dengan cara natural. 
  • Memulihkan semangat
Amalan mandi bunga untuk memulihkan semangat akan menjadi salah dan bertentangan dengan agama Islam sekiranya menggunakan bahan yang dilarang dan membaca mantera untuk memuja semangat tertentu. Sebaliknya, ia tidak salah jika hanya merendam bunga dan menggunakan air itu sebagai air mandian. Keharuman bunga-bungaan tersebut akan menaikkan semangat dan memulihkan keyakinan. 
  • Menghilangkan stress
Mandi bunga dan menikmati keharuman bunga-bungaan yang segar akan membuatkan fikiran lebih relaks dan tenang. Haruman bunga akan menjadi satu meditasi terbaik bagi yang mahukan ketenangan ketika mandi.
  • Keserian wajah
Menikmati sensasi berbeza daripada aroma bunga akan membuatkan fikiran tenang dan secara tak langsung wajah akan lebih relaks dan memancarkan keserian yang tersendiri. Setiap bunga mempunyai aroma yang tertentu dan membangkitkan semangat. 

Bunga yang digunakan

Mawar merah : memberikan keberanian dan keyakinan tinggi

Mawar putih : mencuci badan dan menyegarkan tubuh

Cempaka putih : memberikan haruman dan kelembutan

Cempaka kuning : menyerikan wajah

Melur putih : menyucikan dalaman

Bunga kenanga : menaikkan seri dan semangat

Limau purut : membuang kotoran di tubuh


Kesimpulannya, mandi bunga bukan sahaja boleh diamalkan oleh bakal pengantin untuk menaikkan seri, tetapi juga boleh diamalkan oleh setiap orang agar dapat meningkatkan keyakinan diri serta menaikkan semangat. 

p/s : memang best lah mandi bunga, aku first time try. mak aku kutip bunga2 ni kt halaman umah jer. x perlu lah nk ikut betul2, aku just guna bunga raya, bunga melur, bunga mawar, bunga cempaka. harum dan buat aku ceria. kalau korang nak best lagi, tambahkan bunga kemboja, lebih wangi dan suci. :) muahaha. 






Tuesday, April 17, 2012

Proton Preve

Hello ! Good night everyone. already 12:49 am
aku pun mengantuk dah ni..dah belajar tidur awal sejak kelmarin.. tapi gagahkan juga untuk menaip. bukan xda hari esok, cuma teruja sangat dah ni nak cerita pasal Proton Preve. Proton kebanggaan rakyat malaysia hari ini. harap semua berbangga la kan. xkan aku sorang ja nak excited neh. Proton baru tuh.. bangga yeah ! hip hip hoorraay !!




16 April 2012 berlangsungnya satu majlis pelancaran PROTON PREVE bertempat di MIECC (Mines International Exhibition and Convention Centre) Mines Resort City, Seri Kembangan. Siaran langsung di Tv1 jam  10:00 malam. maka dapatlah rakyat jelata sekalian menyaksikan kereta kebanggaan proton yang terbaru ini. Acara pelancaran akan dirasmikan oleh Y.A.B Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak.

Preve ( disebut Prae-vae) adalah pinjaman perkataan Sepanyol yang bermaksud Proof / to Prove (membuktikan). Proton ingin menyatakan mesej bahawa Proton Preve ini adalah bukti hasil komitmen mereka dalam memartabatkan industri kereta nasional sepanjang 27 tahun dan menghasilkan produk bertaraf global.Terdapat dalam 6 pilihan warna iaitu Merah ( fire red), Biru      ( blue lagoon), Hitam ( tranquility black), Putih ( solid white), Silver ( generic silver), dan Coklat       ( elegant brown). Menepati ciri-ciri antarabangsa dan penuh elegan. Harga bermula dari   
RM 59, 540.00 hingga RM 72,990.00


Akhir kata, pada yang berminat, boleh lah mengunjungi cawangan Proton Edar berhampiran anda. 

Thursday, March 29, 2012

Tips Bertemu Bakal Mertua





Tips ini khas untuk si teruna dan dara. Especially.. bagi yang sudah mempunyai “kekasih” iaitu, tips bertemu dengan bakal ibu & bapa mertua.

Pertemuan dengan bakal mertua ini sememangnya penting dan amat mendebarkan, lebih-lebih lagi jika ia adalah merupakan pertemuan kali yang pertama. Seperti yang orang jawa selalu kata.. “first impression is important”, eh orang jawa kata ke?.. Tak kisahlah.. yang penting inilah masa yang agak genting untuk menentukan sama ada anda akan di sayangi ataupun kurang disenangi oleh bakal mertua anda. Jika kali pertama berjumpa pun bakal mertua anda sudah kurang senang dengan diri anda, pastinya, perjalanan anda untuk hidup bersama dengan anak mereka akan menjadi sedikit sukar. Jadi, pastikan anda melakukan yang terbaik sewaktu perjumpaan kali pertama dengan bakal mertua anda.


Tips 1 : Masa

Antara waktu yang paling sesuai untuk pertama kali bertemu dengan bakal mertua, adalah pada hari-hari keraian dan “bersempena” seperti pada hari raya, hari kenduri, ataupun sempena apa-apa majlis dimana, tuan rumah (bakal mertua anda) mengalu-alukan kedatangan anda.

Berbanding, jika anda datang ke rumah bakal mertua anda, pada hari-hari biasa… lebih-lebih lagi, jika kedatangan anda itu tidak dimaklumkan terlebih dahulu oleh bakal mertua anda pastinya keadaan akan menjadi sedikit janggal.

Jadi, elakkan datang berjumpa dengan bakal mertua anda secara tiba-tiba atau pun atas desakan kekasih anda semata-mata. Itu bukanlah suatu cara yang elok, walaupun niat hati kekasih anda adalah murni, iaitu hendak memperkenalkan anda dengan ibu-bapanya.. tapi pastikan ia dilakukan dengan penuh tertib dan bukannya secara mengejut atau pun “surpriseee”.

Silap hari bulan… anda yang akan “surprise”.


Tips 2 : Pakaian

Bagi lelaki, jangan sesekali datang dengan baju t-shirt yang mempunyai gambar “tengkorak berdarah”… kemudian.. datang pula dengan segerombolan rakan-rakan “mat motor” anda.. fuh.. silap-silap kena reject pula anda nanti. Seelok-eloknya. kenakan baju kemeja lengan pendek beserta dengan seluar slack.

Bagi perempuan pula.. sudah semstinya baju kurung sudah kelihatan agak sopan. Saya kira tiada masalah bagi perempuan dari segi pemakaian.


Tips 3 : Topik perbincangan

Satu masalah yang seringkali dialami apabila kali pertama bertemu dengan bakal mertua.. ialah masalah mengenai “topik perbualan”, maklumlah, anda orang muda, manalah tahu sangat nak bual-bual dengan orang yang lebih tua, lebih-lebih lagi jika anda sememangnya adalah seorang yang pendiam. Fuh!!.. ini memang agak kritikal, takkan anda hanya ingin berdiam diri sahaja? Apa topik yang sesuai untuk dibualkan yer?. 

Jadi, disini, saya nak bagi satu tips. Jika anda adalah seorang yang pendiam dan tidak tahu apa topik yang ingin dibualkan dengan bakal mertua anda nanti.. pastikan, sebelum anda datang kerumah kekasih anda. Tanya kekasih anda terlebih dahulu.. apakah perkara yang diminati oleh ibu bapanya?. Adakah mereka minat memancing? Minat bola? minat kereta? minat berkebun? berniaga?.. atau paling mudah.. ketahui, apa pekerjaan ibu bapa kekasih anda.


Tips 4 : Rajin-rajinkan diri


Jika lelaki, kedatangan ke rumah bakal mertua lebih sesuai dengan duduk dan berbual-bual. Tetapi bagi perempuan, jika anda datang ke rumah bakal mertua anda, tunjukanlah sedikit kerajinan anda. Mungkin anda boleh ke dapur membantu memasak atau membuat air ataupun membasuh pinggan mangkuk selepas makan (sesuai jika kedatangan anda sememangnya dijemput khas untuk makan tengahari atau malam bersama keluarga bakal mertua anda). 

http://forum.tentangcinta.com/showthread.php?t=3757

Monday, March 12, 2012

Petua Sentiasa Ceria

semalam dan kelmarin telah berlalu meninggalkan sejarah dalam kehidupan. esok, lusa dan akan datang merupakan impian dan wawasan. 
  1. berdoa untuk ceria
  2. patuh perintah Allah
  3. memaafkan semua orang sebelum tidur
  4. senyum selalu
  5. memakai warna yang sesuai
  6. membuat kerja sebaik mungkin
  7. membantu orang yang memerlukan bantuan
  8. menggembirakan orang lain
  9. menjaga kesihatan
  10. sentiasa bersyukur
  11. memupuk persahabatan
  12. menerima diri seadanya
  13. berfikir positif
=) semoga sentiasa ceria

Monday, February 6, 2012

Saya Suka Dia ! Tapi Saya Malu ....

macam mana nak tahu lelaki/perempuan suka pada kita ?


  • si dia gelisah bila bersama anda
lelaki yang sukakan seseorang wanita akan berasa gelisah atau sering kali berasa tidak kena dan gelabah apabila berdepan dengan orang yang disukainya.

  • perhatikan gerak-gerinya
adakah dia selalu cuba merenung anda ? senyum pada anda ? gemar memandang anda biarpun ketika jauh ?

  • sentuhan
si dia suka menyentuh anda (bukan gangguan seksual) namun perilaku yang sejujurnya. dia mungkin menepuk lembut bahu anda atau geselan tidak sengaja yang boleh menyemarakkan perasaan anda dan sebagainya. 

  • si dia suka telefon anda
ini memang terang-terangan menunjukkan dia menyukai anda apabila dia selalu menelefon walaupun untuk bertanya hal yang remeh. adakala dia menipu mengatakan dia tersalah dail padahal dia sebenarnya ingin berbicara dengan anda. 

  • sanggup berkorban
si dia berbuat apa sahaja demi anda. pinjamkan duit, belikan sesuatu untuk anda atau apa sahaja tanpa anda perlu bersusah-payah meminta bantuan daripada rakan-rakan lain.

  • cemburu
ini memang sah si dia sukakan anda apabila dia terasa cemburu ketika anda bercerita mengenai rakan lelaki lain. ini bermakna dia tidak mahu ada orang lain selain dia dalam hati anda. 

  • senang memperkenalkan anda kepada rakan atau keluarganya
si dia tidak akan malu memperkenalkan anda kepada rakan-rakan atau ahli keluarganya. biarpun ketika memperkenalkan itu dia akan menyebut anda sebagai rakan tetapi cara dia memperkenalkan anda pasti berlainan. 

  • suka ambil tahu
dia sentiasa mengambil tahu mengenai diri anda, keluarga anda, kegemaran anda dan mungkin tarikh lahir anda. itu bermakna dia berminat hendak mengetahui segalanya tentang anda. 




Monday, November 14, 2011

Chaplin , Sir Charles Spencer
1889 – 1977
British actor and director

Chaplin was a legendary figure in is own lifetime. Aged 35 in his first year in Hollywood, he evolved the tramp character as he went along. The funny walk, the bowler hat, the cane and moustache. The baggy plants. In 1920, The Kid was an enormous box office smash, and he became an international star. Having co-founded United Arists in 1919, Chaplin resisted sound as long as he could. City Lights (1931) and Modern Times (1936) are essentially silent movies. Though there are great moments in  later movies, the use of sound revealed flaws, chiefly a tendency to become excessively sentimental. He was criticized for not to become fighting in World War I , his left wing politics, his refusal to become an American citizen, and his alleged fondness for teenage girls. He and his family were forced to move to Switzerland to during the McCarthy era, but in 1971 he returned to the United States to receive a special Academy Award.




Wednesday, November 2, 2011

10 kaki laman muka buku

1.       Kaki update
Orang2 jenis ni dia mesti mengadap laptop 24 jam. nak makan tulis kt fb, nk mandi tulis, tgh dgr lagu tulis, pastu siap share kan video clip tu kt wall lagi tu. Dia lunch makan apa, kt mana, pn akan ditulis.   Setiap peristiwa yg berlaku tentu akan diupdatekan. Mungkin sebab dia xda idea nak tulis status yg lebih berfaedah @ memang hobi dia cmtu kan.

2.       Kaki upload
Manusia jenis ni dia suka upload picture byk2 kt fb. Kalau dia pi jalan2 balik tu mesti dia upload pic byk2.dia gi bercuti ke, gi shopping kt mall ke, mesti ada pic pnya lah setiap aktiviti dia tu. Tak pun, pic2 fmly ke, frends ke, mesti byk kt fb dia. Ada yg photos sampai mencecah seribu lebih. Ta kisahlah, boleh jugak visitors2 kt fb menjamu mata melihat pic dia kan.

3.       Kaki mengeluh
Jenis ni pulak, dia suka mengeluh. Dia sedih ke, penat ke, happy ke, nak marah org ke, semua nya dia nak citer. Everything about their feelings. Ada jugak yang salah guna fb ni. Dia putus ngan bf ke gf  ke, dia nak  marah kt ex dia tu dia tulis lah ayat maki hamun kt fb. Tak pun, ada yang nak luah perasaan di hati ke, semua diluahkan di fb. Pastu, tunggu komen @ like kt status tu. Lagi ramai owg like, maknanya, status2 tu ada makna lah @ ada kena mengena dgn owg yg like tu kan. hehe ~

4.       Kaki tag
haaa ni aku pn ta baper nak suka. Kaki tag ni dia suka tag picture @ something lah kt kita. kalau kenal boleh dimaafkan lagi. Ni ada yg ta kenal pun dia nak tag jugak nama kita kt c2. Walaupun pic tu xda kena mengena ngan kita pn.

5.       Kaki poke @ cuit
Jenis ni dia suka poke sana, poke sini. Dah tu, ada yg lawan poke. Dah aku poke kau, kau poke aku balik. Best kot poke2 org ni.

6.       Kaki mention
Orang jenis ni, dia suka mention nama2 frends dia kt status. Sikit2 ada tulisan biru yg tertulis nama kwan2 dia. Kalau org yg dimention tu rajin, dia komen. Kalau kurang rajin, dia like jer lah.
X like nanti org ckp ta hargai pulak, dah penat2 mention nama kita kt wall.

7.       Kaki like
Jenis ni, dia keja like ja status org. @  album2 pic. Sama ada dia betul-betul suka @ saja dia tak ada kerja nak dibuat. @ dia nak appreciate. Dah penat2 tulis status, like jer. Kcian lak kt owg yg update status tu nanti kalau xda owg like.



8.       Kaki games
Player games ni kt wall fb dia mesti ada byk games. Sehinggakan xda langsung update status.  sims social, Farmville, tanya jer apa games kt fb, konfem dia boleh terangkan satu persatu.

9.       Kaki add
Jenis ni lak,  dia suka add org. kenal ke, ta kenal ke, hentam sajer lah labu.. yg penting, friends list dia akan meningkat. Kot2 boleh cari gf ke, bf ke, pasangan sehidup semati ke. Ada yg bertemu jodoh di fb J


10.   Kaki information
Ni aku suka. Dia akan update status tentang information2 yg dirasakan berguna utk panduan dan bacaan visitors fb sekalian. Tentang banjir yg melanda kg ke, excident ke, trafik jem ke, jadual exam ke, jadual perlawanan bola ke, everything, memang sangat berguna !





Monday, October 24, 2011

Laduree & Pierre

Hari ni tetiba aku teringin nak makan macaron. Waktu aku kja dulu aku selalu tolong kak su buat macaron. Time kak nik @ bos kitowg ta masuk ofis aku selalu dgr kak su bercerita tentang resipi kek dan macaron yang dihasilkannya sendiri. Alahai rindu lak kat kak su. Teringat macaron yang comel2 dan colourful. Yummy ! mana lah aku nak dapat macaron at baling ni ha…
Kt alor setar pun aku ta tau kt mana ada jual macaron.nanti aku kahwin aku nak macaron ni jadi hadiah utk kanak-kanak comel secomel macaron. Macaron yang diikat dan dijadikan satu jambak bunga dan diikat bersama tedy bear, so cute ! Haha ~ tergedik sudaa.okeh, meh aku ceritakan sedikit sejarah macaron neh.
Macaron dihasilkan melalui gabungan bahan utama iaitu gula icing,serbuk almond dan putih telur atau nama omputihnyer disebut ‘almond meringue’. Almond meringue yang sempurna ini diapit dengan filling(intinya) yang pelbagai rasa dan apabila korang mengigitnyer buat kali pertama,korang akan dapat rasakan keranggupan kulit macaron dan di dalamnya rasa sedikit kenyal tetapi akan cepat cair didalam mulut bersama fillingnya.(iskk…susah nak gambarkan rasenyer..korang kena pergi rase sendiri bru tahu nikmatnyerr). 

Macaron pada kebiasanya dihasilkan dalam 3 saiz berbeza iaitu macaron kecil ; berukuran 2-3 cm, macaron sederhana ; berukuran 3-5 cm dan macaron besar ; berukuran 5-8cm.




Khabarnya, macaron dihasilkan oleh Laduree, seorang pengusaha kedai manisan di Paris. Pada kurun ke 20  ianya dikembangkan lagi oleh Pierre Desfontaines. Walaupun banyak macaron dihasilkan tapi ia tidak sesempurna macaron ciptaan Laduree & Pierre.