kesan kepada individu - mahasiswa yang tidak memanfaatkan masa dengan baik menjadikan mereka tidak efisien dan kurang efektif. mereka akan membentuk tabiat suka bertangguh dan menjalankan sesuatu tugas dalam tempoh masa yang lama. pada peringkat kemuncaknya mereka akan berasa tertekan dan tidak dapat menjalani kehidupan dengan tenteram dan bahagia. besar kemungkinan mereka juga tidak mendapat keputusan peperiksaan membanggakan. bagi seorang Muslim, kelemahan mengurus masa memberi kesan kepada tahap keislaman dan amalannya.
kesan kepada keluarga - ahli keluarga yang tidak pandai mengurus dan memanfaatkan masa akan mengalami kemurungan dan kegawatan. mereka tidak dapat menjalani kehidupan berkeluarga sebagaimana yang diimpikan dan diidamkan oleh setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. bagi seorang mahasiswa, kegagalannya dalam peperiksaan tentunya akan mengecewakan lebih ramai orang khususnya ibu bapa dan kaum keluarganya. pengabaian masa juga menyebabkan mereka terlepas peluang untuk memajukan keluarga daripada segi jasmani, ekonomi, emosi dan kerohanian.
kesan kepada organisasi - sesebuah unversiti memerlukan budaya belajar dan kerja cemerlang, mantap dan proaktif. sikap dan tabiat membazir dan mengabaikan kepentingan masa merupakan masalah dan barah organisasi yang serius. mahasiswa yang aktif dalam aktiviti berpersatuan, tetapi tidak pandai mengurus masa akan juga menjejaskan imej, citra dan prestasi organisasi.
kesan kepada negara - produktiviti sesebuah negara, antara lain dinilai dari segi modal insan dan penggunaan sumber untuk menjana sesuatu perkhidmatan atau produk. kebiasaannya produk itu diukur dari segi nilai wang. dalam perbandingan produktiviti di Eropah, negara termaju ialah Jerman dan Perancis kerana tempoh bekerja paling singkat iaitu 35-37 jam seminggu. mereka menggunakan tenaga kerja dan sumber lebih efisien dan efektif berbanding dengan negara lain. manakala rakyat Malaysia dan negara-negara membangun lain bekerja lebih 43 jam seminggu. jelasnya, rakyat di negara maju menghasilkan produktiviti tinggi kerana pandai mengurus dan memanfaatkan masa.
No comments:
Post a Comment