Thursday, November 29, 2012

NoMotif

Assalamualaikum.

Selamat kembali ke kolej buat student UITM-KPTM AS.
Selamat bercuti pada kawan-kawan yang tengah bercuti, adik-adik yang bercuti sekolah.

Alhamdulillah, selesai urusan pendaftaran untuk semester 4.
Kuliah yang bakal bermula pada 2 Disember 2012 pastinya akan penuh dengan pelbagai ragam dan gelagat manusia dalam menghadapi semester baru. Entah kenapa, aku seperti tiada perasaan. Tapi tidak mengapa kelas pastinya akan diisi dengan mereka yang riuh gila-gila. Kami buddyz :) Cuti semester berlalu dengan begitu sahaja. Penuh seribu erti buat aku. Merubah hidup aku. Berita dari doktor, tekaan emak aku rasa sudah benar. Ramai sudah menegur aku semakin kurus walaupun aku rasa aku semakin kuat makan. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. Sakit itu kan kifarah dosa. Itu tandanya Allah sayangkan kita.
Tak mengapa, aku dah bersedia.