Friday, November 25, 2011

Terokai Alam Baru

Dalam ranjau kehidupan kita sering berhadapan dengan jalan buntu, seolah-olah dunia ini akan kiamat. kita akan diasak ke hujung jalan hingga tidak ada ruang untuk menapak walau selangkah. 


kita dihimpit ke dinding hingga tidak ada ruang untuk 
bernafas. tapi sebenarnya hidup kita belum berakhir. 
nyawa kita belum sampai ke tenggorokan. cuba lihat ke setiap arah ke utara, selatan, timur dan barat. 
lihat setiap inci ruang di keliling. mesti ada ruang dan peluang untuk meneruskan kehidupan. mungkin untuk meneroka ke alam yang lebih luas, lebih laju dan lebih maju. ingatlah, penamat hidup hanya satu, 
iaitu ketika Malaikatmaut memisahkan nyawa dari jasad. 

itupun kita masih berharap menunggu untuk diiring ke satu alam lain iaitu alam akhirat yang lebih luas dan kekal abadi. 


seringkali penghujung jalan yang dianggap penamat, membawa ke jalan baru yang lebih luas.