Saturday, May 12, 2012

Angry !!

Kita pasti pernah mempunyai rasa marah bukan ?

Marah sebenarnya apabila kena pada tempat ia akan menjadi terpuji tetapi marah kalau tidak kena pada tempat itu adalah keji.

Apakah perbezaan panas baran dengan tegas ?
Perlukah kita ada rasa marah dalam jiwa ?

Perlulah kita semua mengisi hati kita dengan dua benda iaitu Iman dan Kasih sayang. Jika tiada kasih sayang dalam hati kita, tidak mustahil akan timbul kebencian.

Contoh kebencian yang wujud ialah marah. Marah ini boleh kita ibaratkan sebagai bola bagai syaitan, boleh disepak terajang oleh mereka.

Sesungguhnya marah itu datang dari syaitan, dan syaitan itu dari api.

Apa yang boleh memadamkan api ? Air bukan ?

Jadi salah satu cara nak memadamkan api kemarahan ini ialah dengan wuduk dan zikir.

Jadilah kita di antara orang orang yang bijak, kerana orang yang bijak ini adalah orang yang pandai menawal kemarahannya.

Orang mengutuk kita, mencaci dan mengejek kita, masih mampukah kita tersenyum dan berdiam diri ?

Tepuk dada tanya iman. Kadang-kadang kalau bukan tangan yang menghayun ke pipi, kaki yang terajang dahulu bukan?

Sama-samalah kita cuba tanamkan sifat sabar dalam diri kita, Insyaallah dengan kesungguhan kita untuk berubah, Allah mempermudahkannya.