- si dia gelisah bila bersama anda
- perhatikan gerak-gerinya
adakah dia selalu cuba merenung anda ? senyum pada anda ? gemar memandang anda biarpun ketika jauh ?
- sentuhan
si dia suka menyentuh anda (bukan gangguan seksual) namun perilaku yang sejujurnya. dia mungkin menepuk lembut bahu anda atau geselan tidak sengaja yang boleh menyemarakkan perasaan anda dan sebagainya.
- si dia suka telefon anda
ini memang terang-terangan menunjukkan dia menyukai anda apabila dia selalu menelefon walaupun untuk bertanya hal yang remeh. adakala dia menipu mengatakan dia tersalah dail padahal dia sebenarnya ingin berbicara dengan anda.
- sanggup berkorban
si dia berbuat apa sahaja demi anda. pinjamkan duit, belikan sesuatu untuk anda atau apa sahaja tanpa anda perlu bersusah-payah meminta bantuan daripada rakan-rakan lain.
- cemburu
ini memang sah si dia sukakan anda apabila dia terasa cemburu ketika anda bercerita mengenai rakan lelaki lain. ini bermakna dia tidak mahu ada orang lain selain dia dalam hati anda.
- senang memperkenalkan anda kepada rakan atau keluarganya
si dia tidak akan malu memperkenalkan anda kepada rakan-rakan atau ahli keluarganya. biarpun ketika memperkenalkan itu dia akan menyebut anda sebagai rakan tetapi cara dia memperkenalkan anda pasti berlainan.
- suka ambil tahu
dia sentiasa mengambil tahu mengenai diri anda, keluarga anda, kegemaran anda dan mungkin tarikh lahir anda. itu bermakna dia berminat hendak mengetahui segalanya tentang anda.