"Berani berkorban, tinggi ganjaran."
-Director Excelliant Unity, 2012-
Alhamdulillah, dua minggu sudah berlalu dalam semester 4. Lagi 12 minggu untuk meneruskan perjalanan bagi sem yang sangat mencabar. 21hb bermulalah cuti mid sem bagi warga uitm. sedar tak sedar, tahun 2012 pun hampir habis. tahun berganti tahun, azam berganti azam, aku tetap sama seperti dulu. setia menjadi seorang remaja, di waktu usia yang semakin bertambah. tiada lagi belasan tahun, puluhan usia bakal meningkatkan kedewasaan diri.
Demi project besar yang bakal dijalankan oleh setiap pelajar semester 4, semua bertungkus lumus demi memastikan aktiviti yang bakal berlangsung di hujung semester berjalan dengan lancar. setiap orang mempunyai tanggungjawab, setiap orang penat, setiap orang cuba bersabar, setiap orang cuba menambahkan tenaga dalam diri. semua orang tahu ia bukan main-main. pergi kolej jam 8 pagi, balik jam 12 tengah malam sudah menjadi kebiasaan. semangat masih menyala untuk menyelesaikan setiap perkara.
"Lifeless living, no time to enjoy the great day."
-Classmates, 2012-
Hari dan musim berganti, adakala manusia juga berubah. usah ditanya jika hati semakin letih menanggung beban. bila segala masalah terluah, ada hati yang akan terluka. tidak mahu kehilangan ceria seperti selalu, hati memendam rasa. biarkan ia berlalu seiring waktu yang pergi. sudah dikata, yang paling jauh itu adalah masa lalu. akhirnya air mata menjadi pengurang beban yang semakin mengusutkan jiwa. tidak mengapa, hati akan terus bersabar, bibir akan terus menguntum senyum.
No comments:
Post a Comment