Friday, October 25, 2013

Kek Coklat Enak dan Mudah





Kek Coklat Moist 

Bahan - bahan :

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
2 cawan gula halus
4 biji telur
250 gram mentega
2 sudu kecil esen vanila
1/4 cawan susu cair
1 cawan sebuk koko *
1/2 cawan gula halus *
1 cawan air *

Cara membuat :

1. masukkan bahan-bahan bertanda (*) dan masakkan ia di atas dapur dengan api perlahan hingga berkilat.

2. biarkan ia sejuk. bila dah suam2, masukkan pula susu cair. biarkan seketika.

3. di bekas yang berlainan, pukul mentega dan gula halus hingga kembang.

4. masukkan telur satu demi satu dan kacau perlahan-lahan. masukkan juga serbuk penaik.

5. masukkan esen vanila.

6.masukkan tepung yang telah diayak. masukkan juga coklat yang telah dimasak tadi. gaul kesemuanya.

7. masukkan ke dalam bekas khas yang telah disapu mentega. bakar selama 20 minit pada suhu 170 darjah celcius.

Cucukkan lidi di tengah kek, jika lidi masih bersih, tandanya kek sudah masak. aku cucukkan dengan garfu, akibatnya berlubang kek aku.

Lepas dah masak, bolehlah letak topping coklat atau sesuka hati anda.

Topping Coklat 

Bahan-bahan :

250 gram coklat masakan
1 sudu besar mentega
130 ml double cream atau whipping cream
gula halus secukup rasa

Cara-cara :

1.cairkan coklat secara double-boiler.

2.bila dah cair, tutup api. kemudian masukkan mentega, gula halus dan cream. kacau hingga sebati.

3.curahkan atas kek.

4. nak lagi menarik, taburkan coklat rice di atas topping coklat.

kalau dah malas sangat nak buat topping coklat ni, ayakkan sahaja gula halus di atas kek. 



Sunday, October 20, 2013

Cloud nine

Bello !

aduh aduh aduh. sudah 3 minggu aku a.k.a anak sulung mak melepet di rumah. nak buat apa ni hoi ?

dah habis semester 5, harapnya semua akan baik2 saja. tunggu result yang akan keluaq 1 november neh, lepas tu baru boleh buat planning. insyaallah kalau ada rezeki kerja lah aku kat pahang. pahang nunnn, jauhhhh. aku warga kedah nie nk p keja kat pahang. kerja apa ? secret!
haha :) x boleh bagitau lagi kja apa, perlu dirahsiakan buat sementara waktu. tawaran kerja setakat neh ada tiga, semua gaji lumayan, tapi aku x fikir lagi. apa pun, tunggu result dulu naaa. lepas result keluaq aku update len ok.

la ni aku dok umah saja ja, makan tidoq tengok tv fesbuk twitter. tu diaaa! tak membesaq jugak aku walaupun keja dok makan ja. tak tau nk buat apa dah nie, dah la kt umah neh aku sorang. mak ayah kerja saja siang malam melepet lah aku. oke dah2 merepek tuu.

haihh aku hilang dalam dunia aku sendiri. rindu kawan2, rindu buah hati. buah hati ? lalalala. nasib lah berjauhan walau still dalam malaysia jugak. hg tau dak aku rindu hg gila2 neh ? takdak sapa nak buli aku kt umah neh. ;)

oke mak panggil dahh. bye bye. semoga jumpa lagi!




Sunday, September 1, 2013

Happy Birthday, Love!

Selamat hari lahir cinta!

Pada hari istimewa ini, 

semoga kegembiraan mengisi diri,                                
semoga panjang umur, 
semoga murah rezeki, 
sentiasa sihat, sentiasa senyum, 
sentiasa ketawa, sentiasa sabar, 
terus tabah, terus kuat, 
terus yakin, terus dewasa dalam meniti hari. 

apapun yang awak impikan, 
apapun yang awak harapkan, 
apapun yang awak inginkan, 
semoga semuanya menjadi kenyataan!



lots of love, 
         budak kecik sayang awak.




Sunday, August 11, 2013

Eid Mubarak.






Satukan tangan, satukan hati
Tersebut indahnya silaturrahim
Di hari kemenangan kita padukan
Keikhlasan untuk saling memaafkan
Selamat hari raya aidilfitri
Mohon maaf zahir batin.

Sunday, August 4, 2013

Terima kasih Pakcik!

Selamat Hari Lahir Rahimah !

Umur semakin meningkat, harap aku semakin matang. Semoga dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, sabar menempuh dugaan, dan berjaya dalam apa jua bidang.

Buat orang yang aku sayang ,

terima kasih untuk hujung minggu yang perfect
terima kasih untuk surprise !!
terima kasih untuk ucapan hari lahir tepat jam 12:00 tgh mlm * aku sendiri hampir lupa
terima kasih untuk hadiah birthday yang besar mengalahkan tuan
terima kasih bawa saya jalan-jalan
terima kasih teman saya shopping
terima kasih buat saya happy
terima kasih layan birthday girl
terima kasih sebab jaga saya baik-baik
terima kasih sebab selalu buli saya
terima kasih sebab marah saya
terima kasih sebab sabar dengan kerenah saya
terima kasih sebab selalu ada untuk saya
terima kasih buat saya bahagia !

apa lagi ek ? cukup lah tuh! :) terima kasih cinta.



Monday, July 29, 2013

Lelaki Wanita.

Allah ciptakan manusia penuh kehebatan.

Lelaki dan perempuan masing-masing ada ego. 

Perempuan bila merajuk, nak lelaki pujuk. Tapi lelaki nie ego, biarkan perempuan 2 3 hari, kononnya
supaya mereka sejuk. 

Sedangkan perempuan 2 3 hari tu go to hell lah guys! Masing-masing taknak mengalah. 
Taknak minta maaf. Ego ! 

Tapi, bila lelaki text "hai sayang, hai gegirl, hai manja." terus cair.
Terus lupa marah, lupa sakit hati, lupa merajuk, hasilnya, senyum sampai ke telinga.  

Itu lah perempuan, itu lah lelaki. Masing-masing kena memahami. 

Saturday, July 27, 2013

I'm sorry.

                                                                           "It's okay, I'm fine".

Menipu diri sendiri, tipu perasaan, tipu hati, fake smile. Benda paling handal seorang perempuan dapat buat. Rasa hati tak mampu dibendung, mahu diluahkan pada siapa ?

nobody care.

hanya mampu cakap kat diri sendiri, i'm fine. * menangis. Ergh, lemah sekali hati perempuan. Tak perlu muncul untuk ungkapkan kata maaf bila saya dah pergi menjauh. Itu bermakna saya dah buang awak jauh-jauh.

Jangan menyesal kemudian.
Hargai selagi masih ada.

Friday, June 28, 2013

Sakit rumah.

Hello bloggers and readers! Homesick! Rindu mak ayah adik. Plan awal nak balik, tapi disebabkan assignment yang bertimbun dan test yang berderet minggu depan, hasrat dan perancangan ditangguhkan. Minggu depan aku nak balik jugak! Tak kira! Minggu depan ada test law dan accounts. Doakan aku ya! Jeling-jeling buku law, selak-selak buku accounts. Minum milo, makan coklat. Pandang kiri, pandang kanan. Selamat malam cantik, selamat malam kacak.

Friday, June 21, 2013

Baik ke aku ?

Classmate aku kata orang baik selalu diuji tuhan. Aku baik ke ? haha! 

Sakit tu pun ujian dari Tuhan jugak. Pedih menanggung kesakitan. Sakit tak boleh digambarkan. Ya Allah, kau sembuhkanlah aku.

Rasanya gastrik semakin teruk. Dok saja ja tiba2 rasa mual, macam nak muntah. sakit di bahagian perut, rasa berangin, hilang selera makan, najis menjadi hitam, berat badan menurun, Bukankah itu tanda gastrik semakin teruk ? Penyakit yang lama itu pun belum dapat dikenal pasti lagi, sudah tiba penyakit baru. Ya Allah, ujian buatku. 

Sebulan hidup bergantung ubat, cukup tarikh awal bulan depan, jumpa doktor lagi. Buat ujian darah lagi. Sakit pedih jarum menusuk urat bulan lepas masih terasa. Jenis penyakit belum dapat dikenal pasti lagi. Doktor sendiri aneh dengan bentuk darah aku. Ujian lagi. 

Sabar, usaha, tawakal, dan teruskan hidup. 

Wednesday, June 12, 2013

5 Sem Dah ?

Assalamualaikum.

Sudah seminggu kelas bermula. macam-macam ragam ada, macam-macam cerita ada. Entah kenapa, aku macam rasa yang waktu sangat panjang berlalu. sangat panjang sem akhir nie. kenapa ya ? aku macam dah tak semangat. pi kelas semata-mata sebab nak habiskan sem jer. dalam kelas senyum jer, tapi dalam hati macam erghhhh, bosaannn. argh. aku tak mahu masalah nie mengganggu. aku mahu habiskan diploma dengan cemerlang. minggu depan pasti akan lebih baik. korang doakan aku ya !

seminggu nie saja, dah 3 kali jadual waktu bertukar ganti. penat penat. minggu depan mesti akan bertukar lagi. aku mahu lebih semangat, lebih ceria. pasti boleh!

bak kata lecturer aku, stop complaining. itu semua pemikiran saja. minda yang mengatur gerak hati. boleh! yeah! tak boleh main-main lagi, kali nie kena more serious! dah part 5, pecut pecut dan terus pecut, garisan penamat sikit lagi di hadapan. bye.

Sunday, June 2, 2013

I want you to stay.

Assalamualaikum dan selamat tengahhari !

aku bukan suka sangat pun update blog tengah hari buta nie, tapi perasaan nie dah x boleh dibendung lagi. haha makanya aku dengan rela hati sign in blog hari nie. hari nie hari ahad daaa. hari selasa dah kena balik kolej. hari rabu daftar semester baru. semester 5, last semester woii. korang doakan aku ya! hari ahad minggu depan dah start kelas.

aku sebenarnya dulu punya la semangat nak balik kolej nie, bukan apa sebab ada orang tunggu. hehe. dua bulan aku menghitung hari nak habis cuti. tup tup dah nak dekat habis cuti, orang yang tunggu aku tu pulak pi dok kat tempat lain. negeri lain woii, bukan lain daerah yer, lain negeri. aku dah la tak biasa berjauhan. mau meroyan seketika aku. fikir punya fikir, fikir panjang dah nie, aku pasrah ajer lah. lagipun aku bukan boleh buat apa pun. takkan aku nak halang dia pulak kan ? aku tak kisah la korang nak cakap apa pn, aku mengaku la memang aku manja sikit. err banyak la jugak. tapi bukan la manja tak bertempat 24 jam. tengok la jugak, dengan sapa. korang nie, nak fikir bukan-bukan la tuu.


aku okay dah skang neh. feeling more better. haha :) oke bye. korang doakan cita-cita aku nak jadi businesswoman tercapai ya!

Sunday, May 12, 2013

Terus berlari, sayang.


Sejujurnya aku sangat resah dengan pertanyaan itu. Kenapa harus muncul saat seperti ini. Mulut mengatakan ya, boleh, tabah, kuat, tapi hati hanya Tuhan yang tahu.  Jika ikutkan hati, bila-bila saja boleh bersatu.  Tapi minda mula mengingatkan supaya lebih waras.  Ada jodohkah kami ? Apa akan berlaku lagi 4 tahun ? Bagaimana dengan perancangan setahun yang lalu ? semuanya bermain di fikiran.  Si dia resah, aku lagi resah memikirkannya, tapi sudah tidak mampu mahu meluahkan. Akhirnya  hanya kata semangat yang aku titipkan buatnya, padahal hati sendiri menangis.  Hati lebih banyak menduga saat seperti ini. Argh, bukankah ini yang aku mahu sejak dua tahun yang lalu ? pergi jauh dari semua orang yang pernah mengenali aku.  Membuka diari baru.  Aku akan terus berlari sejauh yang boleh, walau dalam hati menyedari satu hari nanti sirih akan pulang ke gagang walau hujan batu di negeri sendiri. Tidak kira bagaimana, aku tetap akan berlari pergi sejauh yang aku mampu demi menggembirakan hati sendiri. Luka yang dipendam sejak 7 tahun yang lalu membuatkan aku tak betah lama-lama di rumah sendiri. Banyak kisah yang tak mampu aku pendam tapi dek kerana demi menjaga hubungan keluarga, aku pendamkan saja luka hati sendiri.  Biarlah aku yang menderita sendiri.  5 tahun menganyam impian, dua tahun aku membina hidup baru di kolej.  Aku lupakan semua yang berlaku, bertemu dengan sang pencuri hati yang tak pernah gagal membuatkan aku gembira walau kadang terselit derita lalu.  hati sentiasa gembira dengan dia di sisi. Pedulikan apa orang kata, mereka tidak pernah tahu apa jadi padaku bertahun yang lalu.  Biarkan mereka menilai, aku tidak peduli, aku sudah bahagia di sini.  Dua tahun juga aku menyimpan angan untuk berlari lebih jauh.  Bila saat itu hampir tiba, hati resah lagi.  Mulut mengatakan mahu ku gapai impian sejak kecil, mahu ku sahut cabaran orang- orang yang tidak pernah jemu menilai aku, mahu ku katakan pada mereka, lihat lah, gadis kecil yang dipanggil anak kucing kurap ini satu waktu dahulu sudah hampir berjaya.  Gadis kecil yang hanya dipandang sebelah mata ini satu ketika waktu dulu sudah mampu menabur bakti.  Bukankah emak pernah kata pada mereka, jangan hina lagi anak kecil ini, tika dia besar nanti mungkin dia orang yang kamu akan panggil saat susah nanti.  Itu kata-kata di mulut, di hati hasratnya hanya satu, mahu pergi lebih jauh.  Membawa bersama orang-orang yang penting di hatinya.  Tapi mampukah aku ? penat memikirkan rintangan yang bakal dihadapi, aku hanya menyerahkannya pada takdir.  Aku hanya mahu melalui jalan yang telah ditakdirkan untuk aku.  Memang lumrah hidup begitu. 

Friday, May 10, 2013

Syoknya terbang!



Assalamualaikum.

Semalam aku tidur awal, jam 11:00 malam dah siap tutup lampu. Tapi pukul 2 pagi terjaga.  Aku mimpi macam-macam. Yang aku ingat aku mimpi 3 benda. Tapi aku ingat mimpi ketiga tu ja. Aku jadi burung. Burung besar sangat. Warna hijau, tapi kepak dia warna merah + ungu + kuning. Cantik gila! Lebih kurang burung merak warna dia. Tapi bentuk dia macam burung angsa yang tengah berendam dalam air tu. Cantik! Tengah elok-elok aku berendam kat dalam air tu, (burung kan),  aku dengar orang jerit Help! Help! Help!! . Aku pun terbang tinggi, rupanya classmates aku tengah jerit minta tolong kat atas gunung. Sapa classmate aku tu x yah la cakap. Aku pun x tau la macam mana si mamat poyo ni boleh muncul dalam mimpi aku. Rupanya gunung tu tengah runtuh. So apalagi, aku dengan gaya terbang penuh berkeyakinan menyelamatkan classmates aku ni. Tah apa lah dia buat kat atas gunung tuh. Aku terbang tinggi. Masa ni lah yang aku paling ingat sekali, aku rasa macam terbang betul-betul. seronok sangat sangat sangat sangat, tak terkata. Menikmati alam dari atas langit. Seronok sangat! Lepas aku selamatkan si classmates aku ni, aku pun terjaga. Haha !  terjaga jer, terus senyum. Sebab seronok sangat terbang tinggi di langit. Tu ja la aku nk cita, k bye. 


macam ni lah burung tu, tapi warna hijau. 


Friday, March 1, 2013

AKIBAT KURANG TIDUR



1. Sistem imun lemah : Jika sistem imun lemah, anda mudah dijangkiti selsema dan jangkitan. Kurang tidur juga boleh menyebabkan sel darah putih berkurangan dan seterusnya menjejaskan sistem imun.

2. Kencing manis : Anda sihat dan tidak menghadapi masalah berat badan, tetapi jika mengalami masalah kurangan tidur yang kronik, anda akan menghadapi masalah fungsi insulin.

3. Kegemukan : Jika anda kurang tidur, ia akan melemahkan hormon pertumbuhan yang mengawal nisbah lemak dan otot tubuh selain mengawal hormon leptin. Keadaan ini akan menyebabkan anda terasa lapar dan sukar mengelakkan makanan berlemak dan berkabohidrat.

4. Susut berat badan : Mereka yang kurang tidur selalunya cenderung mengambil makanan dalam kuantiti yang lebih. Walaupun pada awalnya, mereka mengalami peningkatan berat badan, tetapi akan merasai penurunan apabila terlalu kerap kurang tidur.

5. Kanser Payudara : Wanita yang selalu terdedah kepada banyak cahaya pada sebelah malam atau sering bekerja pada waktu malam menghadapi kemungkinan diserang kanser payudara.

6. Stres : Kurang tidur boleh menyebabkan anda stres dan akibatnya anda sukar melakukan kerja dengan cekap, sering tidak terurus dan kelam kabut.

7. Cepat Tua : Tidur yang cukup akan melambatkan proses penuaan dan kedutan di muka.. 

8. Murung dan enggan bergaul : Sekiranya kurang tidur, anda akan mudah tertekan dan murung. Jika masalah ini berpanjangan, anda berkemungkinan besar akan hilang minat untuk bergaul.

9. Letih : Kehilangan waktu tidur bagi tempoh yang lama juga akan menyebabkan anda mudah terasa letih.
Tidak selesa: Kurang tidur juga boleh menyebabkan sakit kepala, keletihan pada waktu siang dan mudah meradang serta gerak geri menjadi perlahan. Kurang tidur juga akan menjejaskan atau mengurangkan nafsu seks.

10. Usia menjadi singkat : Mereka yang kurang tidur setiap malam berisiko mati awal.

11. 70% risiko mati muda : Golongan yang tidak cukup tidur lebih berisiko mati muda berbanding mereka yang tidur sempurna. 

Friday, February 8, 2013

Gongxi, Gongxi


Smile at everyone you see
Everyone in the family
On this Happy New Year’s day
We wish you Gong Xi Gong Xi


Happy Chinese New Year !
May you be happy and prosperous

# Xiexie He Laoshi !




Sunday, February 3, 2013

# Big Event


Himpunan Orang Muda Kedah Bersama PM

27 Januari 2013 telah tercetus berita hangat mengatakan perdana menteri akan hadir ke kedah pada hari khamis. ramai yang tertanya-tanya aktiviti apakah? di manakah? 30 Januari segalanya terjawab bila papan notis di kolej poly tech mara alor setar dipenuhi notis dua page mengatakan semua pelajar dan pensyarah wajib menghadirkan diri di stadium suka menanti iaitu stadium yang terletak berhampiran kolej bagi memeriahkan majlis himpunan orang muda kedah. semua kelas akan dibatalkan bermula jam 3 petang 31 Januari.


#Banner di sepanjang jalan raya

Bermulanya aktiviti ialah seawal jam 9 pagi 31 Januari jalan raya di hadapan kolej dipenuhi paparazzi, polis, anggota sukarela, ambulans, bas, kereta dan motorsikal konvoi. pelajar dan pensyarah mula terganggu dengan bunyi bising daripada stadium berhampiran. Bendera barisan nasional (BN) mula dikibarkan di merata tempat dan banner  memenuhi pokok di sepanjang jalan raya. masing-masing cuba memfokuskan diri di dalam kelas walau pada hari yang sama juga berlangsung pilihan raya kampus bagi memilih majlis perwakilan pelajar. secara tiba-tiba perkarangan kolej menjadi sangat meriah dengan orang ramai yang mula membanjiri stadium. makcik guard terpaksa menutup pintu pagar kolej bagi mengelakkan orang luar meletakkan kereta di dalam kawasan kolej iaitu parking pensyarah dan pelajar.

Akhirnya kelas berakhir jam 2 petang dan pelajar yang rajin mula menghadirkan diri di stadium manakala yang kurang rajin terus mengambil kesempatan balik segera ke rumah. Imah and the geng tiba-tiba rajin kerana jam 3 petang mereka telah selamat sampai ke stadium dengan hanya berjalan kaki sambil diiringi polis trafik kerana takut nak melintas jalan raya yang sangat sesak. After penat berjalan di perkarangan stadium, mereka mula mencari tempat duduk di bawah khemah yang disediakan.

Barulah tersedar, pengacara majlis adalah zed zaidi dan sharifah shahora. sambil menunggu ketibaan Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, mereka melaungkan lagu im4u, satu malaysia, dan negaraku dengan penuh semangat. Hadirin yang hadir juga dihiburkan dengan persembahan daripada Damasutra, Radhi OAG dan ramai lagi artis yang hadir. Jam 4.30 petang ialah kemuncak aktiviti apabila pengacara majlis mengumumkan ketibaan YAB Dato'Seri Mohd Najib bagi merasmikan majlis. YAB Dato'Seri diiringi Khairy Jamaluddin, Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Shahidan Kassim. Dianggarkan 40 ribu orang anak muda hadir ke himpunan ini. Perdana Menteri kita telah melancarkan BL1M (Bantuan Lesen 1 Malaysia). setelah merasmikan majlis, YAB telah memasuki dewan stadium bagi melawat BN Youth Fair 2013. Sebanyak 83 buah syarikat telah menawarkan 4,600 peluang pekerjaan kepada orang muda kedah. Karnival ini telah berlangsung dari 31 Januari-2 Februari 2013. Tahniah kepada orang muda seluruh kedah yang telah hadir. Ilmu dapat, pengalaman pun dapat.


#BL1M


#40 000 orang muda Kedah


#Majlis perasmian

#Pengacara majlis

#Antara artis yang hadir

#Young generation


Friday, February 1, 2013

Kenapa sibuk sangat?

Assalamualaikum.

Sekian lama hilang, hari ni aku muncul kembali. ini pun disebabkan modul pagi tadi habis awal dari jam yang sepatutnya. maka sempatlah aku mencuri waktu seketika nak update blog neh. x kisah lah ada orang baca ke tidak, aku nak share jugak cerita aku.

aku rasa semua tak jangka sem 4 ni sangat sibuk, dah macam ahli politik pun ada. bermain dengan duit, waktu, kata-kata dan kerenah manusia. sehari entah berapa puluh kali aku pegi kelas. kelas jam 8 pagi-6 petang dah biasa, malam kelas extra. kalau xda extra kelas, meeting pulak, kalau xda meeting, outing pulak. balik petang pukul 6, malam pi lagi. curi waktu untuk have fun with friends and release tension. duit tak payah cakap lah, mengalir macam air. dah tahan diri daripada shopping, tapi habis jugak dengan event. kalau kelas pukul 10 pagi pun, pukul 8 aku dah terpacak depan kiosk, jual makanan. kutip dana untuk event.


 # Tanjung Dawai


 # Extra class malam


# Kiosk Excelliant Unity


# Me with classmate


sponsor pulak, puas ke merata tempat. rempit dengan nini, alor setar, sungai petani, tanjung dawai, yan, pendang, baling, semua kami redah. kalau kena pi jauh, mr.qq pulak jadi sasaran aku. nasib baik dia sangat memahami, x banyak kerenah, ikut jer ke mana aku ajak pegi. kalau xda dia, entah apa jadi dengan aku. dia sangat banyak menolong, tempat aku luah perasaan, tempat aku menangis, tempat aku bercerita, body guard aku, semua dia. kadang-kadang rasa bersalah menggangu dia, rasa tak patut, tapi keadaan memaksa. mak aku x usah cakap, sehari berpuluh kali aku call. terutama time tension, tapi kalau call mak, lepas tu mesti nangis sebab dah penat menanggung perasaan. mak aku dah faham.

hari minggu macam ni, bila ada kesempatan tidur, semua akan tidur dengan penuh perasaan, macam tak tidur seminggu pun ada aku tengok. aku sangat faham, aku dah lali, aku dah biasa, kehidupan pelajar macam ni, masa berlalu, keadaan berubah, kerenah berubah, memori jer kekal, tu pun kalau tak hilang ingatan. hari minggu macam ni, basuh baju sebaldi, facebook puas2, tengok movie puas2, buat nota lengkap2, makan best2, buat homework siap2, semua ambil masa untuk diri sendiri. hari kelas? jangan harap.

tiba-tiba dah tak tahu nak taip apa, sekian.







Sunday, January 6, 2013

6 hari

Assalamualaikum

Selamat menyambut tahun baru 2013. semoga azam tahun lepas dah tercapai dan berusaha untuk azam baru.
dah lama x update blog kan. banyak cerita nak share neh. cerita tahun lepas sampailah tahun ni.

31 Disember 2012
Dikejutkan dengan jeritan niniey. sebab? dia nampak kulit ular. apa lagi, bergegas aku panggil jiran sebelah. pakcik tu datang cek apa yang patut, dia cakap xda lah ular. ular tu dah tinggalkan kulit je. tapi disebabkan x puas hati lagi, call tuan rumah sewa pulak. dia pun datang tengok apa yang patut. tapi! x puas hati lagi selagi x jumpa ular tu, akhirnya aku call jpam. diowang datang cek2, diowang cakap xda dah ular. okayy, semua macam dah berpuas hati sikit, mula kemas balik barang2, aku pi tabur belerang/sulfur sekeliling rumah, pastu kemas apa yang patut, masuk tidur jam 1 pagi. esok kelas pukul 8 pagi! plan nak celebrate new year kat menara alor setar, nak tengok bunga api, semua x jadi dah. lupakan saja hasrat.

2 Januari 2013
Selamat hari lahir emak! kakak sayang mak banyak-banyak. mak lah mak kakak di dunia dan akhirat. jasamu tidak mampu kakak balas. semoga dimurahkan rezeki, dan terus menabur bakti pada anak bangsa.
a new camera for mom's birthday. Malam, nak tawu kitowang pegi mana? Funfair with yah, tyrah, niniey, man, ammar, wandi, azri. Dataran stadium darul aman. Habis RM10 main sotong pusing2 dan discovery. Menjerit aku main benda alah semua tuh. sangat menakutkan terutamanya discovery tu.

Pink for mom

Discovery

Sotong pusing-pusing



3 Januari 2013
Rasa macam x sihat sikit, tapi okay lagi. mesti akibat pusing2 kat funfair semalam. Laptop rosak! skrin rosak. aduhai, macam2 lah. duit lagi. duit keluar macam air, cepat jer. bagitawu mak, mak cakap okay, pi beli laptop baru nanti. erk? kalau ikut hati memang lah nak beli, tapi macam sayang duit pulak. lepas survey2, technician cakap skrin RM480, dua hari boleh siap. melayang duit. so tukar skrin ajer lah. x payahlah membazir beli laptop baru. x lupa jugak, selamat hari lahir kawan,sahabat,kakak,adik,sleeping partner,roommate, housemate! Syairah, awak sudah 20 tahun. saya sayang awak sangat. semoga hidup awak terus ceria macam selalu okeh :)

Laptop kesayangan


4 Januari 2013
Pagi ada perjumpaan dengan geng event. meeting jam 9:30, 9:15 baru aku terjaga. nyenyak betul tidur. ish ish ish. bangun, kelam kabut mandi, jam 10 baru sampai kolej. so bayarlah denda lewat RM5. Petang,
Alor Setar ---> Sungai Petani. Sushi King, Amanjaya Mall. order mengalahkan tuan, padahal berapa orang jer makan. nak tawu kitowang order apa? ni kat bawah ni haa.. 2 orang makan jer pun.


Lemon juice

Green tea

Fruit juice

Matcha 3 layers

Tobiko

Tamago maki

Unagi slice

Nihotate

Salmon

Takohachi

Chuka lidako

Ika

Kani fumi nigiri


Terayaki rice burger

5 Januari 2013
Outing. amek laptop. siap dah. sukalah, skrin baru berkilat. lepas ni pasti akan lebih berhati-hati. dah serik. lepas amek laptop, menuju ke star parade. first, cari hadiah untuk birthday my bff'. even dah lepas banyak hari, nak jugak beli something. mahal ke, murah ke, yang penting ikhlas. masuk sukimatata. pengumpul teddy bear mesti tawu kedai yang comel neh. penuh dengan teddy bear. dapatlah seekor bear kecik comel sebagai hadiah. then mencari kasut baru for new marketing executive. orang lelaki neh jarang shopping, sekali shopping, lenguh kaki orang yang teman tu ha. 

Gambar hiasan. yang aku hadiah tu lagi comel dari neh. 
hehe

6 Januari 2013
Memulakan hari dengan semangat baru. yeah! semoga semuanya dipermudahkan. amin.. 




Monday, December 31, 2012

Happy New Year 2013



New year comes with glows of hopes in our mind
It gives us new confidence and courage for a fresh start
Happy New Year and all the best for new ventures
Welcome 2013






Friday, December 28, 2012

S.M.I.L.E

ORGANIZING EVENT

assignment yang digeruni pelajar semester 4. buat orang letih, buat orang gaduh, buat orang pokai, buat orang hilang kewarasan. sebenarnya seronok event ni. saja buat gempak jer ayat kat atas tuh. apa yang seronok ? boleh jalan-jalan, boleh ambil gambar, boleh happy go lucky, boleh lepak-lepak, boleh macam-macam lah. yang penting, pengalaman dan persahabatan tu tiada ganti.

sebelum neh aku jarang bercakap dengan ain, dengan wandi, dengan thiya, dengan yah, dengan nini, dengan semua2 lah yang x berapa rapat dengan aku. dalam menguruskan event, kami bekerjasama. saling tolong-menolong, saling hormat-menghormati. tiba-tiba aku rapat dengan mereka. itu hikmahnya event neh.

aku agak pemalu berhadapan dengan orang ramai. nak buat event kena cari sponsor, nak cari sponsor kena bercakap dengan orang ramai, so apa lagi, dengan muka x malunya kami pi company2 untuk minta sponsor. hilang setengah malu aku. mana boleh hilang semua, malu tu kan sifat perempuan.

aku tak tahu banyak tempat kat alor setar neh even aku lahir kat sini, tinggal kat sini masa kecik. bila aku kembali study kat sini, aku masih tak tahu, tak ingat nama jalan, even pejabat pos pun aku tak tahu kat mana. bila kena uruskan event, aku kena banyak ambil tahu. aku banyak jalan-jalan. search google map, 18 jam mengadap lappy. macam-macam benda lah aku search yang menambahkan pengetahuan aku.

aku x berapa pandai nak save bajet, nak simpan2 duit segala bagai. bila anggaran seorang kena bayar RM200 untuk baju korporat dan segala aktiviti event, aku mula simpan duit. stop shopping! even sekarang tengah year end sale, rasa nak shopping tu tak berapa nak ada. berjimat cermat amalan mulia.

aper pun, semuanya indah kan? hidup ni ada suka ada duka, macam mana pun, hidup perlu diteruskan. :)