Masa aku relax-relax lepas mandi bunga tu, aku dapat la idea nak buat entry ni. Let's Read About Mandi Bunga.
"Mandi bunga membawa banyak faedah, bunga dikatakan pencerap tenaga matahari yang paling baik, mandi dengan air bercampur bunga memungkinkan kita mendapat kebaikan tenaga matahari yang telah dicerap serta diproses oleh bunga"
Kelebihan mandi bunga
- Kesan yang harum pada tubuh
Mandi bunga menggunakan pelbagai jenis bunga-bungaan akan mengharumkan tubuh badan. Mandi bunga bercampur buah limau nipis akan memberikan kesegaran dan keharuman serta membersihkan tubuh badan dengan cara natural.
- Memulihkan semangat
Amalan mandi bunga untuk memulihkan semangat akan menjadi salah dan bertentangan dengan agama Islam sekiranya menggunakan bahan yang dilarang dan membaca mantera untuk memuja semangat tertentu. Sebaliknya, ia tidak salah jika hanya merendam bunga dan menggunakan air itu sebagai air mandian. Keharuman bunga-bungaan tersebut akan menaikkan semangat dan memulihkan keyakinan.
- Menghilangkan stress
Mandi bunga dan menikmati keharuman bunga-bungaan yang segar akan membuatkan fikiran lebih relaks dan tenang. Haruman bunga akan menjadi satu meditasi terbaik bagi yang mahukan ketenangan ketika mandi.
- Keserian wajah
Menikmati sensasi berbeza daripada aroma bunga akan membuatkan fikiran tenang dan secara tak langsung wajah akan lebih relaks dan memancarkan keserian yang tersendiri. Setiap bunga mempunyai aroma yang tertentu dan membangkitkan semangat.
Bunga yang digunakan
Mawar merah : memberikan keberanian dan keyakinan tinggi
Mawar putih : mencuci badan dan menyegarkan tubuh
Cempaka putih : memberikan haruman dan kelembutan
Cempaka kuning : menyerikan wajah
Melur putih : menyucikan dalaman
Bunga kenanga : menaikkan seri dan semangat
Limau purut : membuang kotoran di tubuh
Kesimpulannya, mandi bunga bukan sahaja boleh diamalkan oleh bakal pengantin untuk menaikkan seri, tetapi juga boleh diamalkan oleh setiap orang agar dapat meningkatkan keyakinan diri serta menaikkan semangat.
p/s : memang best lah mandi bunga, aku first time try. mak aku kutip bunga2 ni kt halaman umah jer. x perlu lah nk ikut betul2, aku just guna bunga raya, bunga melur, bunga mawar, bunga cempaka. harum dan buat aku ceria. kalau korang nak best lagi, tambahkan bunga kemboja, lebih wangi dan suci. :) muahaha.
1 comment:
pernah mandy bunga... teringin nk mndy tp xtau nk ambil bunga ape.. huuuuu... selame ni mandy air limau nipis je..kasi hilang bau ketiak dan bau badan.. nice sharing sis
Post a Comment