Monday, December 31, 2012

Happy New Year 2013



New year comes with glows of hopes in our mind
It gives us new confidence and courage for a fresh start
Happy New Year and all the best for new ventures
Welcome 2013






Friday, December 28, 2012

S.M.I.L.E

ORGANIZING EVENT

assignment yang digeruni pelajar semester 4. buat orang letih, buat orang gaduh, buat orang pokai, buat orang hilang kewarasan. sebenarnya seronok event ni. saja buat gempak jer ayat kat atas tuh. apa yang seronok ? boleh jalan-jalan, boleh ambil gambar, boleh happy go lucky, boleh lepak-lepak, boleh macam-macam lah. yang penting, pengalaman dan persahabatan tu tiada ganti.

sebelum neh aku jarang bercakap dengan ain, dengan wandi, dengan thiya, dengan yah, dengan nini, dengan semua2 lah yang x berapa rapat dengan aku. dalam menguruskan event, kami bekerjasama. saling tolong-menolong, saling hormat-menghormati. tiba-tiba aku rapat dengan mereka. itu hikmahnya event neh.

aku agak pemalu berhadapan dengan orang ramai. nak buat event kena cari sponsor, nak cari sponsor kena bercakap dengan orang ramai, so apa lagi, dengan muka x malunya kami pi company2 untuk minta sponsor. hilang setengah malu aku. mana boleh hilang semua, malu tu kan sifat perempuan.

aku tak tahu banyak tempat kat alor setar neh even aku lahir kat sini, tinggal kat sini masa kecik. bila aku kembali study kat sini, aku masih tak tahu, tak ingat nama jalan, even pejabat pos pun aku tak tahu kat mana. bila kena uruskan event, aku kena banyak ambil tahu. aku banyak jalan-jalan. search google map, 18 jam mengadap lappy. macam-macam benda lah aku search yang menambahkan pengetahuan aku.

aku x berapa pandai nak save bajet, nak simpan2 duit segala bagai. bila anggaran seorang kena bayar RM200 untuk baju korporat dan segala aktiviti event, aku mula simpan duit. stop shopping! even sekarang tengah year end sale, rasa nak shopping tu tak berapa nak ada. berjimat cermat amalan mulia.

aper pun, semuanya indah kan? hidup ni ada suka ada duka, macam mana pun, hidup perlu diteruskan. :)




Sunday, December 23, 2012

words from fever girl

Assalamualaikum



Baru sehari di rumah, suhu badan sudah bertukar. Selsema dan demam sudah melanda. di alor setar sangat panas dan kampung ni sangat sejuk. mesti badan ni terkejut. okeh, bukan tu aku nak cerita. 

cuti mid-sem yang tiada beza bagi aku. waktu cuti seminggu, aku hanya mahu di rumah. kurang keyakinan untuk bertemu orang ramai adalah masalah baru aku. haha :) tanpa sedar, aku akan keluar juga nanti. khamis hari terakhir di kolej sebelum mid-sem break adalah waktu yang sangat panjang aku rasa dengan pelbagai perkara terjadi. sesi pergaduhan, sesi kesibukan, sesi kelaparan, macam-macam kerenah ada. dengan motif kaler merah/pink/purple kami menghabiskan sesi mesyuarat tergempar excelliant unity dengan sesi bergambar. sepatutnya aku dah boleh balik kelas jam 1 pm, jam 3 pm baru boleh balik sebab mengikut arahan tuan director. meeting~ akibatnya, kerja bertimbun untuk dilaksanakan. event punya pasal. event charity yang akan dilaksanakan dua bulan lagi menuntut semua ahli berhempas pulas bertungkus lumus menyediakan apa yang perlu. proposal yang sudah mendapat kelulusan timbalan pengarah kolej menjadi permulaan aktiviti.  mencari sponsor, menempah banner, menyediakan minit mesyuarat, menempah baju korporat, dan macam-macam lagi ! takper, semuanya akan selesai nanti. masing-masing faham tugas masing-masing. argh apa yang aku membebel ? ta mau cakap banyak, layan photo2 ni okeh. 










Thursday, December 13, 2012

Menyemai senyuman






"Berani berkorban, tinggi ganjaran."
-Director Excelliant Unity, 2012-

Alhamdulillah, dua minggu sudah berlalu dalam semester 4. Lagi 12 minggu untuk meneruskan perjalanan bagi sem yang sangat mencabar. 21hb bermulalah cuti mid sem bagi warga uitm. sedar tak sedar, tahun 2012 pun hampir habis. tahun berganti tahun, azam berganti azam, aku tetap sama seperti dulu. setia menjadi seorang remaja, di waktu usia yang semakin bertambah. tiada lagi belasan tahun, puluhan usia bakal meningkatkan kedewasaan diri. 

Demi project besar yang bakal dijalankan oleh setiap pelajar semester 4, semua bertungkus lumus demi memastikan aktiviti yang bakal berlangsung di hujung semester berjalan dengan lancar. setiap orang mempunyai tanggungjawab, setiap orang penat, setiap orang cuba bersabar, setiap orang cuba menambahkan tenaga dalam diri. semua orang tahu ia bukan main-main. pergi kolej jam 8 pagi, balik jam 12 tengah malam sudah menjadi kebiasaan. semangat masih menyala untuk menyelesaikan setiap perkara. 

"Lifeless living, no time to enjoy the great day."
-Classmates, 2012-

Hari dan musim berganti, adakala manusia juga berubah. usah ditanya jika hati semakin letih menanggung beban. bila segala masalah terluah, ada hati yang akan terluka. tidak mahu kehilangan ceria seperti selalu, hati memendam rasa. biarkan ia berlalu seiring waktu yang pergi. sudah dikata, yang paling jauh itu adalah masa lalu. akhirnya air mata menjadi pengurang beban yang semakin mengusutkan jiwa. tidak mengapa, hati akan terus bersabar, bibir akan terus menguntum senyum. 


Thursday, December 6, 2012

Dia Mac Gyver saya

Awak, TERIMA KASIH 

sebab bersama saya saat saya sedih
ada time saya tension
nak saya jadi guard awak (main futsal pun kena teman kadang2)
teman saya makan
tolong saya dalam pelajaran sebab kononnya awak abang senior
tegur saya
marah saya (awak cakap marah tandanya sayang)
nasihat saya
pesan macam-macam
susahkan diri untuk saya
buat saya ketawa
buat saya terharu 
buat saya fikir panjang
terlebih caring
tolong jaga motor, kamera dan laptop saya
teman saya shopping
halang saya bazirkan duit
cakap pandai dengan saya
buat saya senyum lama-lama
tanya pasal family saya
happykan saya dan kawan-kawan saya
belanja saya
sporting
bawa saya pegi pantai
bawa saya jalan-jalan
ikut kerenah saya
tak bosan dengan saya
gembira dengan saya
cerita macam-macam perkara yang saya tak tahu (business, IT, masakan, teknikal, kejuruteraan. ini semua kepakaran awak)
selalu ajak saya bincang time ada masalah
minta pendapat saya
jadi mac gyver untuk saya
tak lupakan saya
dengar pendapat saya
bertolak ansur dengan saya
pandai ambil hati saya
selalu buli saya (kononnya budak haluih macam saya tak layak nak buli orang tinggi macam awak)
bawa saya makan best2 terutamanya mc'd (favourite awak)
jadi sahabat saya, abang saya, kaunselor saya dan macam-macam lagi awak sanggup jadi untuk saya
buat saya bahagia.

terima kasih daun keladi, saya sayang awak sepenuh hati. 

Sunday, December 2, 2012

8 tanda sakit buah pinggang


1. Bengkak Badan

Mengalami bengkak air yang teruk dan rasa sakit pada pinggang, kaki dan bahagian dalam tumit kaki.


2. Demam

Mengalami demam yang berulang. Contohnya - anda demam beberapa kali dalam seminggu.


3. Gatal-gatal Badan

Sekiranya seluruh badan anda mengalami gatal-gatal, ia menandakan badan anda banyak toksin.


4. Hilang Selera Makan

Selera anda hilang secara tiba-tiba. Bila makan, terasa macam nak muntah. Kesannya, anda akan mengalami penurunan berat badan secara tiba-tiba.


5. Kerap Buang Air Kecil

Kerap buang air kecil(kencing) di waktu malam. Tapi setiap kali kencing, hanya sedikit saja yang keluar.


6. Mudah Letih

Anda akan berasa mudah letih berbanding sebelum ini. Kalau selalu anda boleh melakukan aktiviti lasak tanpa masalah, tapi kini prestasi anda dah tak seperti biasa.


7. Sakit Kepala

Anda sering sakit kepala yang berpunca daripada tekanan darah tinggi.


8. Sakit Pinggang

Anda terasa macam menyucuk-nyucuk dan sakit di bahagian pinggang. Rasa sakit pada bahagian dalam dan bukan pada tulang.

Ada sesetengah anda ia datang sekali-sekala dan sesetengah yang lain pula merasainya secara berterusan.

-Setiap ubat ada penyakitnya kecuali mati.

Relax la derr

Assalamualaikum.

Hari pertama kelas! Zass!! buzz.. sentap sudah pada hari pertama, pada kelas pertama, pada jam pertama, semuanya first day lah. okeh, bukan tu aku nak citer. itu sebahagian lumrah hidup. x payah la pedulikan dia, bukan dia nak tentukan kejayaan aku. terima kasih kawan2! hati ni agak terubat dengan pujukan korang tu.

Kelas pertama jam 8-10 pagi bermula dengan subjek mandarin. tamat jam 10 pagi, balik umah sewa. on9, tweet, tukaq baju, p lunch. OMG! masak asam pedas ikan pari. setelah sekian lama aku x lalu nak makan ikan pari, hari ni aku telan selamber rock jer. mungkin azam baru di sem baru kot. ataupun mungkin berkat air tangan bakal ibuku. oh ibu..haha. dah lunch dan mengkecohkan keadaan kat umah orang, dengan muka x tau malunya kan, jam 3 petang balik. jam 4 dah berada di kelas untuk kelas kedua subjek english. hanya ice breaking dan bertanya apa yang patut, kelas hari pertama berakhir jam 4.30 petang. 30 minit je! macam x berbaloi ,nak buat macam mana, ramai absent. dengan cuaca yang hujan lebat, sangat enak jika berada di atas katil. balik meredah hujan bersama classmates aka housemates kesayangan.

lepas dinner, mandi, dan blog updated! makan ubat, bersedia untuk tidur. ubat yang membuatkan aku sangat mengantuk. okey, selamat malam!

*sudah bersedia untuk ke kelas esok dan bertemu lecturer baru.