Hello ! Good night everyone. already 12:49 am
aku pun mengantuk dah ni..dah belajar tidur awal sejak kelmarin.. tapi gagahkan juga untuk menaip. bukan xda hari esok, cuma teruja sangat dah ni nak cerita pasal Proton Preve. Proton kebanggaan rakyat malaysia hari ini. harap semua berbangga la kan. xkan aku sorang ja nak excited neh. Proton baru tuh.. bangga yeah ! hip hip hoorraay !!
16 April 2012 berlangsungnya satu majlis pelancaran PROTON PREVE bertempat di MIECC (Mines International Exhibition and Convention Centre) Mines Resort City, Seri Kembangan. Siaran langsung di Tv1 jam 10:00 malam. maka dapatlah rakyat jelata sekalian menyaksikan kereta kebanggaan proton yang terbaru ini. Acara pelancaran akan dirasmikan oleh Y.A.B Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak.
Preve ( disebut Prae-vae) adalah pinjaman perkataan Sepanyol yang bermaksud Proof / to Prove (membuktikan). Proton ingin menyatakan mesej bahawa Proton Preve ini adalah bukti hasil komitmen mereka dalam memartabatkan industri kereta nasional sepanjang 27 tahun dan menghasilkan produk bertaraf global.Terdapat dalam 6 pilihan warna iaitu Merah ( fire red), Biru ( blue lagoon), Hitam ( tranquility black), Putih ( solid white), Silver ( generic silver), dan Coklat ( elegant brown). Menepati ciri-ciri antarabangsa dan penuh elegan. Harga bermula dari
RM 59, 540.00 hingga RM 72,990.00
Akhir kata, pada yang berminat, boleh lah mengunjungi cawangan Proton Edar berhampiran anda.

No comments:
Post a Comment