Tuesday, November 8, 2011

malaysia > truly asia


Selamat bergembira selamat bercuti ~ raya kedua aidiladha, aku ke Pulau Pinang Pulau Mutiara bersama kezen2.
Antara tempat menarik yg kitowg pegi ;- 


 Penang Ferry Service




Masa pegi kitowg naik feri, balik naik jambatan. Feri ini memulakan operasinya pada tahun 1920 dan menjadikannya perkhidmatan feri tertua di Malaysia. Feri ini menghubungkan tanah besar Seberang Perai dengan Pulau Pinang. Feri ini membawa penumpang dan kenderaan.

·         Penang Bridge



Jambatan ini dibuka pada tahun 1985.  Jambatan yang pernah  mendapat anugerah kecemerlangan kejuruteraan Amerika Syarikat pada tahun 1986 ini adalah sepanjang 13.5 km dan menghubungkan tanah besar Semenanjung Malaysia dengan Pulau Pinang. Ia juga adalah tempat acara larian Pulau Pinang yang diadakan pada setiap tahun.

·         Fort Cornwallis









Dibina semasa Kapten Francis Light mendarat pertama kali di Pulau Pinang. Kota lama ini terletak di Georgetown.   Kota ini dibuka setiap hari dari jam 9 am-7 pm . bayaran masuk dikenakan utk pengunjung. Pengunjung boleh menambahkan pengetahuan mengenai sejarah Pulau Pinang, sejarah pembinaan Fort Cornwallis, dan sejarah mengenai Francis Light.

·         Penang Hill 














Menawarkan pemandangan cantik seluruh Bandar Pulau Pinang . ia  terletak 830 m dari paras laut. Pengunjung boleh memilih sama ada mahu mendaki atau menaiki kereta kabel yang disediakan untuk sampai ke puncak bukit bendera. Di puncak bukit ini terdapat taman bunga, taman burung,  dan banglo lama peninggalan british. Kereta buggy juga disediakan kpd pengunjung utk kemudahan melawat sekitar puncak bukit. Buggy  ini boleh dinaiki dengan harga  RM 30 dan dipandu oleh pemandu terlatih.

·         Dusun Bunga
Menawarkan keindahan alam dengan tumbuh-tumbuhan hijau yang tumbuh melata sekitar taman. Terdapat rumah paku-pakis, rumah orkid, rumah kaktus, dan rumah begonia, dan air terjun. Perkhidmatan kereta api juga disediakan bagi memudahkan lagi pengunjung melawat sekitar taman dengan harga RM 2 seorang. Tiada bayaran masuk dikenakan.

·          Teluk Bahang Dam






Terletak di utara Pulau Pinang. Empangan ini siap dibina pada tahun 1999. Pemandangan menarik dan kedamaian yg terdapat di sini memikat hati pengunjung utk menjadikannya lokasi perkelahan bersama keluarga. Empangan ini selalu menjadi tempat perlawanan bot naga pada Festival Perlawanan Bot Naga Antarabangsa Pulau Pinang sejak tahun 2002.

·         Batu Ferringhi






Salah satu pantai yang popular di Penang dan menarik ribuan pengunjung setiap tahun ke sini. Pengunjung dapat melakukan pelbagai aktiviti di sepanjang pantai ini dari sukan laut, parasailing, menunggang kuda hinggalah melawat pasar malam.

·         Queen Victoria Memorial Clock Tower




Menara jam setinggi 60 kaki ini dibina pada tahun 1897 untuk memperingati Ratu Victoria. Setiap kaki pada menara jam ini mewakili satu tahun pemerintahan ratu.

·         Esplanade






Persiaran pinggir laut yang bersempadan dengan medan terbuka di mana perayaan dan acara-acara sering diadakan.

·         Little India




Tempat di mana pendatang awal india menetap dan menjadikan Penang sebagai negeri tetap mereka. Ia adalah pusat music india, rempah-ratus india dan pelbagai lagi budaya india yang dapat dilihat di kawasan ini.

·         Campbell Street




jalan ini terkenal dengan kedai ubat tradisional cina, butik india, dan pelbagai kedai barangan. Antara yang terkenal di sini ialah Pasar Jalan Campbell dibina pada tahun 1990. Di sini dijual pelbagai buah-buahan segar, makanan laut, dan daging.

·         State Mosque




Antara salah satu masjid tercantik di Malaysia. Pembinaannya bermula pada tahun 1976 dan siap pada tahun 1980. Terletak di atas tanah berukuran 45 hektar dan mampu menampung jemaah seramai 5000 orang.


Ta sempat nk melawat semua tempat , sebab aku pegi sehari jer. Aku pasti akan menjelajah lagi Pulau Pinang satu hari nanti !
              
  Antara tempat lain yang menarik di Pulau Pinang

1.       Rumah P. Ramlee
2.       Air Itam Dam
3.       Suffolk House
4.       Taman Perbandaran
5.       Penang Botani Gardens
6.       Toy Museum
7.       Masjid Terapung
8.       Tropical Spice Gardens
9.       Penang National Park
10.    Penang Butterfly Farm
11.    Forest Recreation Park and Museum
12.    Tropical Fruit Farm
13.    Taman Awam Metropolitan Relau
14.    Bukit Jambul Country Club
15.    University Sains Malaysia Museum and Art Gallery
16.    Batu Maung Fishing Village
17.    War Museum
18.    Penang Bird Park
19.    Mengkuang Dam
20.    Taman Rimba Bukit Mertajam
21.    Auto-City Juru
22.    Pulau Aman
23.    Firefly Sanctuary
24.    Taman Rimba Bukit Panchor
25.    Penang Art Gallery
26.    Penang State Museum
27.    Kapitan Keling Mosque
28.    Masjid Melayu Lebuh Acheh
29.    Islamic Museum (Syed Al-Attas Mansion)
30.    The Pinang Peranakan Mansion
31.    Tanjong City Marina
32.    Clan Jetties
33.    Upper Penang Road
34.    Cheong Fatt Tze Mansion
35.    Benggali Mosque
36.    Komtar
37.    Sun Yat sen Memorial Centre

Dan makanan yang menarik di Pulau Pinang antaranya ialah :-
·         Nasi kandar
·         Seafood
·         Banana leaf
·         Hokkien mee
·         Wan tan mee
·         Koay teow soup
·         Indian mee / mee rebus
·         Assam laksa
·         Loh mee
·         Curry mee
·         Mee udang
·         Char koay kak
·         Poh piah
·         Putu mayong
·         Pasembur
·         Traditional nyonya kuih
·         Chee cheong fun
·         Peanut pancake
·         Fried oyster
·         Penang rojak
·         Ice kacang
·         cendol

assam laksa

peanut pancake @ apam balik

banana leaf

cendol

char koay kak
chee cheong fun

hokkien mee

ice kacang

traditional nyonya kuih

indian mee / mee rebus

loh mee

nasi kandar

fried oyster


pasembur


popiah

putu mayong

rojak penang

seafood

wan tan mee

Untuk keterangan lebih lanjut , sila lawati  www.visitpenang.gov.my
                         



No comments: