ORGANIZING EVENT
assignment yang digeruni pelajar semester 4. buat orang letih, buat orang gaduh, buat orang pokai, buat orang hilang kewarasan. sebenarnya seronok event ni. saja buat gempak jer ayat kat atas tuh. apa yang seronok ? boleh jalan-jalan, boleh ambil gambar, boleh happy go lucky, boleh lepak-lepak, boleh macam-macam lah. yang penting, pengalaman dan persahabatan tu tiada ganti.
sebelum neh aku jarang bercakap dengan ain, dengan wandi, dengan thiya, dengan yah, dengan nini, dengan semua2 lah yang x berapa rapat dengan aku. dalam menguruskan event, kami bekerjasama. saling tolong-menolong, saling hormat-menghormati. tiba-tiba aku rapat dengan mereka. itu hikmahnya event neh.
aku agak pemalu berhadapan dengan orang ramai. nak buat event kena cari sponsor, nak cari sponsor kena bercakap dengan orang ramai, so apa lagi, dengan muka x malunya kami pi company2 untuk minta sponsor. hilang setengah malu aku. mana boleh hilang semua, malu tu kan sifat perempuan.
aku tak tahu banyak tempat kat alor setar neh even aku lahir kat sini, tinggal kat sini masa kecik. bila aku kembali study kat sini, aku masih tak tahu, tak ingat nama jalan, even pejabat pos pun aku tak tahu kat mana. bila kena uruskan event, aku kena banyak ambil tahu. aku banyak jalan-jalan. search google map, 18 jam mengadap lappy. macam-macam benda lah aku search yang menambahkan pengetahuan aku.
aku x berapa pandai nak save bajet, nak simpan2 duit segala bagai. bila anggaran seorang kena bayar RM200 untuk baju korporat dan segala aktiviti event, aku mula simpan duit. stop shopping! even sekarang tengah year end sale, rasa nak shopping tu tak berapa nak ada. berjimat cermat amalan mulia.
aper pun, semuanya indah kan? hidup ni ada suka ada duka, macam mana pun, hidup perlu diteruskan. :)
No comments:
Post a Comment