bernafas. tapi sebenarnya hidup kita belum berakhir.
nyawa kita belum sampai ke tenggorokan. cuba lihat ke setiap arah ke utara, selatan, timur dan barat.
lihat setiap inci ruang di keliling. mesti ada ruang dan peluang untuk meneruskan kehidupan. mungkin untuk meneroka ke alam yang lebih luas, lebih laju dan lebih maju. ingatlah, penamat hidup hanya satu,
iaitu ketika Malaikatmaut memisahkan nyawa dari jasad.
itupun kita masih berharap menunggu untuk diiring ke satu alam lain iaitu alam akhirat yang lebih luas dan kekal abadi.
seringkali penghujung jalan yang dianggap penamat, membawa ke jalan baru yang lebih luas.