Friday, February 8, 2013

Gongxi, Gongxi


Smile at everyone you see
Everyone in the family
On this Happy New Year’s day
We wish you Gong Xi Gong Xi


Happy Chinese New Year !
May you be happy and prosperous

# Xiexie He Laoshi !




Sunday, February 3, 2013

# Big Event


Himpunan Orang Muda Kedah Bersama PM

27 Januari 2013 telah tercetus berita hangat mengatakan perdana menteri akan hadir ke kedah pada hari khamis. ramai yang tertanya-tanya aktiviti apakah? di manakah? 30 Januari segalanya terjawab bila papan notis di kolej poly tech mara alor setar dipenuhi notis dua page mengatakan semua pelajar dan pensyarah wajib menghadirkan diri di stadium suka menanti iaitu stadium yang terletak berhampiran kolej bagi memeriahkan majlis himpunan orang muda kedah. semua kelas akan dibatalkan bermula jam 3 petang 31 Januari.


#Banner di sepanjang jalan raya

Bermulanya aktiviti ialah seawal jam 9 pagi 31 Januari jalan raya di hadapan kolej dipenuhi paparazzi, polis, anggota sukarela, ambulans, bas, kereta dan motorsikal konvoi. pelajar dan pensyarah mula terganggu dengan bunyi bising daripada stadium berhampiran. Bendera barisan nasional (BN) mula dikibarkan di merata tempat dan banner  memenuhi pokok di sepanjang jalan raya. masing-masing cuba memfokuskan diri di dalam kelas walau pada hari yang sama juga berlangsung pilihan raya kampus bagi memilih majlis perwakilan pelajar. secara tiba-tiba perkarangan kolej menjadi sangat meriah dengan orang ramai yang mula membanjiri stadium. makcik guard terpaksa menutup pintu pagar kolej bagi mengelakkan orang luar meletakkan kereta di dalam kawasan kolej iaitu parking pensyarah dan pelajar.

Akhirnya kelas berakhir jam 2 petang dan pelajar yang rajin mula menghadirkan diri di stadium manakala yang kurang rajin terus mengambil kesempatan balik segera ke rumah. Imah and the geng tiba-tiba rajin kerana jam 3 petang mereka telah selamat sampai ke stadium dengan hanya berjalan kaki sambil diiringi polis trafik kerana takut nak melintas jalan raya yang sangat sesak. After penat berjalan di perkarangan stadium, mereka mula mencari tempat duduk di bawah khemah yang disediakan.

Barulah tersedar, pengacara majlis adalah zed zaidi dan sharifah shahora. sambil menunggu ketibaan Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, mereka melaungkan lagu im4u, satu malaysia, dan negaraku dengan penuh semangat. Hadirin yang hadir juga dihiburkan dengan persembahan daripada Damasutra, Radhi OAG dan ramai lagi artis yang hadir. Jam 4.30 petang ialah kemuncak aktiviti apabila pengacara majlis mengumumkan ketibaan YAB Dato'Seri Mohd Najib bagi merasmikan majlis. YAB Dato'Seri diiringi Khairy Jamaluddin, Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Shahidan Kassim. Dianggarkan 40 ribu orang anak muda hadir ke himpunan ini. Perdana Menteri kita telah melancarkan BL1M (Bantuan Lesen 1 Malaysia). setelah merasmikan majlis, YAB telah memasuki dewan stadium bagi melawat BN Youth Fair 2013. Sebanyak 83 buah syarikat telah menawarkan 4,600 peluang pekerjaan kepada orang muda kedah. Karnival ini telah berlangsung dari 31 Januari-2 Februari 2013. Tahniah kepada orang muda seluruh kedah yang telah hadir. Ilmu dapat, pengalaman pun dapat.


#BL1M


#40 000 orang muda Kedah


#Majlis perasmian

#Pengacara majlis

#Antara artis yang hadir

#Young generation


Friday, February 1, 2013

Kenapa sibuk sangat?

Assalamualaikum.

Sekian lama hilang, hari ni aku muncul kembali. ini pun disebabkan modul pagi tadi habis awal dari jam yang sepatutnya. maka sempatlah aku mencuri waktu seketika nak update blog neh. x kisah lah ada orang baca ke tidak, aku nak share jugak cerita aku.

aku rasa semua tak jangka sem 4 ni sangat sibuk, dah macam ahli politik pun ada. bermain dengan duit, waktu, kata-kata dan kerenah manusia. sehari entah berapa puluh kali aku pegi kelas. kelas jam 8 pagi-6 petang dah biasa, malam kelas extra. kalau xda extra kelas, meeting pulak, kalau xda meeting, outing pulak. balik petang pukul 6, malam pi lagi. curi waktu untuk have fun with friends and release tension. duit tak payah cakap lah, mengalir macam air. dah tahan diri daripada shopping, tapi habis jugak dengan event. kalau kelas pukul 10 pagi pun, pukul 8 aku dah terpacak depan kiosk, jual makanan. kutip dana untuk event.


 # Tanjung Dawai


 # Extra class malam


# Kiosk Excelliant Unity


# Me with classmate


sponsor pulak, puas ke merata tempat. rempit dengan nini, alor setar, sungai petani, tanjung dawai, yan, pendang, baling, semua kami redah. kalau kena pi jauh, mr.qq pulak jadi sasaran aku. nasib baik dia sangat memahami, x banyak kerenah, ikut jer ke mana aku ajak pegi. kalau xda dia, entah apa jadi dengan aku. dia sangat banyak menolong, tempat aku luah perasaan, tempat aku menangis, tempat aku bercerita, body guard aku, semua dia. kadang-kadang rasa bersalah menggangu dia, rasa tak patut, tapi keadaan memaksa. mak aku x usah cakap, sehari berpuluh kali aku call. terutama time tension, tapi kalau call mak, lepas tu mesti nangis sebab dah penat menanggung perasaan. mak aku dah faham.

hari minggu macam ni, bila ada kesempatan tidur, semua akan tidur dengan penuh perasaan, macam tak tidur seminggu pun ada aku tengok. aku sangat faham, aku dah lali, aku dah biasa, kehidupan pelajar macam ni, masa berlalu, keadaan berubah, kerenah berubah, memori jer kekal, tu pun kalau tak hilang ingatan. hari minggu macam ni, basuh baju sebaldi, facebook puas2, tengok movie puas2, buat nota lengkap2, makan best2, buat homework siap2, semua ambil masa untuk diri sendiri. hari kelas? jangan harap.

tiba-tiba dah tak tahu nak taip apa, sekian.