selamat bertemu kembali dalam hari yang penuh ceria !
err ceria ke ? imah jer kejap okey kejap tak. korang ceria-ceriakan hidup ya ! bak kata ustaz zool hilmi, kawan imah kat kuin tuh hidup penuh dugaan. kita hanya perlu tenang menghadapi dan kuatkan diri. lari kemana pun, pasti ada dugaan. so, cool babe !
korang dah baca ayat di atas ? itulah imah, cakap pandai, tapi dia tak buat pun. air mata mengalir lagi untuk ke sekian kalinya.. imah rindukan
saiful.. bunga-bunga sayang yang dipupuk sekian lama, gugur juga akhirnya. fullstop !
masuk bab mara pula : imah dah settlekan segala permohonan mara tuh. harap-harap segalanya akan baik-baik saja. dah sakit telinga kena pot pet dengan cik
aimmy kat kampus mergong. macam-macam dia cakap. kesah pulak aku ? imah cuma kena sabar. kalau ada rezeki, pasti takkan kemana. dia cakap kadang-kadang student kena tunggu lama. ada yang sampai semester 4 @ 5 baru dapat. imah takkan berputus asa lah ! kalau dia rasa imah lemah, dia silap ! hari isnin, parents imah datang. syukurlah, imah memang sangat merindui mereka. dah settle hal mara tu, mak ayah bawa imah ke tesco. apa yang imah beli ? sushi ! minggu ni memang teringin sangat nak makan sushi. tercapai hajat. yummy nyam nyam !
.jpg)
.jpg)
.jpg)
rumah sewa : ha ! ini satu hal ! setelah puas imah dengan kawan-kawan survey ke sana ke mari, akhirnya kitowang jumpa sebuah rumah yang lengkap dan cantik di tepian bendang. bendang tuh sawah padi lah ! cantik view kat situ. mungkin tak secantik di tempat lain, tapi cukup untuk menenangkan hati imah yang selalu serabut neh. bila dah hampir setuju, tuan rumah tu pulak buat hal. dia berdolak-dalih pulak dengan kitowang. tapi kitowang tak putus asa. imah dengan sleeping partner imah call dia selang dua hari. haha ! akhirnya dia bagi, dengan bayaran RM110 setiap bulan dan deposit RM153 dua bulan. maka secara rasminya bulan 6 kitowang akan masuk rumah tu. harap menjadi la yer. kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan.
kawan-kawan : business proposal punya hal, imah gaduh 2 hari dengan
amir. dia yang marah imah. adoi.. imah dah la serabut dengan hal lain, dia pulak buat hal. kadang-kadang nak jer marah dia. tapi dia sahabat yang baik. lepas 2 hari, imah berjaya pujuk dia. buat drama sedih kat library dan drama air mata di tangga. i'm the best actor ! imah nangis lepas pujuk dia, terasa hati sangat-sangat. air mata memang tak mampu ditahan lagi. akhirnya teresak-esak juga. hal amir dengan alya tak selesai lagi. argh lantak korang lah. kesah plak aku ? macam-macam cara dah imah buat agar diowang berbaik-baik, tapi hampeh. sorang manja, sorang ego. huh !
tibanya hari rabu ! imah rasa dah semakin relax. smile :) tetiba sleeping partner imah bagitawu yang dah dua hari imah asyik ngigau time tidur. pe hal lak ni ?
saiful lah punya pasal. sebab banyak sangat nak fikir, sampai terbawa ke dalam tidur. huh mencik betul ! nak tidur jer ingatkan dia, macam mana tak mengigau. nasib baik tak menjerit nama
saiful, kalau tak mau sleeping partner imah n the geng lempaq masuk bendang. haha control ~ ta mao mengigau ! tapi boleh ke tahan mengigau neh ?
finally : imah dah baik dengan amir.
saiful ? biarkan dia dulu. imah faham situasi dia. tak peduli korang nak cakap apa, sebab imah jer tawu hal dia. by the way, nasihat aimie n sleeping partner sangat-sangat imah hargai. pendek kata, semua settle buat masa sekarang. happy right now ! yeah !
2 comments:
banyaknya perkara dah berlaku~ huhu..
tapi yang paling wanni tertarik ialah sushi, sedap eh? selalu tengok je, tak pernah cuba nak makan :)
Salam perkenalan dear :)
sedap ! bergantung pada jenis2 sushi jugak. tapi sebenarnya sushi banyak rasa tawar jer. cuma rasa sayur n mayonis kt dalam tu jer. selamat mencuba ya ! =)
Post a Comment