Wednesday, November 14, 2012

Makan Racun






Mee segera / megi merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak. Dimakan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit.  Menu ini amat popular di kalangan orang bujang mahupun golongan kekeringan poket di hujung bulan.

Walaupun begitu, jangan disangka megi yang sedap tiada bahaya, kerana ia boleh memberikan pelbagai kesan kepada kesihatan jika dimakan secara kerap dan berterusan.  Ia mengandungi kandungan MSG (monosodium glutomat) yang tinggi.  Bahan ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang.  Kajian menyatakan individu yang alah pada MSG akan mengalami panas dada dan sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.

Megi juga diselaputi lilin (wax) yang banyak untuk mengekalkan rupa bentuk megi semasa pembungkusan.  Kandungan wax yang menyeliputi megi mengambil masa 4-5 hari untuk dicerna oleh tubuh badan manusia.

Antara kesan MSG kepada kesihatan ialah :


  1. Kecederaan kepada hypothalamus, sejenis kelenjar dalam otak berperanan mengawal selera makan, fungsi tiroid dan sistem endokrin.
  2. Boleh menyebabkan tumor (ketumbuhan) pada paru-paru, usus kecil, usus besar, bawah kulit, perut dan otak.
  3. Boleh menyebabkan asma kronik
  4. Membantutkan kebolehan otak bayi dan kanak-kanak untuk menerima pelajaran. Ia menyerang secara halus.
Makan untuk sihat, bukan makan untuk mendapat penyakit.