Sunday, February 3, 2013

# Big Event


Himpunan Orang Muda Kedah Bersama PM

27 Januari 2013 telah tercetus berita hangat mengatakan perdana menteri akan hadir ke kedah pada hari khamis. ramai yang tertanya-tanya aktiviti apakah? di manakah? 30 Januari segalanya terjawab bila papan notis di kolej poly tech mara alor setar dipenuhi notis dua page mengatakan semua pelajar dan pensyarah wajib menghadirkan diri di stadium suka menanti iaitu stadium yang terletak berhampiran kolej bagi memeriahkan majlis himpunan orang muda kedah. semua kelas akan dibatalkan bermula jam 3 petang 31 Januari.


#Banner di sepanjang jalan raya

Bermulanya aktiviti ialah seawal jam 9 pagi 31 Januari jalan raya di hadapan kolej dipenuhi paparazzi, polis, anggota sukarela, ambulans, bas, kereta dan motorsikal konvoi. pelajar dan pensyarah mula terganggu dengan bunyi bising daripada stadium berhampiran. Bendera barisan nasional (BN) mula dikibarkan di merata tempat dan banner  memenuhi pokok di sepanjang jalan raya. masing-masing cuba memfokuskan diri di dalam kelas walau pada hari yang sama juga berlangsung pilihan raya kampus bagi memilih majlis perwakilan pelajar. secara tiba-tiba perkarangan kolej menjadi sangat meriah dengan orang ramai yang mula membanjiri stadium. makcik guard terpaksa menutup pintu pagar kolej bagi mengelakkan orang luar meletakkan kereta di dalam kawasan kolej iaitu parking pensyarah dan pelajar.

Akhirnya kelas berakhir jam 2 petang dan pelajar yang rajin mula menghadirkan diri di stadium manakala yang kurang rajin terus mengambil kesempatan balik segera ke rumah. Imah and the geng tiba-tiba rajin kerana jam 3 petang mereka telah selamat sampai ke stadium dengan hanya berjalan kaki sambil diiringi polis trafik kerana takut nak melintas jalan raya yang sangat sesak. After penat berjalan di perkarangan stadium, mereka mula mencari tempat duduk di bawah khemah yang disediakan.

Barulah tersedar, pengacara majlis adalah zed zaidi dan sharifah shahora. sambil menunggu ketibaan Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, mereka melaungkan lagu im4u, satu malaysia, dan negaraku dengan penuh semangat. Hadirin yang hadir juga dihiburkan dengan persembahan daripada Damasutra, Radhi OAG dan ramai lagi artis yang hadir. Jam 4.30 petang ialah kemuncak aktiviti apabila pengacara majlis mengumumkan ketibaan YAB Dato'Seri Mohd Najib bagi merasmikan majlis. YAB Dato'Seri diiringi Khairy Jamaluddin, Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Shahidan Kassim. Dianggarkan 40 ribu orang anak muda hadir ke himpunan ini. Perdana Menteri kita telah melancarkan BL1M (Bantuan Lesen 1 Malaysia). setelah merasmikan majlis, YAB telah memasuki dewan stadium bagi melawat BN Youth Fair 2013. Sebanyak 83 buah syarikat telah menawarkan 4,600 peluang pekerjaan kepada orang muda kedah. Karnival ini telah berlangsung dari 31 Januari-2 Februari 2013. Tahniah kepada orang muda seluruh kedah yang telah hadir. Ilmu dapat, pengalaman pun dapat.


#BL1M


#40 000 orang muda Kedah


#Majlis perasmian

#Pengacara majlis

#Antara artis yang hadir

#Young generation